PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Saksi SPRM paling tadah kena tindakan

Go down

Saksi SPRM paling tadah kena tindakan Empty Saksi SPRM paling tadah kena tindakan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 14, 2010 4:36 pm

2010/05/14
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap saksi kes jenayah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan berpaling tadah yang memberi keterangan bercanggah di mahkamah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata saranan pertuduhan dibuat terhadap saksi itu sudah dikemuka kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata, sesiapa sengaja memberi keterangan palsu kepada mana-mana peringkat perbicaraan kehakiman melakukan kesalahan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikena hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Katanya, selain itu, mengikut Seksyen 27 (1) Akta SPRM 2009, setiap individu membantu siasatan jenayah rasuah dikehendaki memberi kenyataan benar kepada pegawai SPRM dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai bukan saja tampil memberi maklumat atau membuat aduan, tetapi perlu bersedia memberi keterangan benar dalam mahkamah apabila diperlukan.

“Dalam hal ini, tidak bercakap benar di mahkamah walau apa juga alasan atau faktor tidak akan membantu negara bebas daripada jenayah rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata, tindakan saksi mengubah keterangan ketika prosiding mahkamah dikenal pasti antara punca utama kebanyakan kes rasuah, khususnya berprofil tinggi yang dibawa SPRM ke mahkamah, gagal pada peringkat pendakwaan atau rayuan.

Malah, SPRM pernah bertindak mendakwa saksi menipu atau sengaja mengubah keterangan, seperti saksi kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.

Antara kes berprofil tinggi dikendali SPRM, tetapi kalah di mahkamah ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham, 13 tahun lalu.

Selain itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Datuk Saidin Thamby dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana tuduhan rasuah.

Mohd Shukri berkata, SPRM kesal kejadian ini menyusahkan banyak pihak termasuk tertuduh, mahkamah, saksi yang membanteras jenayah rasuah dan SPRM.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum