PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pentadbiran Peringkat Negeri

Go down

Pentadbiran Peringkat Negeri Empty Pentadbiran Peringkat Negeri

Post  PnLeela Thu Mar 13, 2008 5:22 am

Hi kelas, Very Happy

Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa parti pembangkang memenangi kerusi Dewan Undangan negeri dengan majoriti berbanding dengan parti pemerintah di Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang , dan Perak.

1. Berdasarkan maklumat yang anda pelajari, apakah bidang kuasa perundangan kerajaan negeri ? Sila
rujuk Senarai Negeri. Berikan contoh perubahan enakamen yang boleh dilakukan dalam hal-hal tertentu.

2. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa kawalan keatas negeri-negeri dalam bidang-bidang tertentu.
Apakah bidang kuasa kerajaan persekutuan (Senarai persekutuan)
Apakah kriteria kelulusan pinjaman dan peruntukan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri?

Rujuk buku untuk memulakan perbincangan ini

Inilah proses aplikasi ilmu yang anda peroleh dari buku

Jumpa lagi Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pentadbiran Peringkat Negeri Empty RUJUKAN TAMBAHAN

Post  PnLeela Sat Mar 15, 2008 4:35 pm

Perdebatan federalisme berkait secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menentukan agihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dari segi pembahagian kuasa perundangan, kuasa pemerintah, beban kewangan dan urusan tanah.

Konsep federalisme bukan hanya terhad kepada pembahagian kuasa, tetapi membabitkan semangat kerjasama dan kesepakatan antara dua peringkat kerajaan. Bagaimanapun, semangat federalisme itu tidak seperti yang diimpikan dari segi praktisnya lebih-lebih lagi jika negeri itu dikuasai pakatan pembangkang.

Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa lebih besar daripada kerajaan negeri seperti diperuntukkan dan termaktub dalam Perlembagaan. Selain itu, pergantungan kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah tinggi dari sudut kewangan dan pembiayaan pembangunan.

Malah, wujud ruang kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluaskan kuasa perundangannya melalui peruntukan Perkara 76 dan 76(A) iaitu kuasa Parlimen membuat undang-undang untuk negeri dalam hal tertentu serta memperluaskan kuasa perundangan bagi negeri.

Wujud juga dasar penyelarasan dan pentadbiran yang menghalang kerajaan negeri daripada membuat keputusan yang bebas tanpa tekanan dan campur tangan Persekutuan.

Ini jelas dengan kes kerajaan Pas Kelantan yang ingin melaksanakan syariat Islam meliputi hukuman hudud dan qisas. Pada 1993, kerajaan Pas Kelantan meluluskan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) pada peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Enakmen itu ditolak oleh Kerajaan Persekutuan kerana bertentangan dengan peruntukan agihan kuasa antara Pusat dan negeri seperti disenaraikan dalam Perlembagaan Persekutuan.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum