PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Baju merah Thailand hentikan perarakan

Go down

Baju merah Thailand hentikan perarakan Empty Baju merah Thailand hentikan perarakan

Post  kuanchin91 Wed Apr 21, 2010 8:00 pm

BANGKOK 20 April - Penunjuk perasaan baju merah Thailand menghentikan perarakan ke kawasan perniagaan Bangkok hari ini selepas tentera memberi amaran akan menembak dan melepaskan gas pemedih mata.

Namun, mereka mengugut untuk berada di kawasan membeli-belah dalam tempoh yang tidak pasti.

Pada malam hari, ribuan penyokong bekas Perdana Menteri yang disingkirkan sebelum ini, Thaksin Shinawatra berkumpul melintasi persimpangan kawasan perniagaan dengan membawa mercun, untuk mencemuh ratusan polis rusuhan dan askar.

Ekoran tunjuk perasaan yang tercetus di Thailand bagi menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya baru, sekurang-kurangnya dua hotel mewah di kawasan membeli-belah mengumumkan ia menutup operasinya sepanjang minggu ini atas sebab keselamatan.

“Kami akan terus berada di sini bagi tempoh yang tidak dipastikan.

“Perhimpunan ke kawasan perniagaan akan ditangguhkan jika askar berundur,” kata ketua penunjuk perasaan, Nattawut Saikua kepada wartawan di kawasan bangunan kedai dan hotel mewah, Rachaprasong. - Reuters
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum