Maut ditikam kerana Facebook

View previous topic View next topic Go down

Maut ditikam kerana Facebook

Post  YuLing(L6A/2012) on Tue Jun 26, 2012 2:29 pm

BATU PAHAT 24 Jun - Akibat sindiran di laman sosial Facebook, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam di badannya dalam satu kejadian berdekatan sebuah pusat membeli-belah di Taman Flora, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng (gambar), 17, ditikam dengan objek tajam dipercayai pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.

Kejadian dikatakan akibat suspek tidak berpuas hati dengan sindiran ditulis seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin iaitu rakan kepada mangsa.Pada hari kejadian, suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya pergi ke pusat membeli-belah itu untuk mencari Kelvin, namun tidak menemuinya.Sebaliknya, mereka menemui mangsa di situ dan disebabkan tidak dapat bertemu Kelvin, perang mulut berlaku antara suspek dan mangsa.Suspek kemudiannya telah mengetuk kepala mangsa yang kemudiannya membalas dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, tindakan mangsa menyebabkan suspek naik berang sehingga membelasah dan menikam mangsa.

"Anggota polis dengan bantuan orang awam berjaya menahan dua remaja berusia 17 dan 20 tahun, dipercayai rakan suspek. Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Din berkata, polis juga telah membuat pemeriksaan di rumah suspek di Senggarang di sini dan sebuah premis yang sering dijadikan tempat suspek berkumpul dekat sini, namun pemuda itu tidak ditemui.

Pada pendapat saya,kita haruslah berhati-hati apabila berkawan dengan rakan di Facebook.Sebahagian rakan yang dalam Facebook ialah kawan yang kita tidak kenal,oleh itu,kite mestilah berwaspada apabila berkenal kawan di Facebook.Selain itu,kita haruslah bersabar apabila berlaku pertelingkahan dengan kawan supaya tidak berlaku kejadian sebegini.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum