Kejayaan Seseorang Pelajar

View previous topic View next topic Go down

Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Mon May 17, 2010 12:41 pm

Berjaya dalam akademik adalah matlamat utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ibu bapa sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik kerana mereka sedar bahawa pencapaian akademik yang baik menjanjikan masa depan yang cerah kepada anak-anak. Namun, berjaya atau tidak seseorang pelajar banyak bergantung kepada pelajar itu sendiri.

Sekiranya seseorang pelajar itu sedar akan kepentingan pelajaran kepada dirinya pada masa depan, pelajar tersebut sudah semestinya akan bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah untuk belajar semua topik yang terdapat sukatan pelajaran. Mereka yang bersikap rajin dan gigih ini biasanya mempunyai jadual waktu belajar semasa di rumah supaya masa yang tidak ternilai harganya dapat digunakan dengan baik.

Selain itu, pelajar yang ingin berjaya mempunyai sikap positif semasa berada dalam kelas seperti menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan bukannya berbual-bual dengan kawan, bertanya guru sekiranya tidak memahami topik yang diajarkan, dan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Mereka juga akan mengadakan kumpulan perbincangan dengan kawan-kawan untuk bertukar-tukar pendapat.

Di samping itu, pelajar yang hendak berjaya juga akan mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari dalam kelas, dan menjawab soalan-soalan peperiksaan pada tahun sebelumnya. Masa yang digunakan untuk perkara-perkara yang melekakan seperti melayari internet untuk bermain permainan komputer atau untuk bersembang dengan kawan-kawan dikurangkan.

Oleh yang demikian para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan seharusnya meneliti diri mereka sama ada mereka termasuk dalam kumpulan pelajar yang akan berjaya atau sebaliknya. Sekiranya mereka mempunyai sikap dan amalan yang akan membawa mereka ke arah kegagalan, mereka harus berusaha untuk berubah. Mereka harus sedar bahawa kejayaan pelajar itu bukan bergantung kepada guru tetapi kepada diri mereka sendiri.




Kepada para saudara-saudari sekalian, sila berusahalah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan yang bakal datang. Adakah anda hendak relaks pada beberapa bulan ini dan kemudiannya berpenat lelah dalam mencari universiti/kolej yang baik untuk mendapat kursus yang baik? Atau, berusaha tanpa mengenal penat lelah dalamn beberapa bulan ini, kemudiannya, mendapat kolej/universiti yang baik, relaks kemudiannya ?

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Wed May 19, 2010 1:50 pm

Khang Wei (U6B/2010) wrote:
Kepada para saudara-saudari sekalian, sila berusahalah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan yang bakal datang. Adakah anda hendak relaks pada beberapa bulan ini dan kemudiannya berpenat lelah dalam mencari universiti/kolej yang baik untuk mendapat kursus yang baik? Atau, berusaha tanpa mengenal penat lelah dalamn beberapa bulan ini, kemudiannya, mendapat kolej/universiti yang baik, relaks kemudiannya ?

yang ini datang daripada manusia yang hari-hari suruh saya main DOTA.... agak terkejut...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Fri May 28, 2010 11:16 am

bagi saya cara belajar yang berkesan adalah ketika berjaya menanangi stres....
cara saya menangi stres adalah dengan gelak selalu....
dengan gelak selalu kita akan gembira ketika belajar dan boleh menyebabkan org sekeliling kita gembira...

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  leeyoong_U6B on Mon May 31, 2010 3:49 pm

Pada pendapat saya, cara pembelajaran yang terbaik adalah menyediakan satu waktu pembelajaran.. Dengan ini, kita barulah akan mempunyai satu sistem pembelajaran yang sistematik.. Kita juga akan dapat menghabiskan kerja rumah dalam masa yang tetap dan menggunakan masa kosong dengan sepenuhnya untuk mengulang kaji semua sukatan pelajaran... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Jun 25, 2010 5:20 pm

Pada pendapat saya, salah satu cara pembelajaran yang berkesan ialah kita mesti sentiasa memberi sepenuh perhatian semasa cikgu sedang mengajar di kelas dan buat catatan yang ringkas serta nota yang mudah difahami, selalu menyoal soalan yang tidak faham. Selapas itu, ulangkaji balik apa yang telah belajar pada masa itu dan baca nota dengan lebih lanjut kemudian uji diri sendiri dengan menulis apa yang telah difahami dan belajar tanpa merujuk apa-apa nota. Inilah cara saya mengulangkaji.. Smile

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  leeyoong_U6B on Thu Jul 01, 2010 11:38 am

"Usaha Tangga Kejayaan"
Memang tidak dinafikan bahawa usaha seseorang memainkan peranan penting dalam proses untuk mencapai sesuatu kejayaan... Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempergiatkan usaha... Bersama-sama mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM yang akan datang...

Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Kejayaan Seseorang Pelajar

Post  Sponsored content Today at 3:28 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum