PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita melecur redah api selamat nyawa suami,anak

2 posters

Go down

Wanita melecur redah api selamat nyawa suami,anak Empty Wanita melecur redah api selamat nyawa suami,anak

Post  ong poh lee U6B Tue Sep 22, 2009 3:10 pm

KOTA BHARU: Seorang wanita cedera parah, melecur tangan, badan dan mukanya ketika cuba menyelamatkan anak dan suaminya, dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah papan di Kampung Pendek, Salor dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Zainun Ahmad,42, melecur ketika meredah api yang sedang marak membakar rumahnya untuk menyelamatkan Mohd Zaini Mat Ali,41 dan anak mereka, Nurshahira, 12, yang disangkanya masih tidur di ruang tamu.

Beliau dibawa ke Hospital Raja Perepuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan dirawat di Unit Kebakaran hospital itu.

Mohd Zaini berkata, ketika kejadian isterinya berada di bilik air rumah itu sementara beliau sedang berbaring di ruang tamu sambil ditemani Nurshahira.

" Isteri saya yang berada di bilik air terus bergegas ke ruang tamu untuk menyelamatkan saya dan anak yang disangka sedang tidur, sedangkan saya sudah keluar dari rumah itu.

"Apabila menyedari saya dan anak sudah keluar, Zainun meredah api untuk keluar dari rumah itu, menyebabkan bahagian tangan, muka dan badannya melecur. Keadaannya kini stabil," katanya ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohd Zaini berkata, Hari Raya kedua amat memilukan kerana rumah peninggalan orang tuanya hangus sama sekali.

Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta bendanya, beliau bersyukur isteri dan anaknya selamat.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Abd Ghani Mamat, berkata bomba menerima panggilan jam 8.55 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota.

Katanya, sebaik sampai di tempat kejadian, kedua-dua rumah yang berada berdekatan itu sudah 90 peratus hangus dan bomba dapat mengawal api dari merebak ke bangunan lain dalam masa 15 minit.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan lebih RM40,000," katanya.

(berita penuh dari berita harian online)

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Wanita melecur redah api selamat nyawa suami,anak Empty Re: Wanita melecur redah api selamat nyawa suami,anak

Post  leeyoong_U6B Tue Sep 22, 2009 7:01 pm

Nasib baik, tiada sebarang kematian berlaku dalam kes ini.. Semasa kita menghadapi kecemasan sebegini, kita juga haruslah menyelamatkan diri dahulu.. Nyawa lebih penting daripada sebarang kebendaraan.. Very Happy

Poh Lee...Apakah punca kebakaran?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum