PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dakwa Dr. Pornthip pembohong: Nazri sedia hadapi tindakan

Go down

Dakwa Dr. Pornthip pembohong: Nazri sedia hadapi tindakan Empty Dakwa Dr. Pornthip pembohong: Nazri sedia hadapi tindakan

Post  ong poh lee U6B Mon Apr 19, 2010 12:07 pm

KUALA LUMPUR 19 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan mahkamah selepas abang kepada mendiang Teoh Beng Hock memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadapnya.

Nazri berkata, tindakan Teoh Meng Kee memfailkan notis usul untuk memenjarakan beliau kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand “pembohong” merupakan hak peribadi Meng Kee.

"Bersedia...bila-bila masa. Ini benda yang terlalu kecil. Lebih ringan daripada nyamuk gigit, tak ada hal,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga menolak dakwaan Meng Kee bahawa kenyataannya itu mempunyai ”kecenderungan untuk mencampuri pentadbiran kehakiman” dalam inkues yang sedang dijalankan.

"Kita belum tahu sama ada pembunuhan atau bunuh diri,” katanya.

Jumaat lepas, Meng Kee telah memfailkan notis usul tersebut yang mahu Nazri dipenjarakan kerana menghina mahkamah melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam.

Permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum