Pengenalan

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Pengenalan

Post  PnLeela on Tue Jun 02, 2009 1:12 pm

Para pelajar disinilah kita akan kolaborasi menjalankan projek Jenayah Ragut
Segala arahan dan perbincangan akan berlaku disini

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Blog jenayah ragut

Post  PnLeela on Mon Jun 15, 2009 9:27 pm

Khang Wei,
Syabas kerana berjaya menyenaraikan langkah pencegahan

Pelajar lain turut boleh menyarankan langkah-langkah lain atau membincangkan punca berleluasanya jenayah ragut ini.

Sila beri pandangan anda dalam blog jenayah ragut
http://jenayahragut.21classes.com/

Blog ini diwujudkan oleh saya untuk perbincangan isu jenayah ragut Smile

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Punca Jenayah Ragut

Post  LowYuePeng(U6B) on Tue Jun 16, 2009 7:24 pm

Wa~~~KhangWei sangat rajin lo...^^...

Punca Jenayah Ragut:
1. Kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja.
2. Untuk mendapatkan wang untuk memberi dadah yang mereka mahukan.
3. Untuk mendapatkan wang untuk memberi barangan berharga dan bernilai.
4. Kesedaran sivik yang rendah.

KhangWei 10 saya sahaja dapat 4...T.T...alamak

Cikgu, bolehkan punca-punca saya diterima?

LowYuePeng(U6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-13
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Usaha-usaha yang dijalankan

Post  xiaowen_U6B on Tue Jun 16, 2009 8:49 pm

Dalam usaha mengatasi jenayah ragut, Polis Kuala Lumpur bertindak mewujudkan operasi berkonsepkan 'kepolisan agresif' dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara.

Bagi pihak polis pula, diharapkan pendekatan agresif itu dilakukan betul-betul agresif supaya ia dapat menutup peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam komennya terhadap pendedahan peningkatan kes ragut itu memberi jaminan untuk tidak berkompromi dalam soal ketenteraman dan keselamatan awam.

Oleh itu, usaha menambah sejumlah 60,000 anggota baru polis diharap mampu memperkukuhkan usaha pasukan itu memerangi jenayah, bukan sahaja jenayah indeks di ibu negara, malah semua kategori jenayah di dalam negara.Pemantauan dan operasi polis menangani ragut ini perlu berterusan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan bagi membendung masalah tersebut daripada berleluasa, PDRM perlu meningkatkan bilangan anggota berpakaian preman untuk melakukan rondaan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang tidak beruniform bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks beli-belah kerana di situ terdapat ramai pelancong.

Teks ini dipetik dari Utusan,April.

xiaowen_U6B

Posts: 71
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  leeyoong_U6B on Tue Jun 16, 2009 9:46 pm

Saban hari, isu sebegini yang menjadi halwa telinga kita.. Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati terdapat banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut.

Memang tidak dinafikan, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut, dan sebagainya. Ini telah mendorong masyarakat untuk melakukan jenayah .

Secara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.

Memandangkan kes semakin meruncing, Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Punca-punca dan Langkah-langkah untuk Membendung Kes Jenayah

Post  LiewJoey(LSB) on Wed Jun 17, 2009 7:45 pm

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah .

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar bukan sekadar perlu mengetahui maklumat-maklumat yang berkaitan tentang pelajaran , malah juga perlu menghadiri kem-kem motivasi dengan beragresif untuk membina watak-watak dan sahsiah diri yang mengkagumkan Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang dengan guru dan memntau perbuatan ank-anak mereka dari semasa ke semasa bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

LiewJoey(LSB)

Posts: 78
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Mistakes!! Alert!

Post  LiewJoey(LSB) on Wed Jun 17, 2009 7:59 pm

Guys, i have saw few mistakes on ur reply.
1 Yuepeng, is membeli not memberi
2 Leeyoong"s esei 1st sentences mentioned about the kes jenayah ragut menjadi "halwa telinga" ....I check the dictionary "halwa telinga" dis word means something that sounds good, my question is can it be applied on this conditions?

Plz take a note on my question, and reply me Cool

LiewJoey(LSB)

Posts: 78
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Thu Jun 18, 2009 9:20 pm

Joey~
"memntau perbuatan ank-anak"
pandangan anda juga mempunyai kesalahan ejaan~

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Alert!

Post  LowYuePeng(U6B) on Fri Jun 19, 2009 11:30 pm

Sry la boss~~~saya tak periksa habis memberi pandangan ma...so got some mistake lo...==...Mrs.Liewjoey, pandangan kamu sangat panjang la...bagi point form la...baca sampai mata pun susah kamu tahu?T.T...haha

LowYuePeng(U6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-13
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

jenayah ragut

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) on Sat Jun 20, 2009 12:09 am

PUNCA:
1.)ekonomi yang sedang merosot menyebabkan ramai orang kehilanggan peluang pekarjaan,dengan sedemikian,sebahagian orang rela memilih untuk meragut untuk medapatkan sumber wang dengan cepat.
2.)penagih dadah meragut untuk mengumpulkan wang dan membeli dadah dari penjual dadah.
3.)sebahagian remaja cuba meragut dengan sebab ingin mencari keseronokan atau dipengaruhi oleh rakan sebaya.

KESAN:
1.) masyarakat menjadi semakin huru-hara.
2.)kes-kes jenayah semakin meningkat.

LANGKAH:
1.)memperhatikan sekeliling anda semasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi.
2.)memperhatikan orang yang disyaki dan cuba bersembunyi identity mereka dengan memakai topi keledar,cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka.
3.)pengang telefon bimbit pada tangan supaya anda boleh mendapatkan pertolongan bila-bila masa.
4.)elakkan daripada meggunakan lorong kecil dan jalan yang sepi.
5.)cari beberapa orang kawan menemani anda jika anda terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi.



teacher,how's my bahasa?how can i improve?i feel my bahasa so bad.... Neutral

Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts: 29
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Elak jenayah - Wanita perlu perkasakan diri

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat Jun 20, 2009 2:45 pm

SEJAK dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.

Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa.

Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.

Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.

Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.

Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu.

Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.

``Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam,'' katanya.

Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.
[b]

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Cautions!

Post  LiewJoey(LSB) on Sat Jun 20, 2009 7:32 pm

OKok, I will be more cautious next time not to make mistakes again..Y i want to make it as a essay is because i want to improve my "pembinaan ayat & pengstrukturan ayat" mah!!..Hei,yeyean sis, dun underestimated to ur ability, so do we. And I observed a mistake again, sq what is "genre"?

LiewJoey(LSB)

Posts: 78
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re:Cautious

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sun Jun 21, 2009 10:06 pm

erm.....saya pun tidak tahu maksudnya.Saya terus ambil dari internet.minta maaf.Cikgu,boleh tolong terangkan kepada saya maksud "jenayah genre"?terima kasih. Very Happy

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Berusaha bersama-sama

Post  leeyoong_U6B on Mon Jun 22, 2009 11:33 am

Yee Yean, bahasa kamu bukan seteruk semacam kamu fikir.. Kamu haruslah lebih yakin dengan keupayaan sendiri. 'Janganlah terlalu risau. Lagipun, kami semua telah mula belajar bersama-sama.. Saya pasti kami semua akan skor A bagi Penajian Am.. haha.. ^^

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

tidak harus pegang HP di tangan

Post  leeyoong_U6B on Mon Jun 22, 2009 11:34 am

Saya tidak setuju dengan pendapat yee yean bahawa kita patut pegang telefon bimbit di tangan supaya boleh mendapatkan pertolongan pada bila-bila masa.. Saya berpendapat bahawa ini akan menambah resiko kita diragut oleh penjenayah. Dengan ini, peragut pasti akan menjadi kami sebagai target seterusnya. Mereka akan cuba berfikir akal untuk meragut telefon bimbit terus daripada tangan kita.. Rolling Eyes

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum