PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMKe-10: Bantu usahawan Bumiputera ikut meritokrasi

Go down

RMKe-10: Bantu usahawan Bumiputera ikut meritokrasi Empty RMKe-10: Bantu usahawan Bumiputera ikut meritokrasi

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 11, 2010 7:35 am

KERAJAAN akan hanya menyokong usahawan Bumiputera tulen, berkelayakan mengikut meritokrasi dan berpotensi bersaing di pasaran terbuka menerusi pelaksanaan transformasi agenda pembangunan Bumiputera negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendekatan baru tanpa kuota itu bertujuan untuk mencapai sasaran terdahulu iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera. "Pendekatan berbeza yang mengambil kira situasi pasaran terbuka ini untuk membangunkan usahawan Bumiputera yang antara lain kriterianya adalah mempunyai merit, rekod baik, berkemahiran dan bukan mereka yang berpaut pada orang lain atau usahawan Ali Baba. "Mulai sekarang, meritokrasi menjadi asas transformasi ini bagi mengelak ketirisan, gagal mencapai matlamat dan tidak bertahan lama," katanya di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai agenda pembangunan Bumiputera yang akan diberi penekanan selaras konsep pertumbuhan dengan pengagihan berikutan persekitaran ekonomi global dan domestik yang lebih mencabar bagi mewujudkan penyertaan syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan berdaya maju.

Pendekatan baru ini akan berasaskan kepada empat prinsip utama, iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.

Syarikat Bumiputera berpotensi yang membuktikan kebolehan serta kewibawaan akan disokong untuk maju ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan hasrat kerajaan supaya syarikat-syarikat ini dapat merealisasikan kemampuan mereka secara optimum.
Muhyiddin berkata, langkah yang diambil ini juga bagi mengurangkan jurang pembangunan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera sama ada di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Mengenai penubuhan majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera yang diketuai perdana menteri, beliau berkata, langkah seumpama itu supaya pembangunan sektor tertentu dapat dicapai.

Berkaitan Talent Corporation untuk menarik lebih ramai tenaga kerja mahir ke negara ini, katanya, strategi akan diatur untuk membawa pulang 700,000 rakyat Malaysia di luar negara dan membantu dalam pembangunan negara

*meritokrasi suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum