PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

15 daripada 23 ahli politik disiasat SPRM kena dakwa

Go down

15 daripada 23 ahli politik disiasat SPRM kena dakwa Empty 15 daripada 23 ahli politik disiasat SPRM kena dakwa

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed May 12, 2010 11:08 am

2010/05/12
KUALA LUMPUR: Seramai 23 ahli politik disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu dan 15 daripada mereka sudah didakwa di mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 5,936 aduan, maklumat dan laporan berkaitan rasuah yang diterima SPRM sepanjang tahun lalu.
Katanya, berdasarkan Laporan Tahunan SPRM 2009, 939 kes daripada 5,936 aduan yang diterima mempunyai unsur rasuah dan hasil siasatan, SPRM menahan 500 individu, termasuk ahli politik dengan 174 orang didakwa di mahkamah kerana terbabit dengan kegiatan rasuah.
“Daripada jumlah itu, 79 disabitkan kesalahan, 15 orang kena tuduh (OKT) mengaku bersalah, OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri (43 orang), dilepas dan dibebaskan selepas dipanggil membela diri (sembilan orang) dan lima kes ditarik balik,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan bagi meneliti Laporan Tahunan SPRM 2009, laporan pertama sejak suruhanjaya diwujudkan 1 Januari 2009, di Parlimen, semalam.

Mesyuarat itu dihadiri beberapa Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara selain lebih 20 pegawai SPRM diketuai Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed bagi memberikan penjelasan mengenai laporan berkenaan.

Mohd Radzi berkata, hasil mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan mengesyorkan kerajaan supaya memberi peruntukan penuh sebanyak RM324 juta kepada SPRM bagi membolehkan suruhanjaya itu menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Katanya, kerajaan hanya memberi RM156.8 juta atau 48.4 peratus daripada bajet yang dimohon SPRM berikutan kegawatan ekonomi.

“Perkara ini akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jawatankuasa turut memberi perhatian terhadap keperluan menambah tenaga kerja SPRM khususnya di bahagian siasatan.

“SPRM menyasarkan menambah bilangan anggota sebanyak 5,000 orang dalam tempoh 10 tahun. Tahun lalu, mereka memohon pertambahan anggota sebanyak 900 orang namun hanya diluluskan seramai 76 orang,” katanya.

Jawatankuasa itu ditubuhkan mengikut Akta SPRM bertujuan menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan membentangkan laporan mengenai kajian terhadap Laporan Tahunan SPRM 2009 kepada Perdana Menteri sebelum sidang Parlimen, yang dijadualkan bermula 7 Jun depan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum