PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiga lelaki didakwa rompak, menyamar sebagai polis

Go down

Tiga lelaki didakwa rompak, menyamar sebagai polis Empty Tiga lelaki didakwa rompak, menyamar sebagai polis

Post  LiewJoey(LSB) Mon Apr 19, 2010 6:31 pm

2010/04/19
JOHOR BAHRU: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam, bulan lalu.

Mohamad Fadzil Jamaludin, 26; Mohd Hedayat Salleh, 29; dan Mohamad Rizuan Salleh, 32, didakwa merompak wang tunai RM550 dan satu unit telefon mudah alih Nokia serta Samsung bernilai RM1,500, milik Liew Yun Choy, 42, selain menyamar sebagai polis terhadap lelaki berkenaan.
Mohamad Fadzil serta pasangan adik beradik, Mohd Hedayat dan Mohamad Rizuan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Beladau 9, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, kira-kira jam 7.30 malam, 24 Mac lalu.
Ketiga-tiga mereka turut didakwa merompak telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM1,800 milik Wong Woei Jian, 28, serta menyamar sebagai polis di tepi Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, kira-kira jam 9 malam, 16 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Hakim Aliman Musri menetapkan wang jaminan RM16,000 setiap seorang bagi kesemua tuduhan serta 6 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Di kamar berasingan, ketiga-tiga mereka yang tidak diwakili peguam, sekali lagi didakwa merompak satu telefon mudah alih Nokia dan wang tunai RM6,000 milik Ong Kian Cho, 23, serta menyamar sebagai polis terhadap lelaki itu di Jalan Hang Jebat 28, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, kira-kira jam 8 malam, 14 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Anwar Raof dan Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan wang jaminan RM5,000 setiap seorang bagi kedua-dua tuduhan serta 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Kesemua kesalahan merompak itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala kesalahan menyamar sebagai penjawat awam didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dan boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum