Berhenti merokok sebelum terlambat

View previous topic View next topic Go down

Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  S.Teng(U6A/2010) on Wed Jun 02, 2010 6:14 pm

REMAJA mudah terpengaruh dengan gejala ini apabila diajak oleh rakan-rakan. Selain itu, pembungkusan serta perisa rokok yang dikatakan semakin menarik turut menjadi faktor utama.

Senario ini ternyata membimbangkan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi remaja wanita yang merokok telah menunjukkan peningkatan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur. Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur.

Daripada data itu, peningkatan jumlah perokok bawah umur sejak beberapa tahun kebelakangan ini sangat membimbangkan.

"Tabiat merokok juga sudah menyerang anak gadis di negara ini kerana mereka sangat mudah untuk melihat golongan wanita merokok di kawasan awam. Tidak terkecuali golongan wanita di lapangan profesional," ujarnya.

Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok.

Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.

Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak.

Hasilnya menurut Dr Zarihah, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran 'cap kaki' (gangrene).

Namun, ia masih kurang mendapat sambutan.

Lebih-lebih lagi perokok di bawah umur khususnya pelajar kini mendapat wang poket yang mewah.

Selain itu, pelbagai perisa rokok turut menggalakkan orang ramai membeli rokok. Tanpa disedari ia sebenarnya menjadi tarikan perokok wanita.

Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri. Situasi ini lebih mudah berlaku di kalangan remaja," katanya.

Gejala merokok perlu ditangani bukan saja di kalangan pelajar wanita, malah merangkumi semua peringkat umur. Dalam membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

"Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan padu daripada semua pihak dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang pada masa akan datang. Ibu bapa misalnya, perlu kenal raka-rakan anak-anak mereka." katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Kenapa remaja merokok?

Post  S.Teng(U6A/2010) on Wed Jun 02, 2010 6:23 pm

1) Diri sendiri.
Rokok dikatakan identiti bagi seorang pelajar yang ingin dikenali sebagi seorang yang macho dan bergaya. Apakah ia benar? Sebenarnya remaja merupakan masa krisis identiti berlaku. Pada ketika ini mereka tercari-cari gaya yang sesuai dengan diri. bagi pelajar lelaki, rokok seperti satu kemestian. Manakala wanita juga sudah mengikut trend ini. Lebih-lebih lagi ramai golongan wanita bekerja yang mula terlibat dengan aktiviti merokok. Ibarat prestij diri, remaja wanita gemar melihat gaya mereka. Mereka juga percaya rokok boleh mengurangkan berat badan seperti seorang model.
Remaja juga percaya rokok dapat menghilangkan tekanan. Sebenarnya tidak, ia sebenarnya menambah gian pelajar untuk mencubanya lagi.
Golongan ini juga tidak perlu risau kerana poket sentiasa berisi duit. Hasilnya, mereka mudah mendapatkan rokok kerana ia dijual di mana-mana sahaja tanpa mengira amaran KKM yang melarang rokok dijual kepada golongan bawah umur.

2) Pengaruh rakan-rakan sebaya.
Faktor ini dikatakan yang paling banyak mempengaruhi remaja. Tanpa mengabaikan kesan rokok apabila meningkat dewasa, mereka seronok merokok bersama rakan-rakan. Ada juga yang didesak atau dicabar. Jika tidak melakukannya, mereka berasa malu kerana dikutuk.

3) Faktor keluarga.
Keluarga yang mempunyai masalah seperti kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya tabiat ini boleh melegakan mereka. Ada yang lebih berani, cuba mengambil dadah. Seperti dadah, mereka juga akan ketagih rokok. Bagi yang tidak berduit, remaja mula terlibat dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram, mencuri atau meragut.


4) Persekitaran
Iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi situasi ini. Seharusnya, semua premis perniagaan mematuhi undang-undang agar tidak menjual rokok kepada mereka yang di bawah umur.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

KESAN MEROKOK

Post  leeyoong_U6B on Tue Jun 08, 2010 2:44 pm

Memudaratkan Kesihatan Perokok
Seperti yang semua orang tahu bahawa merokok akan menjejaskan kesihatan badan kita. Terdapat bukti perubatan dan saintifik yang menunjukkan bahawa merokok adalah punca bagi sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang boleh menyebabkan maut. Perokok lebih terdedah kepada barah paru-paru 22 kali ganda jika berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Dari sebatang rokok, terdapat lebih 4000 jenis bahan kimia dan racun yang dihisap terus ke dalam paru-paru. Bayangkanlah jika tabiat buruk ini diperlakukan sehingga berpuluh tahun lamanya selagi tabiat ini diteruskan.

Membahayakan kesihatan masyarakat
Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok adalah lebih beracun dari-pada asap rokok yang dihisap oleh perokok itu sendiri. Ia akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dan alam sekitar termasuk-lah keluarga terdekat. Ini kerana kadar bahan kimia yang dihembuskan adalah berlipat kali ganda berbanding dengan yang dihisap oleh perokok. Sesiapa yang terdedah pada asap rokok ini dipanggil sebagai perokok pasif. Walaupun mereka tidak merokok secara langsung, tetapi mereka akan mendapat penyakit yang sepertimana dihidapi oleh perokok sendiri atau mungkin lebih teruk dari itu. Biasaya, isteri dan anak-anak akan menjadi mangsa. Begitu juga kesan terhadap rakan-rakan, jiran tetangga dan umumnya masyarakat yang turut sama menjadi perokok pasif.

Pembaziran wang
Tabiat buruk merokok merupakan satu pembaziran daripada segi wang. Rokok yang ada di pasaran bukanlah murah.. Harga rokok ditetapkan pada kadar minima sebanyak 32 sen sebatang.. Bagi bungkusan 20, harganya ialah sebanyak RM6.40 mulai 1Januari 2010. Harga sekotak 20 bagi rokok yang paling murah ialah RM4.80. Berdasarkan kepada aspek-aspek ini, dapatlah disimpulkan bahawa amalan merokok adalah satu amalan yang merugikan. Dengan mengelak-kan diri dari merokok bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan yang unggul bahkan sebagai satu kepatuhan kepada kehendak agama Islam. Dengan lain perkataan, amalan merokok ini perlu dihentikan seberapa segera yang boleh.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Wed Jun 09, 2010 1:36 pm

Baiklah kawan-kawan yang giat merokok, marilah Abang Song bagi sikit nasihat untuk bagaimana untuk berhenti merokok.

Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Merokok turut bebankan hati

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Jun 10, 2010 9:06 am

Apabila seseorang merokok, kandungan nikotinnya memasuki salur darah dengan cepat dan mencapai ke otak dalam masa kurang daripada sepuluh saat. Nikotin akan memberi kesan kepada peningkatan tekanan darah dan pernafasan, denyutan jantung dan paras glukos darah.

Rokok sebenarnya bukan sekadar mengandungi nikotin dan tar, tetapi juga berbagai bahan beracun seperti arsenik, kadmium dan nikel, polonium 210 (bahan radioaktif yang boleh menyebabkan kanser hati, ulser usus, leukimia dan sebagainya.

Penyelidikan mendapati merokok menjejaskan keupayaan hati memproses bahan-bahan tersebut. Sekiranya hati dirosakkan akibat merokok, dos ubat yang diperlukan untuk merawat juga terjejas.

Usaha berhenti merokok mungkin lebih mudah dengan penggunaan bantuan anti merokok. Perokok mungkin mempunyai azam yang kuat meninggalkan rokok, namun kesannya yang dikenali sebagai simptom 'withdrawal´ seperti sakit kepala, emosi tak menentu, rasa lesu serta keresahan mungkin menarik anda kembali kepada rokok. Bagi yang sukar menahan kesannya, sedikit bantuan mungkin diperlukan. Kini banyak kaedah boleh diperolehi. Dapatkan nasihat doktor untuk pilihan kaedah yang ada serta memudahkan usaha anda.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Berhati-hati! Pengeluar rokok sasar wanita

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Jun 10, 2010 9:15 am

KIRA-KIRA 20 peratus wanita di seluruh dunia mengamalkan tabiat merokok, dengan tujuh peratus daripadanya adalah remaja berbanding 12 peratus remaja lelaki. Bagaimanapun, kajian yang dilakukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu juga menunjukkan, di sesetengah negara, terdapat bilangan perokok di kalangan remaja perempuan lebih daripada remaja lelaki.

Walaupun jumlah itu masih boleh dianggap kecil, perubahan gaya hidup dan pendidikan boleh menyumbang ke arah peningkatan jumlah berkenaan memandangkan kebanyakan perokok wanita terdiri daripada golongan berkerjaya serta berpendapatan tinggi.

Menyedari hakikat itu, sempena sambutan Hari Tembakau Sedunia tahun ini, WHO memilih tema Gender and Tobacco: With an Emphasis on Marketing to Women bagi memberikan tumpuan khusus betapa pentingnya kawalan epidemik merokok di kalangan wanita sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan kesihatan bukan hanya kepada generasi kini, tetapi juga akan datang.

Menurut WHO, syarikat rokok menghabiskan RM30.5 juta setahun bagi mendapatkan perokok baru dan menggalakkan perokok sedia ada supaya tidak berhenti merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan golongan wanita supaya tidak mudah terpengaruh dengan helah yang digunakan syarikat rokok, sebaliknya perlu sedar rokok bukan hanya membazirkan wang ringgit, malah memberi kesan terhadap tubuh termasuk risiko menghidap kanser, serangan jantung, menopaus awal, lewat hamil dan kemandulan.

"Sama ada anda perokok aktif atau pasif, anda berhadapan risiko yang akan memudaratkan diri anda dan dakwaan syarikat rokok bahawa rokok boleh melangsingkan badan, nampak moden dan matang adalah palsu semata-mata. Jangan terpedaya dengan helah ini," katanya.

Beliau berkata, walaupun program yang dijalankan kementerian kelihatan membuahkan hasil termasuk melalui kempen 'Tak Nak Merokok', kenaikan cukai dan penguatkuasaan amaran kesihatan pada kotak rokok, kementerian tetap akan terus memerangi ancaman tembakau dan mensasarkan supaya jumlah perokok pada masa akan datang adalah lebih rendah daripada apa yang dicapai sekarang.

"Sempena sambutan pada tahun ini dengan tumpuan kepada golongan wanita, seminar Wanita dan Tembakau akan diadakan secara bersiri pada peringkat kebangsaan bagi memberi peluang kepada kumpulan sasar mendapatkan maklumat yang diperlukan," katanya.

INFO: Antara strategi dan helah digunakan pengeluar rokok

# Menggunakan jenama dan reka bentuk produk yang sesuai dengan imej dan cita rasa wanita seperti gambaran merokok boleh melangsingkan badan.

# Menggunakan pembungkusan yang menarik minat wanita termasuk saiz kotak yang kecil seperti kotak gincu dan warna kegemaran kegemaran wanita seperti ungu, oren, biru dan hijau.

# Menggunakan iklan menonjolkan imej diri yang diidami wanita seperti glamor, bebas, anggun dan daya tarikan seks.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Fri Jun 11, 2010 6:17 am

Berhenti Merokok

Apakah baiknya berhenti merokok?

Pernafasan bertambah baik
Stamina meningkat
Lebih sihat
Lebih diterima oleh masyarakat
Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
Melindungi orang lain dari bahaya merokok
Menjimatkan wang
Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?

Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
Mengatasi gian dan keinginan merokok

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Fri Jun 11, 2010 6:19 am

Statistik terbaru :

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Jun 11, 2010 9:36 am

1. kepada kanak-kanak
* Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
* Kanak-kanak yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
* Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
* Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).

2. kepada bayi yang belum lahir
* Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
* Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
* Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
* Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.

3. kepada perokok
* Asap tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain.
* Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
* Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
* Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
* 8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
* Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
* Wanita yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
* Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
* Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
* Merokok menggandakan risiko barah serviks.
* Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
* Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak
- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa
* Adakah anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta? Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan jumlah ini terus meningkat.

4. kepada orang yang berdekatan
* Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
* Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah:
- iritasi mata
- sakit kepala
- hidung rasa tidak selesa dan bersin
- batuk dan sakit tekak
- mual dan pening
- bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.

5. kepada persekitaran
* Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
* Puntung-puntung rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
* Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
* Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Jun 11, 2010 9:47 am

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
* Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
* Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
* Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
* Rokok
* Cerut
* Tembakau paip
* Seesha

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
* Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
* Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya?
Merokok merbahaya kerana :
* Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
* Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?
* Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
* Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
* Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
* Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
* Napthylamine (ubat gegat)
* Arsenik (racun anai-anai)
* Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
* Kadmium (terdapat dalam bateri)
* DDT (Ubat nyamuk)
* Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
* Butane (gas yang boleh membunuh)
* Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
* Hydrogen cyanide (racun)
* Toluene (bahan pelarut)
* Carbon Monoxide (gas beracun)

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Jun 11, 2010 9:52 am

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
* Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
* Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
* Barah payudara: lebih 11 kali ganda
* Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
* Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
* Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
* Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
* Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
* Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
* Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?
* Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
* Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
Tanda fizikal :
+ Gelisah
+ Menggeletar
+ Degupan jantung lebih laju
+ Pernafasan cetek / tidak dalam
Corak pemikiran :
+ Gian untuk menghisap rokok
+ Berasa risau, gelisah dan bimbang
+ Tidak boleh menumpukan perhatian
Corak Emosi :
+ Mudah marah
+ Mudah runsing
+ Rasa bimbang
+ Gelisah
Pola kelakuan :
+ Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
+ Tercicir dari sekolah
+ Perubahan sikap dan tingkah laku
+ Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Apakah kesan-kesan jangka pendek?
Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?
* Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Ramai kanak-kanak perempuan merokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sat Jun 12, 2010 1:36 pm

KUALA LUMPUR 11 Jun - Apa nak jadi dengan anak-anak gadis sunti sekarang? Walaupun baru menginjak usia permulaan persekolahan tetapi sudah berani bertindak seperti orang dewasa.

Ini kerana, menurut Kementerian Kesihatan, bilangan budak perempuan berumur di bawah 10 tahun yang telah mula merokok adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tersebut.

Timbalan menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian pada 2003 itu menunjukkan 28.8 peratus gadis di bawah umur tersebut mula berjinak-jinak dengan rokok atas sebab-sebab tertentu.

"Hasil kajian itu mengejutkan dan membimbangkan kita kerana peratusan tersebut adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 14.1 peratus kanak-kanak lelaki di bawah 10 tahun yang mula merokok.

"Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati sebanyak 16.4 peratus anak muda dalam lingkungan usia tersebut didapati mula atau pernah cuba merokok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori (IPR) di sini hari ini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini ditumpukan kepada usaha mengelakkan gadis dan wanita daripada mula merokok kerana mereka dilihat menjadi sasaran baru pengeluar produk tembakau yang semakin kehilangan perokok lelaki.

Selain risiko strok, barah organ-organ utama, penyakit jantung dan paru-paru, perokok wanita menghadapai lebih banyak ancaman seperti masalah kesuburan, keguguran, kelahiran bayi tidak cukup bulan, barah pangkal rahim dan payu dara serta mempercepatkan proses penuaan.

"Laporan tersebut menunjukkan gadis lebih cenderung untuk mula atau cuba merokok dari usia muda dan ini membimbangkan kerana trend terkini menunjukkan perokok lelaki dewasa semakin berkurangan sementara perokok wanita semakin meningkat.

"Kanak-kanak sekarang juga lebih cepat 'dewasa' dan mereka lebih mudah dipengaruhi rakan sebaya serta iklan.

"Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan sekolah, masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memantau anak-anak muda kita supaya tidak terjebak dengan ketagihan merokok," tegasnya.

Jelasnya, kajian berkenaan turut menunjukkan 33.1 peratus remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun pernah cuba merokok sementara 20.2 peratus mengekalkan tabiat buruk tersebut.

"Kajian peringkat global turut menunjukkan kebanyakan individu mula merokok sebelum berumur 18 tahun dan jika trend ini berterusan, sebanyak 250 juta remaja akan menemui ajal akibat rokok," jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Rosnah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengumuman untuk menambah lapan hospital besar, 127 klinik dan 50 klinik 1Malaysia di seluruh negara.

"Langkah ini diharap dapat meningkatkan penjagaan kesihatan rakyat terutama melalui klinik 1Malaysia yang mendapat sambutan menggalakkan penduduk di pinggir-pinggir bandar," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Panduan Berhenti Merokok

Post  leeyoong_U6B on Sat Jun 12, 2010 4:58 pm

Panduan Berhenti Merokok
Sekiranya anda bercadang untuk berhenti merokok, berilah tumpuan kepada panduan yang diberikan di sini sebelum memulakan proses berhenti merokok. Proses berhenti merokok memerlukan perancangan dan juga penentuan masa yang sesuai. Jika ia dirancang dengan betul ia pasti akan membawa kepada kejayaan. Sebagai pedoman, panduan-panduan umum di bawah boleh membantu perokok dalam mendapatkan keazaman yang tinggi seterusnya berjaya untuk membuang tabiat buruk merokok.

Langkah Pertama
Sebelum anda meneruskan perancangan anda ialah, renungi tabiat merokok anda serta tentukan polanya. Fikirkan tentang masa, tempat, rakan dan perasaan yang menyebabkan anda merokok serta perbuatan yang mendorong anda merokok. Dalam melakukan muhasabah diri, tentukan sebab-sebab perlu anda berhenti dari merokok.

Langkah Kedua
Tetapkan masa untuk anda mula berhenti merokok. Beritahu rakan dan ahli keluarga tentang rancangan anda. Dapatkan bantuan dan sokingan dari rakan dan ahli keluarga.

Kaedah untuk membuang tabiat buruk merokok boleh dibahagikan kepada beberapa jenis..
Berhenti mendadak
Perokok berhenti daripada mengambil rokok samasekali seperti yang dilaku-kan semasa berpuasa. Kaedah ini memerlukan motivasi, ketahanan diri dan kesungguhan yang tinggi.

Berhenti beransur-ansur
Perokok mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari secara beransur-ansur sehingga ketahap tanpa rokok. Namun begitu, disebabkan faktor-faktor persekitaran dan emosi kaedah ini sering mengalami kegagalan.

Menangguh pengambilan
Perokok menangguhkan pengambilan rokok. Sebagai contoh jika kebiasaan-nya menghisap sebatang rokok setiap jam, kurangkan kekerapannya kepada sebatang rokok bagi setiap dua jam. Kaedah penangguhan ini disyorkan agar tidak melebihi tempoh dua minggu untuk memberhentikan tabiat buruk merokok sepenuhnya.

Penggantian nikotin
Nikotin merupakan bahan aktif penyebab ketagihan dalam rokok. Bagi mengurangkan kesan gian, perokok boleh mengambil nikotin dalam bentuk lain seperti koyok atau getah kunyah dan sebagainya.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Apakah yang terjadi bila anda berhenti merokok?

Post  leeyoong_U6B on Sat Jun 12, 2010 8:21 pm

Apakah yang terjadi bila anda berhenti merokok?
Dua jam selepas berhenti
Nikotin yang menyebabkan ketagihan akan mula dikeluarkan dari badan. Kesan gian akan mula dirasai.

Enam jam selepas berhenti
Denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun.

12 jam selepas berhenti
Sistem tubuh mengkumuh kesemua karbon monoksida dari asap rokok. Paru-paru kembali berfungsi dengan lebih efisien. Anda tidak mengalami sesak nafas.

Dua hari selepas berhenti
Deria rasa dan hidu mula kembali normal. Bau rokok dalam nafas, rambut, gigi dan jari mulai hilang.

Seminggu selepas berhenti
Kesan gian atau kemaruk akan hilang.

Dua minggu selepas berhenti
Peredaran darah dalam tubuh akan meningkat. Keyakinan diri untuk mengatasi tabiat merokok juga akan meningkat jika anda dapat bertahan lebih lama dari mengambil sebatang rokok.

Satu hingga sembilan bulan selepas merokok
Diri anda lebih bertenaga. Tidak lagi batuk, kesesakan hidung, letih dan mengalami pernafasan semput.

Setahun selepas berhenti merokok
Risiko untuk mendapat kanser paru-paru dan serangan jantung akan mengurang. Risiko untuk mendapat kedua-dua penyakit ini menyamai orang yang tidak merokok langsung selepas 15 tahun berhenti merokok.

Memulakan amalan berhenti
Setelah tarikh untuk berhenti merokok ditetapkan dan anda bermotivasi tinggi untuk meninggalkan tabiat buruk merokok, buangkan kesemua baki rokok yang masih ada. Simpan tempat abu rokok dan cuci tempat-tempat yang mempunyai kesan bau rokok. Langkah-langkah ini adalah untuk menghilangkan ingatan kepada rokok.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Merokok awal usia petanda buruk

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sun Jun 13, 2010 11:47 am

BAGAN DATOH 12 Jun - Penemuan kajian oleh Kementerian Kesihatan bahawa ramai kanak-kanak perempuan di bawah umur 10 tahun merokok adalah petanda amat negatif kepada masa depan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, jika benar, ia harus dipandang serius dan ditangani serta-merta.

"Kalau perkara ini berlaku dan menjadi berleluasa, ia adalah satu petanda yang amat negatif.

"Kita mesti berhati-hati supaya ia tidak menjadi budaya dengan mengambil tindakan menghentikan serta-merta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Juara Rakyat dan Pelancaran Skuad Sayang Peringkat Parlimen Bagan Datoh di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simpang Tiga, Selekoh dekat sini hari ini.

"Saya memang terperanjat sebab itu saya nak tahu berapa ramai kanak-kanak bawah 10 tahun yang terlibat.

"Kajian itu kalau tidak menyeluruh, tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan ia juga mungkin boleh menimbulkan tanggapan negatif," katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian pihaknya pada 2003 menunjukkan 28.8 peratus kanak-kanak perempuan di bawah umur 10 tahun mula berjinak-jinak dengan rokok atas sebab-sebab tertentu.

Kata Rosnah, hasil kajian itu mengejut dan membimbangkan kerana peratusan tersebut dua kali ganda lebih tinggi berbanding 14.1 peratus kanak-kanak lelaki di bawah usia yang sama mula merokok.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Risiko kurang Vitamin E pada perokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sun Jun 13, 2010 11:51 am

Penemuan ini terdapat dalam penyelidikan mengenai vitamin E oleh Institut Linus Pauling di Universiti Oregan State yang diterbitkan dalam Jurnal Klinikal Nutrisi Amerika isu Januari 2005.

Pengurangan gama tokoferol dengan cepat dalam perokok berbanding bukan perokok sekali gus boleh menyebabkan kanser. Ini kerana rokok menghasilkan radikal bebas yang menggalakkan kanser. Ia terjadi apabila vitamin E di dalam paru-paru dan tisu badan yang lain akan meneutralkan radikal bebas tersebut.

Tidak seperti alfa tokoferol, gama tokoferol adalah pelindung mujarab daripada nitrogen oksida yang sangat aktif dan berbahaya kepada badan. Kajian terkini sepatutnya memadai untuk mendorong perokok supaya tidak memandang ringan perihal gama tokoferol.

Pengambilan harian vitamin E telah lama diakui dalam merendahkan risiko mendapat penyakit degeneratif. Walau pun kebanyakan kajian yang telah diterbitkan tertumpu kepada kesan alfa tokoferol daripada vitamin E, saintis kini semakin mengalihkan perhatian mereka kepada gama tokoferol.

Gama - anti oksida yang sangat mujarab

Satu kumpulan penyelidik mendapati gama tokoferol, yang ditemui dalam gabungan tokoferol, nyata lebih berkesan berbanding alfa tokoferol untuk menghentikan tindakan peroksi nitrit (peroxynitrite) yang merupakan agen oksida yang kuat dan berbahaya. Oleh itu, gama tokoferol dapat melindungi sel daripada gangguan genetik dan karsinogenik (penyebab kanser) daripada nitrogen reaktif. Nitrogen reaktif mendorong kepada berlakunya arteriosklerosis dan gangguan saraf. Oleh kerana asap rokok mengandungi banyak nitrogen dioksida yang boleh ditukarkan menjadi karsinogen, gama tokoferol boleh menghalang tindakan nitrogen dioksida dan menghalang pembentukan karsinogen.

Alfa menyingkirkan gama tokoferol badan

Penyelidikan terkini mendapati pengambilan alfa tokoferol yang tinggi mengurangkan paras gama tokoferol dalam darah. Pengguna yang prihatin tentang kesihatan termasuk perokok yang mengambil suplemen vitamin E (hanya mengandungi alfa tokoferol) perlu menimbangkan semula perkara ini. Seperti yang telah disebutkan, kebanyakan suplemen vitamin E membekalkan hanya alfa tokoferol. Bukti terbaru mencadangkan suplemen sahaja tidak memadai.

Kumpulan penyelidik Universiti California, Berkeley mendapati sudah tiba masanya untuk mengehadkan pandangan bahawa hanya alfa tokoferol penting. Lebih banyak kajian perlu dilakukan ke atas gama tokoferol, iaitu satu bentuk lain vitamin E yang lebih berfaedah.

Gama lindungi perokok daripada strok dan serangan jantung

Beberapa kajian membuktikan manfaat vitamin E penting dalam mengurangkan penyakit kardiovaskular dan kematian akibat serangan jantung, walaupun ada kajian lain yang gagal menemui hasil yang sama. Perselisihan pendapat mungkin disebabkan hanya alfa tokoferol yang dikaji dan gabungan tokoferol (terutamanya gama tokoferol) tidak diambil kira.

Ini juga mungkin menjelaskan mengapa vitamin E yang diambil daripada makanan lebih berkesan berbanding suplemen vitamin E biasa yang hanya mengandungi alfa tokoferol. Makanan membekalkan spektrum vitamin E yang lebih menyeluruh berbanding suplemen vitamin E biasa.

Mendapatkan yang terbaik daripada suplemen vitamin E

Sama ada anda merokok atau tidak, dinasihatkan supaya memastikan suplemen vitamin E yang diambil mengandungi gabungan alfa, beta, gama dan delta tokoferol. Ini kerana kesemuanya berfungsi lebih baik (sinergistik) secara berkumpulan, untuk perlindungan yang lebih baik dan manfaat kesihatan yang maksimum. Very Happy

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa berhenti merokok

Post  leeyoong_U6B on Fri Jun 18, 2010 7:24 pm

Langkah-langkah untuk menghilangkan ingatan kepada rokok:
1. Setelah tarikh untuk berhenti merokok ditetapkan dan anda bermotivasi tinggi untuk meninggalkan tabiat buruk merokok, buangkan kesemua baki rokok yang masih ada. Simpan tempat abu rokok dan cuci tempat-tempat yang mempunyai kesan bau rokok.

2. Minum air yang banyak diperingkat permulaan proses. Berhenti meminum kopi atau minuman berkafein kerana kafein akan meningkatkan resah yang akan dialami semasa pengkumuhan nikotin oleh badan.

3. Latih jari dan mulut dengan perbuatan lain seperti mengunyah gula-gula getah atau memegang pensil atau getah gelang sebagai membuang kebiasaan menghisap rokok.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Perokok wanita meningkat

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Jun 25, 2010 4:48 pm

SEMUA golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.

Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.

Justeru, bagi membendung tabiat yang berisiko terhadap kesihatan ini, WHO memilih Lindungi Wanita dari Pemasaran Tembakau dan Asap Rokok sebagai tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010.

Tahun ini, Malaysia melalui tema yang sama, sudah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan kempen bagi membendung dan mengelakkan tabiat ini.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin berkata, pendedahan kepada rokok mendatangkan lebih banyak kesan buruk terhadap wanita berbanding lelaki.

Kemungkinan wanita diserang penyakit, katanya, bukan sahaja membabitkan penyakit respiratori, barah dan jantung, tetapi mereka juga berisiko mengalami masalah kesuburan serta semasa mengandung dan melahirkan anak.

Aziah berkata, perokok wanita berisiko tinggi mendapat keguguran, bayi tidak cukup bulan dan bayi meninggal dalam rahim.

Tegasnya, ancaman lain kepada wanita yang tidak merokok (perokok sekunder) adalah pendedahan kepada asap rokok daripada perokok lain.

“Di seluruh dunia, lebih kurang 600,000 kematian setiap tahun disebabkan pendedahan kepada asap perokok sekunder dan 64 peratus daripada jumlah mangsa itu adalah wanita.

“Maka, sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 ini menumpukan kepada kesan buruk ke atas wanita daripada pemasaran dan rokok.

“Kaum lelaki pula akan diberi kesedaran mengenai tanggungjawab mereka untuk tidak mendedahkan isteri, anak-anak dan keluarga kepada asap rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Institut Perubatan Respiratori di Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Maimunah A. Hamid, Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zin dan Pengerusi PUSPANITA Kementerian Kesihatan, Datin Seri Zuraida Ahmad.

Rosnah dalam ucapannya berkata, kementerian sentiasa berusaha untuk mengatasi tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini kerana selain berisiko kepada kesihatan, kerajaan sedar penggunaan tembakau adalah penyebab kedua kematian global selepas penyakit darah tinggi.

Dijangka, kematian tahunan berpunca dari penggunaan tembakau adalah lebih 5 juta di seluruh dunia ketika ini dan jika dibiarkan, ia mampu menyumbang kepada lebih 8 juta setahun menjelang 2030.

Selain menjalankan kempen kesedaran kepada perokok tegar, perokok baru dan individu yang belum merokok, kementerian giat membantu perokok untuk berhenti daripada tabiat merbahaya ini melalui Klinik Berhenti Merokok.

Menurut Rosnah, kementerian sedar untuk menghentikan tabiat merokok adalah amat sukar, jadi melalui klinik ini, kementerian memastikan kesabaran, ketekunan dan komitmen antara perokok serta pegawai ditingkatkan untuk menjayakannya.

Pada masa sama, tambahnya, kementerian mengambil kesempatan daripada tema sambutan tahun ini untuk memberi perhatian terhadap isu-isu keburukan akibat kesan pasaran tembakau dan larangan pemasaran tembakau kepada kaum wanita dengan penyediaan bahan pendidikan.

“Kaum wanita kini menjadi kumpulan sasar industri tembakau kerana kuasa membeli dan kemajuan yang ada pada mereka selain jumlah perokok lelaki semakin berkurang, maka semakin banyak iklan rokok yang mempamerkan model langsing dan cantik bagi menyogok wanita supaya merokok.

“Sebenarnya wanita atau lelaki tidak perlu merokok untuk meningkatkan keterampilan atau imej melalui merokok kerana ia akan merosakkan diri sendiri melalui kesan buruk dan bahaya yang ada dalam rokok.

“Kementerian turut mengeluarkan iklan yang mempamerkan model wanita langsing dan cantik tetapi dengan bahagian badan diserang penyakit-penyakit kronik akibat merokok bagi melawan iklan industri tembakau,” ujarnya

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Perokok Pasif Berisiko Sama dengan Perokok Aktif

Post  NgSiokYing U6F/11 on Sat Jun 26, 2010 12:39 pm

Perokok Pasif Berisiko Sama dengan Perokok Aktif
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:Pelbagai kajian telah menyebutkan bahwa perokok pasif (orang yang tidak merokok, tetapi di lingkungan terdekatnya ada orang yang merokok) mempunyai risiko yang sama dengan perokok aktif dalam hal:

- Kemungkinan mendapat serangan kanser paru, kanser payudara, kanker ginjal, kanser pancreas, kanser otak, akibat mendapatkan nikotin dari asap rokok.

- Kemungkinan mendapatkan penyakit jantung dan pembuluh darah (stroke)

- Kemungkinan mendapatkan serangan asma bronkhiale

- Kemungkinan mendapatkan gangguan kognitif dan dementia (mudah lupa)

- Apabila wanita hamil, berkemungkinan lahir premature, atau bayi lahir cukup bulan tapi berat badan kurang dari normal.

- Mudah mendapatkan serangan infeksi di hidung dan tenggorokan.

- Pada anak-anak: mudah terserang asma, meninggal di usia muda, infeksi paru, mudah mendapatkan alergi, mudah terserang TBC Paru.

Ramai orang tertanya-tanya mengapa perokok pasif dapat berisiko yang sama dengan perokok aktif, kerana perokok pasif juga menghirup kandungan karsinogen (zat yang memudahkan timbulnya kanser yang ada di asap rokok) dan menghirup 4000 partikel lain yang ada di asap rokok, sama dengan perokok aktif.

Dengan demikian perokok pasif sama berbahayanya dengan perokok aktif. Oleh itu, sebaiknya kita mengingatkan perokok aktif agar tidak merokok di sembarang tempat. Manfaatkanlah area khusus untuk merokok. Tidak merokok di tempat umum. Alangkah baiknya bila berusaha berhenti merokok secepatnya. Jangan mengurangi jumlah batang rokok yang dihisap, kerana sulit untuk berhasil. Tetapi kalau mencuba berhenti merokok akan lebih berhasil.


Last edited by Ng Siok Ying L6F/2010 on Thu Jul 01, 2010 5:15 pm; edited 2 times in total

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 24

View user profile

Back to top Go down

Mengatasi rasa ketagihan

Post  leeyoong_U6B on Thu Jul 01, 2010 11:22 am

Pada peringkat awal,
perokok akan merasai kesan ketagihan nikotin yang agak teruk. Ketagihan jenis ini dikenali sebagai ketagihan fizikal. Satu lagi jenis ketagihan ialah ketagihan psikologi iaitu apabila perokok merokok bukan disebabkan oleh ketagihan nikotin tetapi hanya disebabkan keseronokan menyala dan menghisap rokok sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab seseorang itu merokok bagi memudahkan untuk mengatasinya.

Untuk membuang tabiat buruk merokok memerlukan komitmen yang tinggi serta usaha yang berterusan. Sesetengah perokok hanya berjaya berhenti untuk tempoh sekejap sahaja. Sekiranya ini berlaku kepada anda, janganlah beranggapan anda telah gagal atau merasa kecewa. Teruskan azam dan kuatkan semangat, kejayaan tidak berlaku hanya dengan satu cubaan sahaja.

Selain itu anda juga perlu tahu serba sedikit berkenaan kesan pengurangan nikotin dalam darah terhadap tubuh sebelum berhenti dari merokok.

Antara kesan yang akan dialami adalah kesan kemaruk atau gian dan juga kesan pemulihan.
Kesan kemaruk atau gian akan menimbulkan masalah seperti:
a. Rasa resah, gelisah, tidak tenteram dan mudah naik berang.

b. Kehilangan tumpuan.

c. Letih dan lesu.

Kesan pemulihan dari pergantungan diri terhadap nikotin akan mengakibat-kan anda mengalami:
1. Sakit kepala, pening dan rasa kebas di tangan.

2. Batuk dan sakit tekak.

3. Rasa lapar berpanjangan.

Selepas berhenti merokok, mantapkan pendirian untuk tidak akan merokok dan jangan sekali-kali menerima tawaran rokok percuma dari kawan sama ada untuk menjaga hati kawan atau sebagainya. Berterus terang kepada mereka tentang niat anda.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  leeyoong_U6B on Thu Jul 01, 2010 11:28 am


Apakah yang ingin disampaikan oleh Ng Siok Ying L6F/2010 (Sat Jun 26, 2010 5:39 pm) ? Apa yang anda "post" bukan sahaja sama dengan S.Teng(U6A/2010) (Fri Jun 25, 2010 9:48 pm) ?
confused confused

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Kastam rampas 3,256 bungkus rokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sun Jul 18, 2010 10:28 am

KOTA KINABALU 17 Julai - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 3,256 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM40,000 termasuk cukai dalam satu operasi khas di sekitar daerah Papar kelmarin.

Pemangku Pengarah JKDM negeri, Janatan Kadok berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan empat orang termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan rokok belum lulus Kastam itu.

"Operasi selama enam jam itu melibatkan 10 anggota diadakan di sekitar pekan Papar, Kampung Suriati dan Kampung Ambawa.

"Sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang berisi rokok belum diluluskan Kastam turut dirampas di dalam operasi tersebut," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JKDM Sabah di sini semalam.

Menurutnya, kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke ibu pejabat JKDM negeri untuk siasatan lanjut.

Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya mengenai aktiviti penyeludupan di negeri ini.

Mereka yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi JKDM Sabah di talian 088-233251 atau talian bebas tol 1-800-88-8855, katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

CARA MENGATASI keinginan MEROKOK

Post  leeyoong_U6B on Tue Aug 03, 2010 12:22 pm

Apabila timbul keinginan untuk merokok, tolak keinginan itu dengan sekeras-kerasnya. Jangan fikir “tak apa sebatang sahaja”, kerana disebabkan sebatang itulah yang akan menyebab-kan anda kembali menjadi penagih nikotin dan hamba rokok.

Dapatkan ketenangan diri melalui cara lain seperti:

i) Melakukan aktiviti pernafasan panjang, senaman atau bersukan.

ii) Bersiar-siar.

iii) Melakukan ibadat sembahyang sunat atau zikir.

Akhir kata, seseorang iperlu mempunyai ketahanan diri dan keazaman yang kuat. Ia juga perlu pengorbanan dan perubahan yang besar dalam diri anda. Namun begitu, segala usaha anda itu amat berbaloi kerana kehidupan anda akan berubah kepada cara hidup yang sihat. Risiko untuk anda dan keluarga anda mendapat penyakit kronik yang disebabkan rokok juga berkurangan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Masa untuk berhenti merokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Sep 03, 2010 9:32 am

JIKA bagi wanita, kedatangan bulan puasa masa paling baik untuk mula berdiet, berbeza pula lelaki yang lebih kepada untuk berhenti merokok.

Tapi untuk menghilangkan tabiat merokok bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika rokok sudah menjadi teman sejati sejak sekian lama.

Menurut Dr. Azrul Rozaiman Abdullah dari Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Selangor, perokok terbahagi kepada beberapa kategori dan ini ditentukan menerusi satu ujian yang dinamakan Fagerstrom test for Nicotine Dependence.

"Secara umumnya, ketagihan ada empat kategori iaitu rendah, rendah hingga sederhana, sederhana dan ketagihan tinggi.

"Dari senarai yang diberikan di atas, golongan perokok yang paling sukar membuang tabiat merokok ialah yang ketagihan tinggi," jelasnya ketika sesi ceramah sempena seminar Sakit Bukan Halangan Meraih Takwa.

Seminar tersebut anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan kerja sama Hospital Pakar An-Nur (HPAN), Bangi, baru-baru ini.

Dr. Azrul Rozaiman juga memberitahu pendapat yang mengatakan perokok wanita lebih berisiko mendapat penyakit kronik berbanding lelaki tidak benar kerana semuanya bergantung kepada dos bahan-bahan kimia yang disedut ke dalam tubuh.

"Selain itu faktor mudahnya penyakit terjadi akibat merokok juga bergantung kepada kekuatan tubuh individu itu sendiri. Individu yang mempunyai sistem imunisasi yang kuat, sihat dan tanpa penyakit kronik lain.

"Ada perokok yang memberitahu bahawa apabila mereka berhenti merokok mereka akan menjadi tidak sihat. Ini berlaku kerana ketagihan rokok tegar menyebabkan mereka secara fizikal dan psikologikal terpaksa bergantung dengan aktiviti merokok untuk mengekalkan paras nikotin dalam badan. Dengan itu mereka dapat kekal 'rasa seronok' dan akan rasa sebaliknya jika tidak mengambil rokok," ujarnya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Berhenti merokok sebelum terlambat

Post  Sponsored content Today at 2:37 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum