Harga bahan mentah susu naik

View previous topic View next topic Go down

Harga bahan mentah susu naik

Post  yeeleng(L6A) on Mon Sep 21, 2009 4:18 pm

PETALING JAYA 18 Sept. - Pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Dutch Lady Milk Industries Bhd. menjangkakan peningkatan harga bahan mentah susu sebanyak 10 hingga 20 peratus berikutan permintaan semasa yang tinggi.

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Hans Laarokker berkata, syarikat itu, buat masa ini tidak merancang untuk menaikkan harga produk.

''Pada tahun 2007 dan awal 2008 harga barang mentah pada AS$2,000 (RM6,983) meningkat secara mendadak kepada AS$5,000 (RM17,445) dan kemudiannya turun semula selepas itu kepada AS$2,000 (RM6,983) pada masa yang singkat.

''Ketidaktentuan harga disebabkan oleh tabiat pembeli global yang tidak menentu contohnya China yang membeli terlalu banyak bahan mentah tersebut,'' katanya semasa sidang akbar selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Puteh.

Laarokker berkata, syarikat itu masih lagi dapat mengekalkan prestasi untung ketika mengharungi keadaan tersebut serta dalam keadaan kegawatan ekonomi global.

Menurutnya, keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini bukan sahaja memberi kesan kepada syarikat bahkan kepada industri seluruhnya.

Ditanya tentang projek pelaburan pada masa hadapan, beliau berkata ketika ini syarikat dalam proses pembinaan kilangnya di Petaling Jaya dengan pelaburan bernilai RM100 juta

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum