PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

+4
sc_kwan
weichian_89
vinclam1314
sim
8 posters

Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  sim Fri Apr 11, 2008 1:50 pm

KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 2, Nurul Anira Rosik, 17, yang ditemui mati akibat dibunuh pada petang Ahad lalu, dikesan menjadi mangsa serangan seksual lebih seorang lelaki, yang kemudian menjerut lehernya dengan akar kayu hingga mati.

Siasatan polis terhadap pembunuhan itu, tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali kumpulan penyerangnya yang dipercayai tinggal di kawasan sekitar situ kerana turut mahir keadaan sekeliling Kampung Reka Dalam dan Kampung Chegar Bedil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata polis juga turut menyiasat kemungkinan ada rakan persekolahan mangsa terbabit dengan kejadian rogol dan bunuh itu.

“Bedah siasat yang dijalankan pakar forensik petang semalam (kelmarin), mengesahkan mangsa mati akibat lehernya dijerut akar kayu. Pemeriksaan forensik juga, mendapati mangsa turut dirogol lebih daripada seorang lelaki dalam serangan itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan penyerangnya mahir dengan kawasan sekitar tempat kejadian dan mungkin dikenali mangsa. Siasatan mendapati mangsa dirogol di lokasi lain sebelum dibunuh dan diheret dan disembunyikan di bawah timbunan daun kayu di tempat penemuannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 6 petang Ahad lalu, mayat Nurul Anira yang juga pelajar Tingkatan Lima itu, ditemui di sebalik timbunan daun-daun bawah rumpun buluh di Kampung Reka Dalam, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya, Rosnani Rahim, 44, pada malam Sabtu lalu, selepas anak ke lima daripada enam beradik itu, tidak pulang ke rumah seperti lazimnya selepas mengikuti kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolahnya.

Lazimnya, setiap pagi dengan petang mangsa berjalan kaki dari rumahnya menerusi jalan kecil Kampung Reka Dalam yang sunyi, menuju ke Jalan Kuala Balah-Jeli, sebelum menggunakan khidmat bas yang melalui laluan itu ke sekolahnya.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel, manakala baju, seluar dalam dan pengikat rambut yang dipakai mangsa ketika keluar ke sekolahnya kira-kira jam 8 pagi Sabtu itu, ditemui berselerak tidak jauh daripada lokasi penemuan mayatnya.


saya yakin rakan-rakan sentiasa dapat baca berita begini dalam suratkhabar....
sekarang perogol bukan sahaja merogol wanita yang cantik dan mempunyai potongan badan yang slim sahaja, malah merogol kanak-kanak yang belum dewasa dan membunuh pemangsa tersebut selepas merogol...

mengapa lelaki sekarang begitu tidak berkemanusiaan,hanya fikir seks sahaja dan tidak mempeluli sesiapa perempuan tersebut dan membunuh sahaja apabila siap merogol(marah betul)

Apakah yang perlu dibuat oleh golongan perempuan,saya rasa pelbagai alat untuk menyelamatkan diri tidak berkesan kerana tenaga wanita tidak sekuat dengan lelaki....kita perlu menjaga diri di mana-mana,bila-bila sahaja.... Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  vinclam1314 Sat Apr 12, 2008 3:38 pm

ya.. perogol adalah amat dibencikan oleh orang ramai.. saya pernah mendengar bahawa kerajaan ingin melaksanakan satu dasar yang mengatakan memotong organ seks lelaki yang merogol orang lain... saya berasa dasar itu adalah agak baik kerana ini dapat mengingatkan lagi lelaki supaya tidak bertindak terburu-buru tanpa berfikir.. dasar ini juga boleh menakutkan perogol supaya tidak menjalan kes perogolan.. akan tetapi, dasar ini telah dinafikan oleh kerajaan ( jika tiada kesalahan ).. selain itu.. saya berasa wanita juga perlu asyik berwaspada kepada lelaki pada semua masa supaya tidak memberikan peluang kepada perogol.. mereka juga perlu lebih berwaspada terhadap lelaki yang asyik menfocuskan atau memerhati mereka dalam jangka masa yang panjang..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  weichian_89 Sun Apr 13, 2008 6:32 am

pada pendapat saya,bukan semua lelaki sekarang hanya memikirkan seks sahaja,mereka yang menjadi perogol adalah disebabkan nafsu yang tidak dapat kawal oleh sendirinya.tidak dapat dinafikan terdapat juga perogol yang mempunyai masalah dari segi psikologi yang ingin mencari mangsa kanak-kanak.(kes nurin)
keselamatan peribadi kanak-kanak semakin diperihatinkan disebabkan semakin banyak kanak-kanak menjadi sasaran perogol,pihak polis juga telah mengumumkan bahawa jika terdapat kanak-kanak yang hilang diri boleh dilaporkan segera dan bukan selepas 24 jam.adakah dasar ini berguna? confused

walaupun alat-alat pencegah perogol di pasaran kurang berkesan tetapi ia tetap juga akan memainkan peranan yang penting semasa menghadapi perogol.untuk menggelakkan diri daripada sasaran perogol,para perempuan haruslah sentiasa mempunyai sedaran waspada yang tinggi dan jangan mengambilkan jalan-jalan seperti lorong semasa seorang terutamanya pada waktu malam.ibu bapa atau penjaga haruslah sentiasa berada disisi kanak-kanak semasa berada di luar kawasan daripada rumah.cyclops

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Rogol

Post  sc_kwan Mon Apr 14, 2008 1:37 pm

saya rasa pendidikan seks memainkan peranan yang penting dalam isu ini. kes rogol ini kerap berlaku di kalangan belia. kanak-kanak harus diajar tentang perbuatan yang tiadak senonoh dari kecil lagi supaya dapat mempertahankan diri daripada perbuatan ini dan memberitahu orang dewasa sekiranya terdapat perkara sebegitu yang berlaku pada mereka. ilmu seks juga harus dititikberat terutamanya di kalangan remaja akil baligh. pendidikan awal ini mendidik perempuan untuk melindungi diri dan lelaki supaya menghormati wanita. perempuan juga perlu dididik supaya berpakaian kemas semasa berada di tempat awam supaya tidak menimbulkan rasa nafsu para lelaki. Rolling Eyes

sc_kwan

Posts : 12
Join date : 2008-01-18

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol?

Post  PnLeela Tue Apr 15, 2008 5:01 pm

Hi kelas Very Happy

Memang satu topik yang mendapat perhatian daripada semua pihak tentang kes rogol dan penculikan kanak-kanak.

Cuba fikirkan, bagaimanakah seseorang wanita boleh mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa penganiyaan kaum lelaki, contohnya rogol atau penderaan?


Jumpa lagi Smile
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  siewMei Fri Apr 18, 2008 9:35 am

Langkah-langkah yang telah disebut oleh kawan-kawan sekalian memang agak bernas. Selain daripada itu,wanita juga boleh belajar seni mempertahankan diri seperti taekwondo,judo,wushu dan banyak lagi. Melengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri ini membolehkan wanita mempunyai taktik-taktik untuk mempertahankan diri mereka daripada perogol. Selain daripada pendidikan seks di sekolah,pendidikan dalam rumah juga sangat penting. Ibu bapa perlu memberi perhatian dalam sikap anak-anak mereka dan membimbing anak-anak mereka ke haluan yang baik. Yang paling penting adalah wanita perlu sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling mereka semasa mereka berjalan sendirian dan elakkan diri daripada jalan yang sunyi walaupun jalan yang snuyi itu merupakan jarak yang terdekat demi keselamatan diri.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  vinclam1314 Fri Apr 18, 2008 1:03 pm

Urm.. saya berasa pembeljaran tentang seni mempertahankan diri adalah kurang berkesan pada zaman ini.. Ini adalah kerana kebanyakan perogol atau perompak adalah bersenjata.. Jika pembelajaran tentang seni mempertahanakan diri tidak terlibat dengan cara untuk menjatuhkan senjata perogol / perompak / bahan kimia perogol.. saya berasa ia adalah bersamaan dengan tiada fungsi langsung.. saya berasa pihak polis haruslah mengadakan taklimat kepada wanita untuk membentang kes perogol / perompak / etc.. mengajar wanita cara untuk melawan perogol / perompak... Ini adalah lebih baik daripada membelajari seni mempertahankan diri yang hanya mempertahankan diri daripada perogol / perompak yang tidak bersenjata.. asay agak setuju dengan kakak siew mei bahawa wanita haruslah berwaspada pada masa ke semasa... mereka haruslah mengelakkan daripada berjalan berseorangan di mana-mana tempat yang sunyi.. mereka haruslah berpasangan dengan kawan / keluarga / etc. mereka..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  sim Thu Apr 24, 2008 1:41 pm

saya rasa bukanlah orang luar yang akan merogol wanita sahaja,ahli keluarga seperti bapa dan abang atau adik,saudara mara akan merogol anak/kakak,adik perempuan dan sahabat yang kenal akan merogol kawan mereka.sekarang jantina perempuan bukan sahaja mahu berhati-hati orang luar sahaja,ahli keluarga mungkin juga adalah perogol juga. Surprised

ini memang selalu berlaku di kebanyakan keluarga,mengikut satu jadual yang tentang kes perogolan,ahli keluarga adalah yang paling banyak terlibat dalam merogol anak sendiri ataupun kakak, adik sendiri.sekarang mungkin perempuan tidak boleh percaya ahli kelurga lagi pale

bukanlah kata semua perempuan lah,sesetengah sahaja.... Sad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  siewMei Wed May 07, 2008 5:42 am

hmm...apa yang dikatakan oleh abang tohwai agak munasabah juga.. perogol/perompak kini mungkin bersenjata,maka seni mempertahankan diri kita tidak dapat diguna pada masa genting ini. apa kata kalau guna "pepper spray"?terdapat banyak alat di pasaran yang berfungsi untuk membantu wanita mengelakkan diri daripada perogol/perompak. "pepper spray" yang saya sebut tadi akan mengakibatkan mata seseorang sakit dan pedih jika terkena,jadi pada masa itu bolehlah wanita cabut dan larikan diri.. hehe! Very Happy

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty RE: PENGANIAYAAN DAN PEMBUNUHAN WANITA

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 3:48 pm

Masalah sosial yang semakin teruk kini amat menakutkan terutamanya kes-kes penganiayaan dan pembunuhan wanita yang semakin berleluasa masa kini.Hal sedemikian seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak.Sebagai wanita , mereka juga seharuanya menjaga diri agar tidak menjadi mangsa daripada kes-kes tersebut.Ramai kes penganiayaan dan pembunuhan wanita adalah berlaku pada masa malam , jadi wanita adalah dinasihati tidak keluar pada masa malam dan jika berjalan di lorong yang gelap atau tidak mempunyai orang seharusnya berhati-hati atau digalakkan berjalan sekumpulan dengan rakan agar tidak mudah menjadi sasaran perogol atau penganiaya.Wanita juga boleh membawa sesetengah alat yang dapat mempertahankan diri daripada serangan penganiaya seperti alat yang tajam atau apa yang kakak siew mei kata itu "pepper spray"yang dapat manakutkan penganiaya.Dengan cara sedemikian maka wanita dapat mempertahankan diri daripada serangan penganiaya atau perogol.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  Jennifer Ong Wed May 28, 2008 4:21 pm

Seni memepertahankan diri dan penggunaan 'pepper spray' adalah langkah yang baik untuk mencegah kes rogol. Ia boleh memberi peluang kepada mangsa untuk mempertahankan dirinya dan cabut lari semasa ada peluang.
Saya juga berpendapat bahawa kita hendaklah elalu berhati-hati dengan orang di sekeliling kita kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh menyerang kita. Contohnya kita boleh cuba mengambil jalan yang tidak sama untuk ke destinasi yang sama selang beberapa hari untuk mengelakkan kita daripada perogol yang cuba untuk 'target' mangsa mereka. Selain itu, kita hendaklah mengelak daripada menggunakan lorong-lorong kecil dan sunyi atas sebab lorong itu merupakan jalan pintas. Ini merupakan 'hotspot' untuk perogol mengambil kesempatan ke atas mangsa.
Di samping itu, saya juga bersetuju dengan pendapat sim bahawa kita haruslah sentiasa berwaspada terhadap orang yang kita kenali dan juga ahli keluarga kita. Ada banyak kes yang melibatkan teman lelaki membunuh teman wanita mereka. Di malaysia contohnya ada remaja lelaki 18 tahun yang membunuh teman wanitanya. Dalam kes lain, di Wellington misalnya, Clayton Weatherston, yang merupakan tutor ekonomi dan teman lelaki kepada Sophie Elliott-pelajar Otago University, telah menikam teman wanitanya sebanyak 216 kali.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!! Empty Re: penganiyaan terhadap perempuan dan pembunuhan!!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum