PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perkongsian pintar syarikat bekalan air - tentera disokong

Go down

Perkongsian pintar syarikat bekalan air - tentera disokong Empty Perkongsian pintar syarikat bekalan air - tentera disokong

Post  ong poh lee U6B Tue Mar 23, 2010 12:17 pm

KUALA SELANGOR 23 Mac — Syarikat pembekal air disaran bekerjasama dengan pihak pengurusan Rejimen Ke-60 Pakar Pengendali Air dalam mengamalkan konsep perkongsian pintar bagi memulih, mengendali dan menyelenggara sistem saluran air secara efektif di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping membantu syarikat pembekal air melahirkan tenaga kerja berdisiplin dan terlatih untuk menguruskan air khususnya pada waktu-waktu genting.

“Kakitangan syarikat air akan dapat meningkatkan produktiviti dan menunjukkan komitmen tinggi kepada syarikat masing-masing melalui perkongsian pintar ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup latihan Rejimen Pakar Pengendalian Air bagi zon Selangor dan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia membentuk Rejimen ke-60 Pakar Pengendali Air yang terdiri daripada kakitangan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan utama dalam sektor itu, yang dinaungi oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kerana menyedari pentingnya bekalan air terjamin khususnya sewaktu darurat atau peperangan.

Ahmad Zahid berkata cadangan untuk menambah kekuatan pegawai dan anggota Rejimen Pakar Pengendali Air melibatkan peruntukan kerajaan hampir RM12 juta. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum