PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suami isteri 'jual' tiga anak buat laporan polis

Go down

Suami isteri 'jual' tiga anak buat laporan polis Empty Suami isteri 'jual' tiga anak buat laporan polis

Post  WAN SEN (U6A) Sun Feb 07, 2010 5:15 am

KLANG: Sepasang suami isteri yang kesempitan hidup dikatakan tergamak menjual tiga anak kecil mereka, termasuk sepasang kembar, kepada seorang lelaki yang baru dikenali sehari sebelum itu atas alasan tidak lagi mampu menanggung mereka.

Dalam kejadian awal Disember lalu, pasangan berusia 25 tahun itu, Mohd Khairi Idris dan Junaidah Saaduddin, menyerahkan tiga anak mereka - Arash Muhammad, 3, serta pasangan kembar Nur Laila Mallissa Sofia dan Nur Laila Isabella Sofia yang berusia dua tahun, berserta kad MyKid mereka kepada seorang lelaki Melayu yang hanya dikenali sebagai Azhar selepas lelaki itu menawarkan diri untuk membantu menjaganya.

Malah, Azhar yang dikenali Mohd Khairi melalui ibu angkatnya yang hanya dikenali sebagai Kak Yah, turut memberi wang tunai RM500 kepada pasangan itu.


Berikutan kejadian itu, ibu Mohd Khairi, Salmah Mohd Akim, hadir bersama ahli keluarga lain ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk menemani anak perempuannya membuat laporan polis selepas mengesyaki kanak-kanak berkenaan dijual pasangan suami isteri itu.

Salmah yang kini berusaha mendapatkan semula cucunya itu, berkata beliau terkejut dan kecewa dengan tindakan anak dan menantunya itu.

Sementara itu, Mohd Khairi yang ditemui di pekarangan balai polis itu berkata, beliau dan isteri menyerahkan anaknya kepada lelaki itu untuk dijadikan anak angkat kerana kesempitan wang.

“Masa itu kami sekeluarga hidup dalam kedaifan selepas dihalau keluar dari bilik disewa sehingga seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah menawarkan untuk membantu.

Mohd Khairi berkata, Azhar berjanji akan menjaga anak-anaknya dan bersetuju membenarkan mereka melawat kanak-kanak itu pada bila-bila masa tetapi lelaki terbabit mungkir janji dengan menyerahkan pasangan kembar kepada orang lain serta enggan membenarkan mereka melawat.

"Kami hanya mengetahui perkara itu selepas Azhar enggan menjawab panggilan dan hanya menghantar gambar Arash serta mesej mengatakan Arash dalam keadaan baik,” katanya.

Mohd Khairi kemudian membuat laporan polis 2 Februari lalu mengenai perbuatan lelaki terbabit yang mungkir janji.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima kedua-dua laporan terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum