PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera

2 posters

Go down

Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera Empty Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera

Post  xiaowen_U6B Sat May 01, 2010 10:26 am

CLINTON (Arkansas): Puting beliung memusnahkan di tengah-tengah Arkansas, Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa, di samping mencederakan 25 yang lain selain memusnahkan beberapa rumah.

Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan, Renee Preslar, berkata kematian dilaporkan di Daerah Van Buren, utara Little Rock, di mana tiga rumah bergerak turut musnah. - AP

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera Empty Re: Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera

Post  xiaowen_U6B Sat May 01, 2010 10:34 am

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan banjir. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.


Apakah punca dan kesan berlakunya bencana alam?

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera Empty Re: Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 04, 2010 6:03 pm

Punca pertama ialah aktiviti-aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Pemusnahan hutan seperti pembalakan hutan secara haram menyebabkan tumbuh-tumbuhan semakin kurang. Tanpa hutan, bukan sahaja haiwan-haiwan akan kehilangan habitat, tetapi juga kita juga akan kehilangan tadahan air. Selain itu, tumbuh-tubuhan memainkan peranan penting dalam menyerapkan karbon dioksida di udara. Kekurangan flora ini, kandungan karbon dioksida akan meningkat dan mengakibatkan berlakunya kesan rumah hijau. Maka suhu dunia akan tambah dan banyak bencana alam akan berlaku seperti kecairan glasier. Oleh itu, banjir juga akan berlaku di kawasan yang rendah.

Kesan negatif ialah kehilangan harta dan nyawa. Setiap tahun, bencana alam telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan beribu-ribu juta harta benda. Contohnya, gempa bumi yang kerap berlaku di negara China telah meragut banyak nyawa. Negara China bukan sahaja mengalami kerugian yang besar, tetapi juga kehilangan banyak sumber manusia. Tambahan pula, kes kematian akibat bencana alam lebih serius bagi negara-negara mundur. Ini disebabkan bencana alam sukar diramal terutamanya bagi negara-negara mundur. Negara-negara tersebut tidak mempunyai peralatan ramalan yang canggih , maka tiada ramalan dan amaran awal dibuat.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera Empty Re: Puting beliung di AS ragut 3 nyawa, 25 cedera

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum