PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kementerian bela nasib ahli sukan

Go down

Kementerian bela nasib ahli sukan Empty Kementerian bela nasib ahli sukan

Post  yeeleng(L6A) Sun Aug 22, 2010 2:11 pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia sedia bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) menyediakan latihan kemahiran berkaitan dalam usaha memastikan bekas atlit yang tidak mempunyai pekerjaan dapat dibantu sebaik mungkin dan terbela.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata ada beberapa skim dan program disediakan kementerian khusus kepada bekas atlit yang mempunyai kemahiran tertentu untuk mengikuti latihan melalui Skim Pentauliahan Kemahiran Terdahulu (SPKT) sebelum boleh mengembangkan kemahiran mereka sebagai kerjaya tetap. “Melalui skim ini, bekas atlit boleh menggunakan kemahiran untuk kerjaya seterusnya. Contohnya, bekas atlit renang boleh guna kemahiran melalui skim berkenaan berkhidmat sebagai penyelamat di taman tema air atau hotel di seluruh negara. “Saya bersedia bekerjasama dengan YAKEB bagi memastikan bekas atlit berkemahiran tertentu mendapat manfaat daripada kemahiran mereka untuk bekerja tetap,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran YAKEB dan Koperasi Atlit Malaysia Bhd di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif YAKEB, Datuk Dr Mumtaz Jaafar. Majlis dihadiri 1,000 bekas atlit, ahli keluarga dan anak yatim dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor.

Maznah berkata, bekas atlit terutama atlit kurang upaya dipelawa menyertai perniagaan kecil-kecilan melalui dana RM20 juta dikhususkan bagi golongan itu yang setakat ini dimemanfaatkan 200 orang kurang upaya (OKU)

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum