PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah

2 posters

Go down

Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah Empty Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu May 13, 2010 6:32 pm

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail, bertitah masyarakat perlu mengelak daripada menjadikan sungai sebagai tempat pelupusan sampah.

Titah baginda, sungai hendaklah dijaga dengan baik kerana ia adalah nikmat alam sekitar yang dianugerahkan Allah dan membawa banyak manfaat untuk kehidupan manusia.

Baginda juga menyarankan supaya rakyat menerapkan semangat mengurangkan sisa buangan, mengguna semula dan mengitar semula dalam menjaga alam sekitar yang bersih dan sihat untuk generasi masa depan.

Titah baginda, masyarakat perlu menggunakan tong kitar semula untuk mengasingkan bahan buangan termasuk kertas, plastik dan kaca serta mengelak penggunaan bekas makanan diperbuat daripada 'styrofoam' yang jelas sekali tidak mesra alam kerana tidak boleh dilupus.

"Selain itu, usaha menanam pokok di sekitar sekolah serta kediaman juga perlu dipertingkatkan.

"Selain mencantikkan kawasan, pokok juga dapat memastikan kitaran udara yang bersih dan selamat kerana mengambil karbon dioksida dan menghasilkan oksigen," titah baginda sempena Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil Peringkat Parlimen Padang Besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping, di sini.

Pada majlis itu, seramai 24 pelajar sekolah rendah dari seluruh kawasan Parlimen ini menerima biasiswa kecil Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berjumlah RM35 sebulan, setiap seorang.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Sementara itu, baginda juga bertitah supaya semua pelajar menghindari gejala negatif, termasuk merokok, menunggang motosikal tanpa lesen serta tanpa topi keledar dan melakukan jenayah yang menjejaskan masyarakat.

"Terdapat pelajar sekolah rendah yang didapati sudah pandai merokok serta merempit.

“Malah, ada juga kes pecah rumah yang membabitkan pelajar sekolah rendah.

"Justeru, saya harap perbuatan sedemikian dapat dijauhi sama sekali," titah baginda yang juga Pengerusi YTSP

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah Empty Re: Utara: Sungai bukan tempat pelupusan sampah

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 6:45 pm

Memanglah sungai tidak harus dijadikan tempat pelupusan sampah. Namun masih didapati banyak rakyat Malaysia membuang sampah-sarap ke dalam sungai. Ini akan meninggalkan imej buruk kepada pelancong-pelancong asing terhadap negara kita. Selain itu, orang ramai dinasihati supaya mengamalkan amalam kitar semula. Ini bukan sahaja dapat memininumkan bilangan tempat pelupusan sampah, tetapi juga mengurangkan sampah-sarap yang dihasilkan seharian. Contohnya, surat khabar lama boleh dikitar semula untuk diproseskan menjadi kertas-kertas baru. Ini boleh mengurangkan penebangan pokok dan kos pembuatan kertas daripada surat khabar lama juga lebih murah.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum