PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

3 posters

Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  yeeleng(L6A) Mon Jun 14, 2010 7:32 am

KUALA BERANG: Sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), selepas Kementerian Pelajaran menyediakan prasarana, termasuk bekalan elektrik 24 jam serta air bersih.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sistem berkenaan adalah satu rancangan besar dan ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. "Peringkat awal RMKe-10 akan dimulakan dengan penyediaan prasarana asas seperti bilik darjah dan melantik guru bertauliah, selain menyediakan kemudahan lain secara berperingkat. "Ia adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara setaraf negara maju dan mengelak berlakunya keciciran dari peringkat awal lagi," katanya selepas majlis penyerahan wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sumbangan kecemerlangan peperiksaan awam peringkat Parlimen Hulu Terengganu 2010 di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman dan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Beliau mengulas persediaan kementerian untuk melaksanakan sistem persekolahan formal seawal usia lima tahun seperti terkandung dalam RMKe-10 (2011-2015) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Khamis lalu.

Mohd Puad berkata, tumpuan kementeriannya kini ialah usaha membangunkan kemudahan asas di sekolah seluruh negara, selain memastikan semua guru prasekolah terdiri daripada mereka yang mempunyai diploma dan ijazah. "Untuk kawasan terpencil seperti di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan membina kemudahan prasekolah di rumah panjang dan kerajaan mensasarkan 70 peratus kanak-kanak memasuki prasekolah seluruh negara pada 2012," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Re: Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  yeeleng(L6A) Mon Jun 14, 2010 7:40 am

Walaupun tindakan ini dapat meningkatkan mutu pelajaran negara kita tetapi ini akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai lebih banyak tekanan.Kanak-kanak perlu menghadapi kerja rumah yang banyak dan cara pembelajaran sekolah rendah tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Re: Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Mon Jun 14, 2010 9:41 am

Saya tidak bersetuju dengan saudari Yee Leng.
pada waktu umur sebegitu adalah masa terbaik untuk seseorang budak untuk belajar, kerana pada umur sebegitulah otak mula memotong neurolink yang tidak digunakan. jikalau dapat belajar lebih awal, maka otak akan memelihara neurolink pembelajaran dan ini akan dapat membantu kanak-kanak belajar dan ingat fakta dengan lebih senang.
contoh terbaik adalah Lang Lang, seorang pemain piano dari China.
Bapa beliau telah menghantar beliau ke kelas muzik sejak berumur 2 tahun, dan otak beliau telah memelihara neurolink untuk pengenalan bunyi dan penggerakkan jari secara radikal. ini adalah yang dikatakan Memelihara bakat dari kecil lagi.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Re: Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Jun 14, 2010 7:19 pm

Saya tidak bersetuju dengan saudara yee yew kerana bukan semua kanak-kanak mempunyai bakat seperti contoh yang diberi oleh saudara yee yew. Walaupun mereka mempunyai bakat-bakat tertentu tetapi ia masih terhad terhadap mereka. Sebaliknya, saya bersetuju dengan pendapat saudari yee leng. Pada pendapat saya, kanak-kanak yang berumur lima tahun wajib masuk ke sekolah rendah memang memberi tekanan yang besar kepada mereka. Mereka yang masih kecil lagi sudah terpaksa belajar semua perkara. Adakah ini dapat menjamin masa depan mereka? Kesiannya mereka..kerana zaman kita, pada umur lima tahun kita masih bermain dengan kawan-kawan. Neutral

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Re: Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Tue Jun 15, 2010 2:16 am

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

p/s : pada umur lima saya telah mula menonton Discovery Channel =)

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10 Empty Re: Masuk sekolah lima tahun dilaksana akhir RMKe-10

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum