Ahli Dewan Undangan Negeri

View previous topic View next topic Go down

Ahli Dewan Undangan Negeri

Post  Adam(L6B) on Thu Jul 11, 2013 12:05 pm

1.Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.
2.Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
3.Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
4.Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
5.Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara- perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pemilihan sejumlah 576 Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri seperti berikut:

Johor:56
Kedah:36
Kelantan:45
Melaka:28
Negeri Sembilan:36
Pahang:42
Perak:59
Perlis:15
Pulau Pinang:40
Sabah:60
Sarawak:71
Selangor:56
Terengganu:32

Adam(L6B)

Posts : 6
Join date : 2013-05-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum