PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMKe-10: Swasta terajui ekonomi

Go down

RMKe-10: Swasta terajui ekonomi Empty RMKe-10: Swasta terajui ekonomi

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 11, 2010 8:01 am

KUALA LUMPUR: Sejajar sasaran pertumbuhan enam peratus setahun sepanjang tempoh RMKe-10, kerajaan akan melupuskan peraturan perniagaan lapuk untuk melonjakkan kerancakan aktiviti pelaburan yang diterajui pelaburan swasta. Bagi mencapai matlamat itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dikorporatkan dan dijenama semula, manakala Perbadanan Produktivti Malaysia (MPC) akan disusun semula untuk menerajui kajian peraturan perniagaan secara menyeluruh bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor utama ekonomi. Selain itu, untuk meningkatkan lagi paras persaingan yang sihat di pasaran, kerajaan kini sedang mengkaji untuk menyediakan Undang-Undang Persaingan sebagai rangka kawalan terhadap manipulasi pasaran dan kewujudan amalan kartel yang boleh menjejas kecekapan pasaran.

Justeru, Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang berkenaan lebih teratur dan berkesan.

Dalam tempoh RMKe-10, perkongsian pintar dan berkesan antara sektor awam dan swasta akan diamalkan sebagai mekanisma penggerak agenda transformasi ekonomi.

Susulan itu, fasa baru perkongsian awam–swasta (PPP) akan diwujudkan dengan memastikan perkongsian risiko dan pulangan saksama yang berimpak besar.
Setakat ini, 52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion sudah dikenal pasti untuk dilaksanakan, merangkumi pembinaan tujuh lebuh raya dengan anggaran kos RM19 bilion.

Ia antara lain meliputi projek Lebuhraya Pantai Barat, Lebuhraya Guthrie–Damansara, Lebuhraya Sungai Juru dan Lebuhraya Paroi–Senawang- KLIA.

Selain itu, dua projek Loji Jana Kuasa Elektrik Arang Batu dengan anggaran kos RM7 bilion dan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, Selangor seluas lebih kurang 1,320 hektar dengan anggaran kos RM10 bilion akan dilaksanakan.

Dalam RMKe-10, kerajaan turut akan memberi peluang pihak swasta menyertai pembangunan beberapa projek lain yang dipimpin syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Ini termasuk projek seperti Projek Pembangunan Strategik Kuala Lumpur oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang merangkumi kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi, dan KL International Financial District di Kuala Lumpur, pembinaan Loji Re-gasification Gas Asli Cecair (LNG) oleh Petronas di Melaka dengan anggaran kos RM3 bilion serta pelaburan dua relau pelebur aluminium di SCORE Sarawak berjumlah RM18 bilion.

Bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek berkenaan, dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan menerusi Dana Mudahcara atau ‘Facilitation Fund’.

Dana itu bertujuan membantu merapatkan jurang daya maju pelaburan swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi dan mempunyai kesan limpahan ekonomi besar, dengan syarat projek terbabit mempunyai impak strategik tinggi dalam pembangunan ekonomi negara.

Menerusi dana itu, kerajaan menjangka dapat menarik pelaburan swasta berjumlah sekurang-kurangnya RM200 bilion dalam tempoh rancangan.

Projek yang sedang dipertimbangkan untuk dibiayai menerusi dana itu adalah Penambakan Tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur, dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum