PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

44 zoo tak ikut syarat jaga haiwan

Go down

44 zoo tak ikut syarat jaga haiwan Empty 44 zoo tak ikut syarat jaga haiwan

Post  Wong Hwee Yin L6A/12 Thu Jun 28, 2012 12:44 pm

GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendakwa 44 zoo di seluruh negara gagal memenuhi standard pengoperasian penjagaan hidupan liar.

Ia jelas melanggar undang-undang seperti ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Presiden SAM, SM Mohamed Idris, berkata hasil kajian SAM sejak enam bulan lalu mendapati pihak pengurusan zoo termasuk zoo mini dan taman burung tidak sensitif dengan keperluan biologi hidupan liar yang tidak selaras dengan tingkah laku semula jadi haiwan jagaan mereka. “Kajian dan pemerhatian kami disokong dengan ratusan foto kesengsaraan haiwan. Pengendali zoo mesti bertanggungjawab dalam memenuhi piawaian tempat tinggal, kebajikan dan kesihatan haiwan serta jagaannya agar sentiasa terurus dan terpelihara,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, akibat kurangnya komitmen dan pengetahuan menjaga haiwan, banyak hidupan berkenaan menghidap ‘zoochais’ iaitu penyakit mental akibat tekanan dalam kurungan.

Mohamed berkata, tidak kurang daripada 50 laporan individu diterima SAM berhubung isu kekejaman terhadap haiwan di zoo sepanjang tahun lalu.

Katanya, kebanyakan zoo mementingkan keuntungan komersial berbanding nilai pendidikan dan pemuliharaan.

Langkah yang boleh diambil ialah PERHILITAN perlu menghentikan pengeluaran lesen untuk pembukaan zoo baru sehingga zoo sedia ada mempertingkat penyelenggaraannya. Difahamkan PERHILITAN memperkenalkan undang-undang baru pada Disember tahun lalu bagi meningkatkan kualiti penjagaan hidupan liar dan pihak zoo diberi masa enam bulan untuk mematuhi undang-undang baru berkenaan.

Saya rasa pihak zoo harus berusaha dan bertanggungjawab menjaga haiwan di zoo kerana haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia dan nyawa mereka juga berharga.Haiwan-haiwan yang dipelihara di zoo telah kehilangan kebebasannya.Oleh itu,haiwan-haiwan sepatutnya mendapat penjagaan yang baik di zoo,bukannya menjadi alat untuk memperolehi keuntungan dan menerima kekejaman daripada manusia.

Wong Hwee Yin L6A/12

Posts : 3
Join date : 2012-06-23

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum