PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu hadapi tuduhan bunuh dua anak diperintah bela diri

Go down

Ibu hadapi tuduhan bunuh dua anak diperintah bela diri Empty Ibu hadapi tuduhan bunuh dua anak diperintah bela diri

Post  ypeng(U6A/10) Mon Apr 12, 2010 12:21 pm

PULAU PINANG 12 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No. 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Feb 2007.

Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Zaki berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan iaitu suami tertuduh, Idris Saidin dan jiran mereka, Rosniza adalah orang terakhir berada bersama dengan kedua-dua si mati.

Katanya, keterangan saksi juga jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang yang melakukan pembunuhan itu berdasarkan kelakuan-kelakuan pelik yang ditunjukkan.

Beliau berkata, antaranya, Rosniza menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adiknya dengan menyatakan dia telah melakukan kesalahan besar dan memohon maaf atas perbuatannya.

Hakim Mohd Zaki menetapkan 29 April ini untuk menyambung perbicaraan.

Rosniza diwakili peguam K. Simon Murali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum