Rasuah tak wujud jika peniaga telus

View previous topic View next topic Go down

Rasuah tak wujud jika peniaga telus

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 2:44 pm

KUALA LUMPUR: Budaya suapan tidak akan wujud jika ahli perniagaan bersikap telus, selain mematuhi sistem dan prosedur ditetapkan kerajaan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed.

Katanya, dalam kes sebelum ini kebanyakan ahli perniagaan ditemui mendakwa mereka sebenarnya tidak mahu membayar rasuah kepada pihak tertentu, termasuk pegawai kerajaan tetapi terpaksa melakukannya kerana tiada pilihan.

"Diakui, kebanyakan ahli perniagaan kita enggan terbabit dalam gejala ini, namun mereka sendiri harus mencari jalan cara untuk mengelak kemungkinan berdepan rasuah dalam urusan harian.

"Justeru, mereka perlu bersikap lebih telus dengan menghormati segala peraturan ditetapkan, termasuk mematuhi sistem dan prosedur kerajaan supaya tidak wujud lagi satu keadaan, pemberian dan penerimaan rasuah berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog tertutup bersama Dewan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), di sini semalam.

Katanya, usaha memerangi 'budaya suapan' di kalangan ahli perniagaan tempatan akan terus dipertingkatkan, termasuk dengan mengadakan interaksi berkala, selain program pendidikan dan kempen kesedaran mengenai pencegahan rasuah di seluruh negara.

"Ini selaras dengan misi kita menjadikan sasaran 'Ahli Perniagaan Sifar Rasuah' satu kenyataan," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan perniagaan menjayakan pelbagai aktiviti pencegahan rasuah dengan menyertai jawatankuasa tertentu dalam agensi berkenaan.

Abu Kassim berkata, pihaknya juga memberi jaminan mengambil perhatian serius terhadap semua laporan rasuah yang dibuat kepada agensi berkenaan, dengan maklum balas segera diberikan, termasuk menjalankan siasatan.

"SPRM yang beroperasi hari ini adalah sebuah badan bebas. Konteks 'bebas' bukanlah kelihatan 'bebas' dari segi fizikalnya saja tetapi 'bebas' melaksanakan sesuatu tindakan atau perbuatan tanpa ada apa-apa pengaruh," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Rasuah tak wujud jika peniaga telus

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 2:47 pm

sebagai peniaga, patut tidak menerima atau memberi suapan! Kerana ini merupakan salah satu prinsip menjadi seorang peniaga~

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Rasuah tak wujud jika peniaga telus

Post  leeyoong_U6B on Fri Feb 12, 2010 2:42 pm

Ya.. Saya setuju pendapat S.Teng.. Sebagai seorang peniaga memang tidak patut menerima rasuah.. Bukan sahaja peniaga.. sesiapa pun tidak patut membayar atau menerima rasuah.. Sekiranya, seseorang meminta duit kopi daripada kita, itulah rasuah! Kita tidak patut menurut apa sahaja yang diminta, sebaliknya kita haruslah memberanikan diri untuk kata "tidak" kepada mereka. Kebanyakan masyarakat membayar rasuah adalah disebabkan mereka takut. Namun, semua ini tidak betul dan tidak patut dituruti.. Kita tidak perlu berasa takut... Keadilan dan Kesaksamaan undang-undang akan memihak sesiapa yang tidak bersalah...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Rasuah tak wujud jika peniaga telus

Post  Sponsored content Today at 3:28 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum