PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

EU desak Thailand elak guna tentera

Go down

EU desak Thailand elak guna tentera Empty EU desak Thailand elak guna tentera

Post  kuanchin91 Fri May 21, 2010 2:04 pm

STARASBOURG 21 Mei - Parlimen Kesatuan Eropah (EU) semalam memberi amaran bahawa keganasan yang berlaku antara penunjuk kerajaan antikerajaan dengan pihak berkuasa Thailand merupakan `ancaman kepada demokrasi’ dan mendesak kerajaan meminimumkan penggunaan kuasa tentera.

Perhimpunan ahli majlis (MP) EU di Strasbourg yang menyuara kebimbangan mereka mengenai konflik keganasan itu telah meluluskan resolusi yang meletakkan situasi itu sebagai `ke arah ancaman terhadap demokrasi dalam negara’.

Perhimpunan itu melahirkan simpati mereka terhadap rakyat Thailand dan semua anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian keganasan tersebut.

Ahli Majlis EU turut mendesak kerajaan Thailand bagi memastikan bahawa deklarasi darurat ke atas negara tersebut tidak menjurus kepada sekatan ke atas hak asasi dan hak kebebasan individu. - AFP


Soalan:apakah konflik keganasan ini dapat diatasikan sekiranya tidak menggunakan kuasa tentera?
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum