PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki parah ditikam adik mengamuk kerana rokok

Go down

Lelaki parah ditikam adik mengamuk kerana rokok Empty Lelaki parah ditikam adik mengamuk kerana rokok

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 09, 2010 11:26 am

TANGKAK: Seorang lelaki parah selepas ditikam adiknya yang mengamuk disebabkan sebatang rokok di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Khairuddin Mustafa, 27, ditikam di rusuk kanan oleh adik bongsunya, Mohd Fairuz, 25, menggunakan parang sepanjang kira-kira 25 sentimeter. Mangsa yang sebelum itu meminta sebatang rokok daripada adiknya, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, menepis parang berjaya mengelak Mohd Khairuddin daripada terus ditikam adiknya yang turut mengugut mahu mencungkil mata mangsa serta mencederakan bapa dan ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47.

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Fatimah berkata, kejadian berlaku selepas beliau selesai solat Isyak dan ketika itu, Mohd Khairuddin baru tiba dari pekan Bukit Gambir, manakala suspek dan Mustafa menonton televisyen di ruang tamu.

“Mohd Khairuddin masuk ke rumah dan minta sebatang rokok daripada adiknya dan berjanji menggantikannya. Suspek kemudian bangun...saya ingat dia nak ambil rokok, sebaliknya ambil parang di tepi tingkap dan terus menikam rusuk kanan abangnya.

"Saya menjerit ketakutan dan ketika suami memangku abang yang berlumuran darah, anak kedua kami itu sempat berkata “sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun”. Sebaliknya, Mohd Fairuz terus menjerit mahu mencungkil mata abangnya sambil mengacukan parang tetapi ditepis bapa mereka,” katanya.
Katanya, Mohd Fairuz juga sempat memberi amaran kepada mereka supaya tidak menghalangnya, tetapi kemudian terus duduk di kerusi sambil memegang parang.

“Saya bergegas keluar rumah meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans,” katanya sambil menambah suspek menyerah diri kepada polis.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum