PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kementerian Pembangunan Wanita Sasar Lahirkan 4,000 Usahawan

Go down

Kementerian Pembangunan Wanita Sasar Lahirkan 4,000 Usahawan Empty Kementerian Pembangunan Wanita Sasar Lahirkan 4,000 Usahawan

Post  xiaowen_U6B Fri Jun 18, 2010 8:01 am

KOTA BAHARU, 17 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mensasarkan 4,000 usahawan wanita berpendapatan RM3,500 ke atas sebulan menjelang tahun 2012 dalam usahanya menerajui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata di antara bidang keusahawanan yang ditawarkan ialah peruncitan, ternakan, kesihatan dan penghasilan makanan yang diperuntukan RM100 juta di bawah skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau berkata sejak Januari tahun lepas hingga Mei tahun ini, kementerian itu telah berjaya melatih seramai 1,789 wanita untuk menjadi usahawan berpendapatan RM3,500 ke atas sebulan melalui skim amanah itu di seluruh negara.

"Di bawah NKRA ini, kementerian saya dipertanggungjawabkan untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan usahawan wanita Kelantan di sini.

Selain itu, katanya Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementeriannya diperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi melahirkan 1,000 orang pra usahawan wanita melalui program-program kemahiran yang dilaksanakan, termasuk Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita).

Menurutnya, program I-KeuNita yang diperkenalkan tahun ini untuk melatih seramai 450 usahawan wanita yang berpendapatan rendah.

"Sehingga tahun lepas seramai 738 ibu tunggal telah mengikuti program I-KIT yang dimulakan setahun sebelum itu.

"Pada tahun ini Jabatan Pembangunan Wanita mensasarkan seramai 1,350 ibu tunggal dilahirkan menerusi program I-KIT, seramai 1,350 peserta disasarkan menerusi program I-KeuNita dan 1,500 orang bagi program lanjutan Jejari Bestari," katanya.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum