PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

23 ahli politik disiasat rasuah pada 2009

Go down

23 ahli politik disiasat rasuah pada 2009 Empty 23 ahli politik disiasat rasuah pada 2009

Post  ong poh lee U6B Tue May 11, 2010 3:25 pm

KUALA LUMPUR 11 Mei — Seramai 23 ahli politik disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas dan 15 daripada mereka telah didakwa di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad hari ini berkata, ia merupakan antara 5,936 aduan dan maklumat berkaitan dengan rasuah yang diterima SPRM.

Katanya, hasil siasatan, hanya 939 kes daripada jumlah terbabit didapati berunsurkan rasuah dan daripadanya, 500 orang telah ditahan termasuk 23 orang ahli politik.

"Daripada jumlah yang ditahan itu, 174 termasuk 15 ahli politik telah didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam gejala rasuah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu buat kali kedua di bangunan Parlimen di sini.

Mohd Radzi berkata, daripada 174 kes itu, 79 telah disabitkan salah, 15 telah mengaku bersalah, dibebaskan (43), dilepas (9 - selepas membela diri di mahkamah), didakwa (23) dan kes yang ditarik balik (5). - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum