PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita UMNO sedia tabung bantu golongan ibu tunggal

Go down

Wanita UMNO sedia tabung bantu golongan ibu tunggal Empty Wanita UMNO sedia tabung bantu golongan ibu tunggal

Post  ong poh lee U6B Sat Jun 19, 2010 11:18 am

TEMERLOH 19 Jun — Wanita UMNO mengambil pendekatan menyediakan tabung bagi membantu golongan ibu tunggal yang masih belum mendapat nafkah daripada bekas suami mereka.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan menerusi tabung itu bersifat sementara sehingga menunggu Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah terhadap bekas suami mereka supaya memberikan nafkah bulanan kepada golongan berkenaan.

"Peruntukan daripada tabung ini akan dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu tunggal selepas diceraikan suami mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan dan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Temerloh, dekat sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini tabung berkenaan telah membantu lebih 300 ibu tunggal di seluruh negara.

Kamilia juga meminta ibu tunggal dan isteri yang dalam proses menunggu perintah Mahkamah Syariah terhadap tuntutan nafkah anak-anak supaya menghubungi Wanita UMNO cawangan dan bahagian untuk mendapatkan bantuan berkenaan. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum