Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

View previous topic View next topic Go down

Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 5:21 pm


logo JPJ

Mulai 01.01.2009, penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang untuk semua kenderaan persendirian dikuatkuasakan. Sekiranya mereka ingkar untuk mematuhinya, pemandu kenderaan tersebut akan disaman. Saman itu dikeluarkan selepas undang-undang yang diluluskan Parlimen pada Februari tahun lalu mula dikuatkuasakan tengah malam semalam.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata jumlah 242 saman dikeluarkan itu menunjukkan masih ada pemandu dan penumpang kenderaan yang tidak peka dengan amaran dan kempen dilancarkan sebelum ini.

Salim berkata, pengenalan undang-undang ini dilakukan selepas kajian mengenainya dilakukan Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah yang diperkenalkan adalah baik untuk mengurangkan risiko kecederaan atau kematian yang tinggi dalam kemalangan jalan raya. Namun, apa yang aku perhatikan, kempen yang dijalankan di Malaysia kebiasaannya hanya hangat pada awal pelancarannya sahaja atau dilakukan mengikut musim. Tetapi, aku berharap agar perkara ini akan berterusan sampai bila-bila.

Bagi kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keledar tersebut, mereka diberikan tempoh sehingga bulan Jun 2009. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan disaman dengan kadar di antara RM300 sehingga RM2000! Sad Bagi pembeli kenderaan jenama Proton, Perodua dan Honda pemasangan tali pinggang keledar itu ditanggung oleh syarikat pengeluar kereta. Bagi pemilik kenderaan selain daripada yang dinyatakan, mereka perlu menanggung sendiri pemasangannya. Sad

Aku kurang faham dengan undang-undang yang diperkenalkan di Malaysia ini. Ia bukan menjurus ke arah mendidik pengguna tetapi lebih kepada perkara yang menyusahkan pengguna dan membebankan mereka daripada segi kewangan. Empat perkara yang menjadi isu di sini ialah tentang kos pemasangan yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan selain daripada jenama yang dinyatakan seperti di atas, masalah ketiadaan stok barang di kebanyakan pusat servis Proton dan Perodua , tempoh masa yang perlu diambil untuk pemasangan tersebut (di antara 4 hingga 6 bulan! mengikut janji temu) dan akhir sekali nilai saman yang tinggi bagi pemandu yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika inilah masalahnya, lebih baik pelaksanaan ini ditangguhkan terlebih dahulu untuk kebaikan dan keadilan semua pihak. Jangan sampai ramai rakyat yang merungut dan membantah isu ini, barulah pihak yang berkenaan ingin menarik balik penguatkuasaan yang dicadangkan!

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Utara: Ingkar guna tali pinggang keledar belakang

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 5:22 pm

2010/04/25
BUKIT MERTAJAM: Meskipun pelbagai kempen dan penguatkuasaan dilakukan, tahap kesedaran di kalangan orang ramai terhadap pemakaian tali pinggang kalendar belakang masih tidak memuaskan.

Malah, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga Mac lalu mendapati tahap pemakaian menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus.
Ini membuktikan masih ramai pengguna jalan raya yang tidak sedar kepentingan memakai tali pinggang keledar belakang yang boleh dianggap sebagai 'tidak sayangkan nyawa'.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang, S Jegan, berkata orang ramai dilihat mengambil mudah perkara itu kerana penguat kuasa sukar menahan mereka.

Katanya, walaupun peraturan mengenai pemakaian tali pinggang keledar belakang sudah diwartakan, pengguna masih tidak mengendahkan arahan itu.

"Sikap acuh tidak acuh pengguna dapat dilihat kerana masih ramai pemilik kenderaan Perodua dan Proton tidak memasang tali pinggang keledar belakang walaupun dua syarikat itu bersetuju memasang secara percuma," katanya.

Beliau ditemui selepas Operasi Bersepadu Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, baru-baru ini.
Jegan menegaskan pihak penguat kuasa akan mengeluarkan saman kepada pengguna yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 5:37 pm

Banyak orang berpendapat bahawa penggunaan tali pinggang keledar belakang adalah tidak perlu kerana mereka berasa duduk di bahagian belakang kereta akan lebih selamat dan tidak perlu mengguna tali pinggang keledar.
Penganggapan ini adalah amat salah kerana banyak mangsa kemalangan kereta kehilangan nyawanya sebab tidak memakai tali pinggang keledar.
Mungkin ini tidak cukup "persuative", tetapi saya masih berharap rakyat boleh mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan kerana ini adalah untuk kebaikan kita.
Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

Post  HsianMin (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 6:19 pm

Mungkin ini tidak cukup "persuative", tetapi saya masih berharap rakyat boleh mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan kerana ini adalah untuk kebaikan kita.

Saudara Khang Wei, sebagai seorang rakyat Malaysia adakah kamu mematuhi peraturan mengikat tali pinggang keledar belakang? rabbit
Pendek kata, kesedaran individu amat penting bagi mengusahakan penguatkuasaan ini.

HsianMin (U6B/2010)

Posts: 84
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

Post  LiewJoey(LSB) on Tue May 11, 2010 11:31 pm

Saudara Ong SQ:
Aku kurang faham dengan undang-undang yang diperkenalkan di Malaysia ini. Ia bukan menjurus ke arah mendidik pengguna tetapi lebih kepada perkara yang menyusahkan pengguna dan membebankan mereka daripada segi kewangan.


Saya kurang bersetuju dengan kata saudara yang mengutuk bahawa ini akan membebankan rakyat kerana pada hari ini, syarikat kerata nasional sudah mula peka terhadap isu ini dan rela memberi bantuan dengan memasangkan secara percuma..Adanya kerjasama dari pihak kerajaan , adakah kita sebagai rakyat negara, perlu mengambil inisiatif dan usaha untuk melibatkan diri dalam seruan kerajaan ? Sedangkan isu ini juga merupakan isu rakyat, yang kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memasangkan tali pinggang?
Jadinya, pasanglah tali penggang!! Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts: 78
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang

Post  leeyoong_U6B on Thu May 13, 2010 12:14 am

Saya setuju pendapat joey.. Sebagai seorang masyarakat, kita sepatutnya berinisiatif dalam perkara ini.. Kita haruslah memakai tali pinggang kalendar belakang secara rela hati...dan bukanlah disebabkan kita takut kena saman...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang yang diperkenalkan ini akan dapat mengurangkan kadar kematian dlm kemalangan jalan raya. Oleh itu, saya menyokong pewartaan pemakaian tali pinggang keledar belakang...
Very Happy

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum