PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan sedia jumpa semua pihak pastikan kejayaan Wawasan 2

Go down

Kerajaan sedia jumpa semua pihak pastikan kejayaan Wawasan 2 Empty Kerajaan sedia jumpa semua pihak pastikan kejayaan Wawasan 2

Post  yeeleng(L6A) Mon Jul 19, 2010 1:42 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedia berbincang dengan semua pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha memastikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan.

Perdana Menteri berkata, kejayaan mencapai Wawasan 2020 banyak bergantung kepada faktor keupayaan dalam negara dan keadaan ekonomi global. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Najib berkata beliau mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan Dr Mahathir sebagai wawasan negara dan komited untuk mencapai wawasan itu.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, walaupun Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Mahathir, tapi kita sudah menerimanya sebagai wawasan negara dan sesiapapun selepasnya (Tun Mahathir) adalah komited untuk mencapai Wawasan 2020," katanya.

Wawasan 2020 diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri keempat itu ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada 1991 dalam usaha negara ke arah mencapai status negara maju.

Najib berkata kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus setiap tahun boleh dicapai bergantung kepada keadaan faktor dalaman dan luaran yang dilihat kukuh pada tahun ini.
Beliau berkata jika faktor luaran begitu lemah sepertimana berlaku pada tahun 2009 dengan krisis kewangan global melanda dunia, ia akan menyukarkan negara untuk mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi.

"Sebab itu, kita mengandaikan bahawa kita boleh mencapai minimum enam peratus, dan mengikut perkiraan kita, kalau kita dapat mencapai enam peratus setiap tahun hingga 2020, kita boleh mencapai status negara maju.

"Kalaulah sesuatu berlaku luar daripada dugaan kita, katalah ada krisis global sekali lagi yang berpanjangan, ini tentu akan membawa kesan buruk untuk kita mencapai matlamat dan impian kita yakni wawasan 2020," katanya.

Najib berkata beliau sedia menerima pandangan daripada mana-mana pihak termasuk Dr Mahathir untuk bersama-sama mencapai hasrat Wawasan 2020.

Sementara itu, Perdana Menteri juga memberi jaminan rakyat di Sabah dan Sarawak akan turut sama mencapai dan menikmati status negara maju pada 2020 ekoran peruntukan tambahan yang besar telah disediakan kerajaan bagi mengimbangi apa yang dicapai di Semenanjung dari segi penyediaan prasarana dan pembangunan luar bandar.

"Ini kita sedar kerana keadaan semulajadi dan masalah perhubungan yang begitu kritikal menyebabkan untuk kita sampai di tempat-tempat yang pedalaman menelan belanja yang begitu besar.

"Namun demikian, kerajaan percaya melalui usaha-usaha dan peruntukan tambahan yang besar diberikan akan dapat membantu," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum