PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pekerja wanita sukar lapor gangguan seksual

Go down

Pekerja wanita sukar lapor gangguan seksual Empty Pekerja wanita sukar lapor gangguan seksual

Post  Tan Ke Rou U6B Fri Dec 23, 2011 7:44 pm

2011/12/23
KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita berdepan situasi sukar menyalurkan aduan berkenaan gangguan seksual ekoran krisis kepercayaan terhadap kemampuan majikan mengendalikan aduan walaupun Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja diperkenalkan lebih sedekad lalu.

Timbalan Dekan Akademik Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Sabitha Marican, berkata hasil kaji selidik 2010 mendapati, 70 peratus daripada 1,100 responden mengakui tidak menaruh keyakinan kepada majikan dalam menguruskan aduan gangguan seksual di tempat kerja.
“Bukan itu saja, kaji selidik membabitkan 60 jabatan kerajaan merekodkan hampir 50 peratus mengatakan membuat laporan gangguan seksual kepada majikan adalah membuang masa sehingga ada pengadu terpaksa salurkan aduan mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan polis bagi meringankan bebanan psikologi.
“Saya berpendapat bahawa jika perkara ini disiasat dengan terperinci sehingga membawa ke peringkat mahkamah, implikasi terhadap pendakwaan kes gangguan seksual berkenaan boleh menjejaskan nama baik agensi kerajaan tertentu, justeru ia perlu dielak sebelum menjadi buah mulut orang,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Sabitha berkata, pemahaman berkenaan tingkah laku gangguan seksual di sektor awam masih berada pada tahap terlalu rendah apabila hanya merekodkan peningkatan 10 peratus sejak 1999 dan salah satu punca utama adalah ketiadaan akta khas pembasmian gangguan seksual di tempat kerja.

“Kita cuma mempunyai kod amalan bukan peruntukan undang-undang sebab ada berpandangan kanun Keseksaan sudah mencukupi. Masalah timbul bila mangsa gangguan kena beri bukti... kalau mangsa diraba, dicium atau dipegang macam mana hendak dibuktikan,” katanya.

Tan Ke Rou U6B

Posts : 6
Join date : 2011-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum