PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perjuangan Umno sukar diganti

Go down

Perjuangan Umno sukar diganti Empty Perjuangan Umno sukar diganti

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:20 pm

Rakyat kecapi nikmat hasil pengorbanan parti demi agama, bangsa, negara

KUALA LUMPUR: Umno adalah parti keramat yang tiada galang gantinya dan akan terus relevan serta menjuarai kehidupan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada pihak boleh menafikan rakyat mengecapi nikmat dan rahmat Allah hasil perjuangan Umno

Setiap kali Umno diuji... semua mata, telinga dan hati risau, mengharapkan wadah perjuangan ini pulih, bangkit semula dengan lebih gagah untuk terus membawa keamanan, kemajuan dan mendepani cabaran.

“Sertai perjuangan ini, pertahankan kekuatannya, teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam buku cenderahati sambutan 64 tahun Umno ‘Merentasi Sepanjang Masa’.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kekuatan dan keikhlasan perjuangan Umno memberi makna kepada anak Melayu, kedaulatan negara, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, ketinggian syiar dan martabat Islam di mata dunia.

Beliau berkata, dengan menyusuri rentetan sejarah perjuangan Umno yang diterajui pemimpin Melayu terdahulu semua pihak akan bertambah insaf akan rahmat besar yang Allah berikan kepada Malaysia untuk menikmati kemerdekaan, perjuangan dan kemajuan.
Katanya, ia bermakna dalam membentuk sebuah negara yang harmoni.

“Insya-Allah dengan nikmat itu juga kita bertambah yakin dan penuh semangat untuk mempertahankan dan seterusnya memperjuangkan untung nasib bangsa bagi menikmati hidup dengan lebih maju dan selesa.

“Sesungguhnya parti keramat Umno ini penuh dengan perjuangan. Pengorbanan besar keringat, darah dan air mata nenek moyang, ayah bonda perlu diteruskan menerusi wadah Umno.

“Wadah ini mempunyai rekod perjuangan dan pencapaian yang berkesan, membawa makna dan sudah teruji,” katanya

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Perjuangan Umno sukar diganti Empty Pemimpin parti mesti turun padang

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:21 pm

Pastikan Umno terus kekal, relevan: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Umno akan kekal selagi parti itu memenuhi kehendak rakyat, selalu berjumpa rakyat dan rajin turun padang, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau yakin jika semua pemimpin Umno rajin turun padang dan berjumpa rakyat, parti itu akan terus kekal dan relevan, khususnya pada masyarakat Melayu

Beliau yang kelihatan kurang sihat tetap menghadiri majlis Ulang Tahun ke-64 Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata rakyat mahukan perubahan minda yang seiring dengan perubahan zaman.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik, berkata Umno kini semakin kuat dan untuk kekalkan keadaan itu, parti perlu berani membuat perubahan dan sentiasa bersifat terbuka untuk menerima teguran.

“Jangan mudah melatah apabila menerima kritikan,” katanya.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata Umno perlu serius jika mahu membuat transformasi.

“Kalau kita hendak buat transformasi parti, kita kena teruskan dan tidak boleh jalan setengah-setengah. Transformasi LDP di Jepun sebagai contoh dibuat setengah jalan dan orang menyampah maka orang menolaknya dan siapa boleh menyangka LDP boleh kalah,” katanya.

Pandangan itu dikongsi Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang mahu kisah kepemimpinan LDP di Jepun dijadikan iktibar untuk membawa perubahan positif pada Umno.

“Masyarakat khususnya orang Melayu tidak pernah menolak Umno,” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata Umno perlu sentiasa relevan setiap masa pada masyarakat bagi memastikan ia kekal diterima rakyat.

“Peringatan kepada kita, 64 tahun bukan usia muda, walaupun kita tahu sebuah parti boleh diterima, perlu relevan setiap masa dan yang paling penting adalah pengisian dalam parti kita," katanya

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Perjuangan Umno sukar diganti Empty Jangan abai rakyat

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:27 pm

Najib mahu pemimpin Umno ambil iktibar kejatuhan parti LDP di Jepun

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli Umno supaya kembali menghayati semangat jati diri parti yang berjuang untuk rakyat dan bukannya mengamalkan politik sempit yang menguntungkan kelompok tertentu.

Presiden Umno berkata, Umno yang menyambut ulang tahun ke-64 semalam, akan terus bangkit dan kukuh selagi parti itu memperjuangkan hak rakyat dan tidak lari daripada landasan sebenar.

Katanya, parti keramat orang Melayu itu harus mengambil iktibar terhadap senario politik dunia yang menyaksikan banyak parti pemerintah di beberapa negara tewas dalam pilihan raya kerana tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

"Kisah yang relevan dan menjadi iktibar pada kita ialah kekalahan parti LDP di Jepun. Baru-baru ini, kita menjemput pemimpin parti itu ke sini bagi mengetahui punca kekalahan mereka.

"Pemimpin LDP itu menyatakan kekalahan LDP kerana parti itu mengamalkan corak politik kelompok dan berpuak-puak daripada memberi perkhidmatan untuk rakyat.

“Parti itu juga tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan reformasi dan perubahan, sebaliknya kembali kepada zon selesa dengan mempertahankan status quo parti hingga rakyat melihat LDP sebagai parti yang jauh dari hati mereka dan tidak merasai denyut nadi rakyat, selain bukan parti yang segar dan dinamik," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-64 Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi serta bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib berkata, fakta kekalahan LDP sedikit sebanyak relevan pada Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, katanya, dalam memperjuangkan perubahan dan menjadikan Umno parti yang terus mendapat sokongan orang Melayu, Umno perlu mengelak menjadi parti yang terperangkap dengan agenda sempit yang memperjuangkan kelompok tertentu.

"Sebaliknya, Umno kena berpaksi pada rakyat jelata yang menjadi kunci kejayaan. Kita kena sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat dengan melaksanakan program sepanjang masa dan zaman dan bukan hanya pada pilihan raya.

"Pemimpin Umno perlu menunjukkan yang mereka adalah pemimpin yang berjuang sepanjang masa," katanya.

Najib juga bersyukur kerana dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini, iaitu di Bagan Pinang dan Hulu Selangor, orang Melayu sudah kembali menyokong Umno.

"Mungkin tidak semua... memang mustahil kita dapat semua, masih ada sokongan pada parti pembangkang tetapi tahap sokongan daripada orang Melayu untuk Umno jelas lebih menyerlah hari ini.

"Oleh itu kita berasa bersyukur kerana usaha kita lakukan untuk memperkasakan dan segala yang dilaksanakan membuahkan hasil yang lebih meyakinkan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, beliau terharu apabila seorang veteran Umno sanggup menaiki bas selama enam jam semata-mata untuk hadir ke sambutan ulang tahun Umno, malam tadi.

"Beliau datang pagi tadi dan balik malam ini juga dengan bas. Beliau memberitahu saya yang beliau datang ke majlis ini kerana sayangnya pada Umno," katanya

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Perjuangan Umno sukar diganti Empty Re: Perjuangan Umno sukar diganti

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum