PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Imbuhan jika SPRM ambil tindakan terhadap pemberi rasuah

Go down

Imbuhan jika SPRM ambil tindakan terhadap pemberi rasuah Empty Imbuhan jika SPRM ambil tindakan terhadap pemberi rasuah

Post  Kar Yung (U6A/2010) Fri May 07, 2010 6:01 pm

KUALA LUMPUR 7 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk memberikan imbuhan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil tindakan ke atas orang yang cuba memberi rasuah kepada mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihak kerajaan dan SPRM sedang menyediakan draf satu kaedah yang bersesuaian berhubung imbuhan tersebut sebagai pengiktirafan kepada mereka.

"Perbincangan telah dibuat dengan Jabatan Peguam Negara dan kerajaan mengenai apakah bentuk imbuhan tersebut,” katanya pada sidang media selepas menutup kursus ”Corruption Prevention and Risk Management in Public Organisations” di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya imbuhan itu nanti, ia dapat memberi kesedaran dan mendidik pegawai-pegawai kerajaan tentang usaha kerajaan dan SPRM dalam memerangi rasuah.

Katanya, ini kerana agensi-agensi penguatkuasaan merupakan agensi kerajaan yang paling banyak terdedah dengan rasuah bukan sahaja di negara ini malah di luar negara.

Abu Kassim berkata, jumlah tangkapan ke atas pemberi rasuah pada suku pertama tahun ini ialah sebanyak 68 orang dan pegawai kerajaan yang ditahan kerana menerima rasuah pula sebanyak 80 orang.

Katanya, ini menunjukkan kempen dan usaha SPRM untuk membawa perubahan dalam masyarakat Malaysia telah disahut oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum