Warga tua maut ditikam tiga lelaki

View previous topic View next topic Go down

Warga tua maut ditikam tiga lelaki

Post  YuLing(L6A/2012) on Fri Sep 21, 2012 11:53 am

Seremban: Seorang warga tua maut ditikam tiga lelaki dipercayai warga asing yang menyamunnya di lorong belakang bangunan kedai berhampiran Jalan Utam Singh di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an yang belum dikenal pasti identitinya mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada. Dengar jeritan mangsa
Seorang saksi mahu dikenali sebagai Ah Wing, 18, berkata dia yang sedang membuka kedai berhampiran kawasan itu terdengar jeritan mangsa sebelum melihat tiga suspek mengerumuninya.

"Saya menjerit ke arah mereka menyebabkan kumpulan lelaki itu panik dan bertempiaran lari.

"Saya membaling besen ke arah seorang suspek yang lari berhampiran saya, menyebabkan dia terjatuh sebelum saya dan bapa menangkap dan menyerahkannya kepada polis," katanya di sini, semalam.

Jumpa pemutar skru
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menemui pemutar skru pada suspek yang ditahan, manakala tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

"Kita memburu dua lagi rakan suspek yang terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Dalam kejadian berasingan di Tampin, seorang lelaki maut ditetak, manakala tiga lagi cedera dalam tiga siri serangan membabitkan sekumpulan lelaki di bandar berkenaan, termasuk di depan Hospital Tampin (HT), malam kelmarin.

Serangan berkenaan dipercayai didalangi tiga lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat bersama lebih 10 rakannya yang menaiki beberapa motosikal dan bersenjatakan parang.

Pada pendapat saya,masyarakat zaman ini memerlukan didikan agama dan moral yang lebih ketat lagi.Kes yang sebegitu telah memyebabkan keselamatan rakyat tidak menjamin dan menyebabkan rakyat Malaysia berada dalam ketakutan.Hal ini telah menyebabkan seorang warga tua meninggal dunia dan peregut itu hanya mendapat RM36.Nyawa seseorang telah diragut dengan wang hanya RM36.Pada zaman ini,semua orang mesti berhati-hati dan sentiasa memerhatikan persekitaran kita.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum