PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

China jumpa 170 tan susu tercemar

Go down

China jumpa 170 tan susu tercemar Empty China jumpa 170 tan susu tercemar

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Feb 09, 2010 5:06 pm

Kebanyakan produk skandal 2008 didapati dibungkus semula untuk jualan

BEIJING: China menemui 170 tan lagi susu tepung tercemar dalam tindakan mengejut semalam, dan mendapati kebanyakan produk yang dikenal pasti dalam skandal 2008 dibungkus semula untuk jualan.

Peningkatan kes dalam beberapa minggu ini menimbulkan keraguan berhubung janji kerajaan untuk merombak sistem yang menjamin keselamatan makanan, selepas beratus-ratus kanak-kanak jatuh sakit akibat susu yang dicemari bahan kimia.


Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut. Produk susu tercemar baru-baru ini dikenal pasti berlaku lagi di bandar raya terbesar China, Shanghai, serta di wilayah Shaanxi, Shandong, Liaoning, Guizhou, Jilin dan Hebei.

Tindakan mengejut China selama 10 hari ke atas produk berkenaan dijangka berakhir esok, dan masih belum pasti sama ada ia akan diteruskan. Cuti tahun baru Cina, pada penghujung minggu ini menyebabkan sebilangan pejabat sudah pun ditutup dan berjuta-juta rakyat China mula bergerak untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Dalam kejadian terbaru itu, lebih 170 tan susu tepung yang dicemari kimia industri, melamin, ditarik balik dan dua syarikat ditutup di utara wilayah Ningxia, lapor akhbar China Daily, semalam.

Laporan itu menyatakan pegawai penguat kuasa merampas 72 tan susu tepung dan masih mencari selebihnya, yang dibungkus semula oleh Ningxia Tiantian Dairy Co. Ltd. dan dijual kepada kilang di rantau berjiran di Mongolia dan wilayah selatan Guangdong dan Fujian.

Pembekal tenusu sebelum ini dituduh memasukkan bahan melamin, yang mempunyai kandungan nitrogen tinggi, untuk menjadikan susu berkenaan kaya dengan protein bagi memperoleh kelulusan dalam ujian kandungan nitrogen.

Laporan itu menyatakan susu yang dicemari itu sepatutnya dimusnahkan ketika skandal 2008, dan Ningxia Tiantian Dairy memperolehnya daripada sebuah syarikat tidak bernama sebagai bayaran hutang.

"Syarikat kecil kami mempercayai sepenuhnya rakan kongsi mereka kerana mereka sudah lama menjalankan perniagaan secara bersama dan mempunyai hubungan rapat," kata setiausaha agung Persatuan Industri Tenusu Ningxia, Zhao Shuming.

China Daily memetik Zhao sebagai berkata, kebanyakan syarikat kecil berkenaan, termasuk Ningxia Tiantian, tidak mempunyai teknologi untuk melakukan ujian melamin. – AP

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum