PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMKe-10: Unit khas pastikan keberkesanan inovasi

Go down

RMKe-10: Unit khas pastikan keberkesanan inovasi Empty RMKe-10: Unit khas pastikan keberkesanan inovasi

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 11, 2010 7:54 am

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengalih tumpuan negara kepada pertumbuhan berasaskan produktiviti yang dipacu inovasi, kerajaan akan menubuhkan unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

Antara langkah penting akan dilaksanakan kerajaan ialah menambah baik kaedah pembiayaan bagi syarikat modal teroka awam. Pada masa ini, pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam, seperti Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Malaysian Venture Capital (MAVCAP) disediakan melalui pinjaman jangka panjang. Dalam RMKe-10, pembiayaan dalam bentuk ekuiti dan bukan pinjaman, iaitu pembiayaan ekuiti dipadankan dengan profil risiko pelaburan modal teroka.

Bagi mencapainya, Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan RM500 juta akan diperkenalkan bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

Sementara itu, bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersialan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi, kerajaan akan menubuhkan Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan RM150 juta.

Pada masa sama, undang-undang kemuflisan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber yang pernah gagal untuk kembali aktif. Kerajaan akan terus menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk syarikat kecil yang masih pada peringkat awal untuk berkembang sehingga ke tahap global.

Kerajaan turut menggalakkan PKS asing bekerjasama dengan PKS tempatan supaya mendapat manfaat bersama.

Bagi memastikan PKS mendapat akses yang mudah kepada kemudahan pembiayaan, kerajaan menyediakan Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM7 bilion dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri berjumlah RM3 bilion yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

Keseluruhan dana di bawah Skim Jaminan Modal Kerja telah diluluskan, justeru kerajaan akan menambah RM3 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan berkenaan kepada RM10 bilion.

PKS yang memperoleh pengiktirafan tempatan atau anugerah antarabangsa akan diberi akses atau keutamaan dalam proses bidaan perolehan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Kerajaan juga sedang mengkaji mempertingkatkan lagi sumber kewangan PKS dan Agro Bank supaya dapat memberikan perkhidmatan yang efektif kepada usahawan PKS.

Selain itu, SME Corp pula akan diberi peruntukan secukupnya bagi memastikan PKS berpotensi untuk berjaya dapat dibantu

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum