PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMKe-10: Swasta digesa perkasa wanita

Go down

RMKe-10: Swasta digesa perkasa wanita Empty RMKe-10: Swasta digesa perkasa wanita

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 11, 2010 7:41 am

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru sektor swasta meningkatkan penyertaan wanita terutama dalam jawatan peringkat tertinggi termasuk Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah, selain dalam sektor awam dan keusahawanan.

Katanya, undang-undang dan peraturan berkaitan juga akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita. Kerajaan menetapkan dasar memperkasa wanita antara agenda pentingnya dengan meningkatkan jumlah pembuat keputusan, tenaga kerja, bantuan untuk janda, ibu tunggal dan berpendapatan rendah. Perdana Menteri turut memberi jaminan warga emas yang dianggarkan mencecah 3.4 juta orang pada 2020 tidak akan dipinggirkan dengan tumpuan diberi kepada usaha meningkatkan infrastruktur yang lebih mesra warga emas, meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, menyedia rumah perlindungan mencukupi dan mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

Kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak swasta perlu dipertingkatkan untuk membawa pembabitan aktif warga emas dalam aktiviti sosial dan ekonomi,” katanya.

Menyentuh mengenai belia, Najib berkata, kerajaan akan memperkemas sistem penyampaian program pembangunan belia sedia ada bagi memastikan generasi muda lebih produktif dalam pembangunan sosioekonomi negara, terutama melalui aktiviti persatuan dan sukarelawan.

Beliau turut mengumumkan Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia dengan menyediakan ruang dan peluang bagi mereka menjalankan aktiviti dan program bermanfaat, selain membuka ruang keusahawanan serta inovasi.
Jumlah persatuan belia juga akan ditingkatkan daripada 5,000 kepada 11,500.
Kerajaan terus menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup orang kurang upaya (OKU).

“Lebih banyak kemudahan mesra OKU disediakan, terutama dari segi pengangkutan awam serta kemudahan di premis dan bangunan, serta usaha mengarusperdanakan OKU ke dalam masyarakat supaya mereka boleh berdikari, produktif dan menjadi penyumbang yang dihargai dalam pembangunan,” katanya.

Kerajaan akan giatkan lagi usaha mencapai satu peratus pekerjaan bagi OKU dalam perkhidmatan awam, selain menubuhkan institusi pendidikan khas dan sekolah vokasional untuk mereka.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum