PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Najib wujud pentadbiran cemerlang'

Go down

'Najib wujud pentadbiran cemerlang' Empty 'Najib wujud pentadbiran cemerlang'

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Mon Jun 14, 2010 9:48 am

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Datuk Seri Najib Razak berjaya menunjukkan pentadbiran cemerlang, berdasarkan beberapa kejayaan serta dasar baru diperkenalkan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Serentak itu, bekas Perdana Menteri meminta pelbagai pihak supaya menghentikan segala kritikan terhadap kredibiliti kepemim-pinan Perdana Menteri yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.

Beliau berkata antara kejayaan dan dasar diperkenalkan Perdana Menteri adalah pelan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang mapan, pengenalan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) serta tersenarai di tempat ke-10 negara paling kompetitif.

“Fakta ini bukan direka... Bukannya dikeluarkan Barisan Nasional (BN) tetapi oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

“Tiada satu negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik. Ini satu perkara baik dan pihak lain tidak perlu lagi pertikai kredibiliti Perdana Menteri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Perpaduan Pulau Pinang yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, dekat sini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas turut meminta rakyat negara ini terus berpegang kepada semangat muafakat serta perpaduan bagi memastikan kelancaran pembangunan Malaysia.

“Berpegang kuat kepada perpaduan dan jangan timbulkan prasangka tidak baik di kalangan masyarakat. Kalau tiada perpaduan akan berlaku kacau-bilau serta pergaduhan, tiada siapa senang dan merugikan ramai pihak.

“Janganlah biarkan ini. Hayatilah semangat gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri yang ingin menyatupadukan dan menguntungkan semua kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, fokus 1Malaysia cukup terang iaitu mendahulukan rakyat dan rakyat sendiri perlu memahami dengan jelas kerana merekalah pihak menerima kesan secara langsung dalam konsep itu.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum