PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 lelaki ditahan kerana gurauan bom

Go down

2 lelaki ditahan kerana gurauan bom Empty 2 lelaki ditahan kerana gurauan bom

Post  ypeng(U6A/10) Sat Apr 10, 2010 1:43 pm

MIRI 10 April - Bergurau tidak kena tempat, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun ditahan polis kerana mencemaskan orang ramai dengan mendakwa mereka membawa bom di sebuah kompleks membeli-belah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim berkata, walaupun polis tidak menjumpai sebarang alat menyerupai bahan letupan di dalam beg yang dibawa mereka, polis tetap menahan kedua-dua lelaki itu bagi siasatan lanjut.

"Kami menyiasat mereka kerana melakukan ugutan jenayah. Walaupun siasatan awal kami mendapati suspek hanya begurau, perbuatan mereka itu telah menimbulkan rasa takut pada kalangan orang ramai di kompleks berkenaan,” katanya di sini.

Beliau berkata, seorang pengawal keselamatan di kompleks beli-belah itu menghubungi polis pada kira-kira pukul 10 pagi dan memaklumkan bahawa mereka telah menahan dua lelaki yang mendakwa membawa bom di dalam sebuah beg.

Jamaludin yang mengetuai sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan merampas beg itu yang diletakkan lelaki berkenaan di atas lantai berhampiran sebatang tiang di lobi pusat beli-belah tersebut.

Setelah membuat pemeriksaan, polis hanya menemeui beberapa helai pakaian dan satu pengecas bateri telefon bimbit di dalam beg itu. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum