Kementerian Sumber Manusia sedia bantu FELDA lahirkan pengur

View previous topic View next topic Go down

Kementerian Sumber Manusia sedia bantu FELDA lahirkan pengur

Post  yeeleng(L6A) on Mon Oct 25, 2010 1:13 pm

KUANTAN: Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk membantu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam melahirkan Pengurus Rumah Tangga berkemahiran di kalangan anak peneroka FELDA.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata cadangan FELDA untuk mewujudkan jawatan tersebut adalah positif dan dapat mengelak daripada kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing. "Kita mengalu-alukan usaha FELDA ini dan saya yakin FELDA mempunyai kekuatan organisasi yang cukup mantap dan kepakaran untuk mengendalikannya dan pihak kita sedia membantu mereka dari aspek persijilan dan petauliahan kemahiran kepada mereka yang mengikuti program Pengurus Rumah Tangga anjuran Felda," katanya selepas merasmikan program penambahbaikan operasi dan peningkatan modal insan dalam industri minyak dan gas di sini, hari ini.
Menurut Maznah, pihak kementerian itu juga akan turut menguruskan pendaftaran dan penempatan mereka yang terlibat menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, baru-baru ini berkata, FELDA bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

Katanya, inisiatif itu diambil sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama yang terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, akan diberi kursus.

Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun itu akan dikendalikan oleh Yayasan FELDA mengikut silibus berasaskan kemahiran seperti penjagaan kesihatan, memasak dan penjagaan kanak-kanak.
Mohd Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum