PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan sedia bantu pengusaha betik

Go down

Kerajaan sedia bantu pengusaha betik Empty Kerajaan sedia bantu pengusaha betik

Post  ong poh lee U6B Tue Mar 23, 2010 12:19 pm

KAJANG 23 Mac — Kerajaan bersedia memberi bantuan sama ada dari segi pemberian benih untuk penanaman semula kepada para pengusaha tanaman yang terlibat dalam masalah penyakit sehingga memaksa tanaman mereka ditebang di Perak baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bantuan seumpama itu akan diselenggarakan oleh Pejabat Pertanian Negeri bagi membantu para pengusaha betik di negeri itu yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat serangan penyakit mati rosot ke atas tanaman mereka.

Noh berkata, beliau pada dasarnya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan tetapi memberitahu, bantuan seumpama itu adalah dasar kementerian dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal para petani di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat (JKKKP) peringkat negeri Selangor di sini hari ini. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum