PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan sedia peruntukan RM15b melalui tabung PFI

Go down

Kerajaan sedia peruntukan RM15b melalui tabung PFI Empty Kerajaan sedia peruntukan RM15b melalui tabung PFI

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Sun Feb 07, 2010 11:25 am

BUTTERWORTH 7 Feb. – Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion melalui tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) bagi membantu syarikat-syarikat besar yang menghadapi masalah kewangan menyiapkan projek mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, peruntukan tabung berkenaan merupakan salah satu daripada pelan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Katanya, usaha kerajaan mewujudkan tabung berkenaan adalah bagi membantu syarikat besar yang menghadapi kekangan kewangan bagi memastikan supaya projek yang dijalankan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Kerajaan sudah mula membentuk satu tabung iaitu PFI yang mana ia adalah bantuan khusus dari kerajaan untuk syarikat-syarikat besar yang tidak cukup duit bagi melaksanakan projek mereka.

“PFI dengan peruntukan RM15 bilion itu akan beroperasi tahun ini bagi membantu projek besar yang melibatkan kos jutaan ringgit seperti universiti, hospital dan perumahan dalam tempoh yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut melancarkan laman web Parlimen beliau iaitu www.normohamed.my dan laman web berkenaan bertujuan memaparkan segala aktiviti serta perkembangan yang berlaku di kawasan berkenaan. – Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum