PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gempa baru Sichuan ragut satu nyawa

Go down

Gempa baru Sichuan ragut satu nyawa Empty Gempa baru Sichuan ragut satu nyawa

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Feb 01, 2010 6:03 am

BEIJING 31 Jan. - Satu gempa bumi sederhana menggegar wilayah Sichuan, barat daya China hari ini, mengorbankan satu nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 11 yang lain.

Kerajaan melaporkan, gegaran turut menyebabkan rumah-rumah runtuh.

Pihak berkuasa memberitahu, gempa berukuran 5.0 pada skala Richter itu menggegar pada pukul 5.36 pagi waktu tempatan (5.36 pagi ini waktu Malaysia) di mana pusat gempa dilapor berhampiran bandar Suining.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun meletakkan kekuatan gempa pada 5.2 skala Richter.

Televisyen rasmi negara turut menyiarkan rakaman rumah-rumah yang runtuh.

Laporan televisyen itu menunjukkan bahawa berpuluh-puluh rumah di Sichuan rosak atau musnah namun ia tidak menyatakan jumlah sebenar.

Sichuan pernah dilanda gempa bumi sekuat 8.0 skala Richter pada Mei 2008, mengakibatkan hampir 87,000 maut atau hilang, selain menyebabkan lebih lima juta penduduk hilang tempat tinggal.

Media China minggu lalu memaklumkan, pihak berkuasa akan menyiapkan lebih 90 peratus kerja-kerja pembangunan semula ekoran kemusnahan gempa bumi di wilayah Sichuan tahun ini. - AFP

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum