PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMKe-10: Sekolah PERMATA PINTAR jadi realiti

Go down

RMKe-10: Sekolah PERMATA PINTAR jadi realiti Empty RMKe-10: Sekolah PERMATA PINTAR jadi realiti

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 11, 2010 7:47 am

KUALA LUMPUR: Sekolah PERMATA PINTAR yang pertama akan diwujudkan berdekatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memenuhi tahap keintelektualan kanak-kanak pintar negara, kata Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri, berkata sekolah untuk kanak-kanak pintar dalam beberapa subjek seperti Matematik dan Sains serta normal dalam subjek lain itu akan dikendalikan universiti berkenaan. “Sekolah itu perlu dekat UKM kerana mereka akan ke universiti dan diberi mentor di kalangan profesor yang akan membimbing mereka, sebelum mereka mengambil kertas peperiksaan penuntut tahun pertama atau kedua, mengikut kebolehan mereka,” katanya di lobi Parlimen, semalam. Beliau mengulas pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadikan pendidikan awal kanak-kanak sebagai agenda penting nasional melalui program PERMATA. Dianggarkan 900 kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia.

Penyertaan kanak-kanak berusia antara empat hingga lima tahun pada peringkat prasekolah dipertingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.

Sasaran ini akan dicapai melalui penambahan kelas prasekolah di sekolah rendah kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan pendidikan prasekolah.
Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
Rosmah berkata, kewujudan sekolah itu akan membolehkan kanak-kanak meneruskan pembelajaran mengikut tahap keintelektualan mereka dan tidak terkongkong di sekolah biasa apabila perlu menunggu rakan lain menghabiskan silibus pembelajaran.

“Masa yang terluang menyebabkan ada kanak-kanak pintar ini menjadi nakal dan menyebabkan didenda guru yang tidak memahami perangai mereka, begitu juga ibu di rumah,” katanya.

Beliau yang berpuas hati dengan perhatian kerajaan terhadap PERMATA, berkata lebih ramai kanak-kanak kurang empat tahun di luar bandar dan daripada keluarga berpendapatan rendah di bandar akan mendapat manfaat menerusi program itu.

Tanpa program ini, kanak-kanak pintar itu ke negara lain dan ini merugikan negara,” katanya.

Mengenai pertumbuhan ekonomi enam peratus yang disasarkan, beliau yakin kajian mendalam dijalankan sebelum menetapkan kadar berkenaan, kecuali berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Selain itu, Rosmah berpuas hati dengan pengiktirafan kepada wanita untuk mengisi 30 peratus jawatan penting dalam kerajaan dan pembuat dasar yang sekali gus membuktikan negara ini mengamalkan kesaksamaan gender

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum