PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki mangsa pukul tiada pengenalan diri

Go down

Lelaki mangsa pukul tiada pengenalan diri Empty Lelaki mangsa pukul tiada pengenalan diri

Post  yeow_U6A/2010 Sat May 15, 2010 3:08 am

LELAKI tanpa identiti yang dihantar dua lelaki tidak dikenali ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).MUAR: Kes seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dihantar dua lelaki menaiki kereta ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), dekat sini, menimbulkan tanya tanda berikutan dia ditinggalkan di situ dan polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Lelaki mangsa pukul tiada pengenalan diri Pix_ga11

Malah lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan masih belum sedarkan diri. Dua lelaki menaiki Proton Gen 2 kelabu itu juga menghilangkan diri selepas menghantar lelaki berkenaan sebelum pihak berkuasa sempat mengambil sebarang ke-terangan daripada mereka. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, lelaki itu yang mempunyai tatu gambar kepala naga dan singa di kedua-dua bahunya, cedera parah dengan kesan jerut di leher dan bengkak di kepala.
Katanya, pihaknya percaya lelaki itu terbabit dalam kes pukul menyebabkannya cedera parah sebelum dihantar untuk mendapatkan rawatan di hospital tetapi ditinggalkan oleh mereka yang mengenalinya.

“Ketika dihantar ke hospital, lelaki itu hanya memakai jeans biru dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri menyebabkan siasatan kes itu tidak dapat dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi talianatau mengenai mangsa yang cedera itu supaya menghubungi talian hotline 06-9526001. atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Hairi Wan Ahmad di 06-9526222 atau 012-3450565.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum