PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

+4
yapyuenshi89
weichian_89
wonderfoo_99
wendy
8 posters

Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wendy Tue Apr 22, 2008 3:16 pm

tahukah anda masalah yang sedang dihadapi oleh dunia sekarang? jawapan adalah kekurangan makanan..... Crying or Very sad kekurangan makanan bukan sahaja berlaku dalam negara yang miskin seperti negara Afrika tetapi telah berlaku dalam negara yang kaya...terangkan faktor,langkah dan kesan kekurangan makanan.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wonderfoo_99 Wed Apr 23, 2008 4:40 am

Pada pendapat saya, PBB bekerjasama dgn negara yang mengalami kekurangan makanan. Realitinya, pihak berkenaan mesti mengelakkan peniaga yang menyinpam barangan seperti beras utk menjual dgn harga yang tinggi. Namun, ini merupakan satu sebab kekurangan makanan. Dalam hal ini, serangga perosak yang memakan hasil pertanian mengakibatkan kekurangan makanan. Disamping itu, kaedah bioteklonogi dapat menghasilkan banyak hasil pertanian dan mengelakkan kebuluran.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  weichian_89 Wed Apr 23, 2008 4:28 pm

erm...adakah terdapat kesalahan soalan dari saudari wendy???masalah kekurangan makanan sedang berlaku di negara-negara maju???atau masalah kekurangan makanan akan dihadapi oleh negara maju pada masa depan??? confused

pada pendapat saya,masalah kekurangan makanan dicetuskan adalah disebabkan sekatan keluaran dari negara-negara pengeluar yang seperti india dan vietnam.kedua-dua negeri ini merupakan salah satu pengeluaran beras yang terbesar di dunia ini.sekatan mereka ini amat dibimbangkan oleh semua pihak terutamanya bagi negara yang menjadikan beras sebagai makanan utama.selain itu,tindakan sekatan mereka ini juga membawa kenaikan harga beras sehingga satu atau dua kali ganda berbanding dengan harga dahulu dan ia telah menbebankan semua pengguna beras. No

untuk mengatasi masalah yang seperti begini dalam jangka masa yang panjang,saya berasa pihak kerajaan haruslah menyekatkan kelahiran bagi setiap keluarga supaya dapat mengimbangkan purata penduduk di alam bumi ini,terutamanya di negara-negara yang mempunyai penduduk yang terlalu ramai.sebagai contoh,negara china telah melaksanakan dasar ini dalam penyekatan kelahiran dengan sebuah keluarga hanya boleh melahirkan seorang anak sahaja.jika terdapat penduduk yang terlalu ramai hanyalah akan mendatangkan lebih banyak masalah kepada bumi ini. affraid

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  yapyuenshi89 Thu Apr 24, 2008 7:14 am

Saya rasa faktor menyebabkan masalah kekurangan makanan adalah inflasi dan negara-negara dunia kita bersikap mementingkan diri sendiri.Mereka anggap masalah ini tidak berkaitan dengan mereka tetapi mereka tidak berfikir tentang akibatnya juga akan dihadapi oleh mereka.
Sebenarnya negara-negara yang mengeluarkan makanan tidak patut menyekatkan pengeskportan makanan yang dikatakan oleh Wei Chian,mereka sepatutnya mengeskportkan makanan yang lebih kepada negara-negara yang kekurangan makanan.Jadi mereka patut mengubah dasar-dasar yang mengancam pengeluaran makanan.
Jika masalah inflasi semakin bertambah teruk,ini akan menyebabkan kematian berjuta-juta orang mati akibat kelaparan,malah mungkin akan mencetus peperangan.Demi kesejahteraan sejagat,pihak kerajaan seluruh dunia harus bekerjasama untuk mengatasi masalah kekurangan makanan ini.

yapyuenshi89

Posts : 3
Join date : 2008-03-25

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wendy Fri Apr 25, 2008 12:47 pm

maafkan saya kerana tidak menyata soalan dengan jelas.negara yang maju seperti amerika syarikat,jepun,indonesia dan lain-lain telahpun mula risau dengan mengahadapi krisis makanan.hal ini disebabkan inflasi berlaku secara berterusan.maksud saya adalah mereka akan menghadapi kekurangan makanan tidak lama lagi.
betulpun kata yuen shi iaitu pihak kerajaan tidak patut menyekatkan pengeksportan makanan ke luar negara tetapi maksud wei chian adalah menyekatkan kelahiran dalam sesebuah keluarga supaya penduduk di sesebuah negara tidak bertambah dengan banyak dan dapat mengimbang purata penduduk.
tahukah kalian tentang presiden thailand datng ke negara kita kelmarin dan perdana menteri kita telah mengambil kesempatan itu dengan membincang dan membuat perjanjian supaya thailand tidak akan berhenti mengeksport beras kepada negara kita.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Faktor, kesan dan langkah mengatasi.

Post  Jennifer Ong Tue Apr 29, 2008 4:42 pm

Ya, saya telah menonton berita dalam kaca televisyen tentang berita tersebut. Nasib baiklah kerajaan mengambil langkah tersebut untuk mencegah kekurangan beras yang drastik berlaku di Malaysia. Jika tidak, entah apa yang akan berlaku kepada negara kita jika kita kekurangan beras.. Tentu suasana akan menjadi kacau bilau kerana beras merupakan diet yang penting dan mesti ada dalam setiap hidangan penduduk di negara kita.

Faktor berlakunya krisis kekurangan makanan terutamanya makanan gandum dan beras adalah kerana keperluan ataupun permintaan melebihi pembekalan ataupun pengeluaran. Dengan pertambahan penduduk sedunia yang semakin pesat, makanan yang sedia ada adalah tidak mencukupi.

Kesannya, harga beras dan makanan lain meningkat kerana terdapat negara yang sengaja meningkatkan harga makanan apabila isu kekurangan ditimbulkan. Mereka yang mengeksport makanan ke luar negara mengambil kesempatan meletakkan harga yang tinggi kerana mereka tahu yang negara lain yang mengimport makanan mereka terpaksa membelinya kerana mereka sangat memerlukan makanan tersebut.
Akibatnya, banyak negara miskin yang tidak mampu membeli makanan yang kian mahal seperti beras. Rakyat-rakyat negara tersebut terpaksa mangalami kebuluran. Keadaan yang sudah teruk di negara Afrika contohnya, akan bertambah buruk lagi!

Satu contoh langkah baik yang perlu diambil adalah seperti seruan kerajaan Thailand supaya rakyatnya mengurangkan pengambilan nasi ekoran krisis kekurangan makanan mutakhir ini. Cara ini adalah langkah yang bijak yang wajar dicontohi oleh semua negara di negara lain. Pada hemat saya, langkah lain yang patut dilaksanakan di Malaysia ataupun negara lain adalah dengan mengehadkan bilangan beras untuk setiap keluarga. Berdasarkan maklumat yang saya dapati dalam surat khabar, setiap keluarga dalam Malaysia telah membeli secara puratanya 77kg beras setahun!!

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Tindakan masyarakat

Post  PnLeela Mon May 05, 2008 5:14 pm

Pengguna perlu ubah cara hidup: PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengguna perlu mengubah cara hidup mereka dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat ketika dunia mengalami kekurangan bekalan makanan sekarang.

Perdana Menteri menasihatkan mereka supaya mengelak pembaziran, seperti semasa mengadakan kenduri, dan memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.

"Mereka hendaklah melaporkan kepada penguatkuasa sekiranya berlaku kes penyeludupan, sorok dan penipuan harga," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, pagi ini.



Abdullah berkata rakyat yang mempunyai tanah pula digalakkan menanam sayur dan buah-buahan.

Abdullah berkata usaha itu nampak kecil tetapi mempunyai impak positif yang besar sekiranya semua pengguna mengubah cara hidup mereka.

Kerajaan, katanya, sudah mengambil langkah bagi menangani masalah itu dengan menyediakan peruntukan RM4 bilion untuk memastikan bekalan makanan mencukupi.

Peruntukan itu sudahpun diberikan kepada kementerian dan jabatan berkenaan bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara.

"Di samping itu, kerajaan sudah mewujudkan stok pengimbal beras manakala stok pengimbal yang lebih besar bagi keperluan bahan makanan yang lain sedang diusahakan," katanya.

"Walaupun harga barangan di negara ini sudah naik tetapi ianya masih rendah berbanding dengan harga barangan di negara-negara jiran dan ini menyumbang kepada kegiatan penyeludupan," katanya.

Beliau menyifatkan penyeludup bahan makanan sebagai pengkhianat rakyat kerana berbuat demikian ketika rakyat sendiri menghadapi kekurangan bekalan makanan. - Bernama

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  vinclam1314 Tue May 13, 2008 6:27 pm

Pada pandangan saya, saya berasa hal ini dapat diselesaikan dengan meningkatkan subsidi pertanian kepada negeri sarawak dan mempelbagaikan jenis makanan di pasaran. Saya pernah membaca petikan yang dipaparkan di surat khabar bahawa sarawak hanya mendapat subsidi pertanian yang sangat sedikit berbanding dengan negeri lain. Saya juga berasa negeri sarawak berpotensi untuk menjadi negeri stok beras yang utama pada masa depan kerana negeri sarawak mempunyai luas permukaan tanah yang sangat besar berbanding dengan negeri lain. Selain itu, kebanyakan tanah masih belum dimajukan di negeri sarawak. Oleh itu, saya juga berpendapat seperti apa yang dikatakan di surat khabar.
Selain itu, mempelbagaikan jenis makanan juga boleh mengurangkan permintaan beras di pasaran. Ini dapat menstabilkan lagi harga beras. Selain ut, makanan yang berbeza mempunyai khasiat yang berbeza. khasiat yang berbeza dan seimbang ini akan berfungsi dengan lebih baik dalam pertumbuhan remaja dan kanak-kanak.

Adik mempunyai satu soalan : mengapakah negeri stok beras kita, iaitu negeri kedah tidak mempunyai bekalan beras pada beberapa minggu dahulu? bukankah ia harus mempunyai bekalan beras yang terbanyak di negara kita? apa kah pandangan kalian?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  vinclam1314 Tue May 13, 2008 6:37 pm

'Teknologi pakej' tingkat pengeluaran padi

KUALA LUMPUR 12 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berusaha memperluaskan penggunaan teknologi membiak baka padi yang dipanggil 'teknologi pakej' bagi meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 85 peratus di negara ini.

Melalui teknologi itu, pengeluaran padi dapat ditingkatkan keupayaannya sebanyak lapan hingga 10 tan sehektar.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Shukor Abdul Rahman berkata, teknologi itu sudah diperkenalkan dan sedang diperluaskan penggunaannya kepada para petani di seluruh negara.

Jelasnya, melalui kaedah teknologi pakej itu, para petani akan diajar mengenai teknik pembajaan yang optimum, kaedah pengairan yang betul, cara meratakan tanah dan teknik pengawalan perosak.

"Sejak tahun 1971, MARDI sudah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan menggunakan teknik membiak baka padi bagi meningkatkan pengeluarannya.

"Dalam tempoh itu, kami sudah berjaya menghasilkan 31 jenis padi serta menemui kaedah penanaman padi terkini yang dinamakan teknologi pakej tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor menambah, melalui teknologi pakej berkenaan, para petani di beberapa tempat sudah menanam beberapa jenis padi iaitu MR220, MR884 dan MR219.

Beliau memberitahu, teknologi tersebut mementingkan penggunaan penilaian peningkatan skala dan penambahan input bagi meningkatkan kuantiti pengeluaran.

"Input yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan teknologi baru dan moden, memperbaiki teknik pengeluaran serta memberi latihan yang mencukupi kepada para petani,'' ujarnya.

Langkah lain bagi mengatasi masalah pengeluaran padi, tambahnya, MARDI ada menjalin kerjasama dengan beberapa saintis dari China dan Filipina bagi meningkatkan teknologi pengeluaran bahan makanan itu.

Katanya, pihaknya juga sedang membangunkan penyelidikan penanaman padi hybrid dan juga padi aerobik.

"Kami telah mengusahakan padi hybrid ini sejak empat tahun lalu dan keupayaan pengeluarannya amat memberangsangkan iaitu melebihi 10 tan sehektar,'' jelasnya.

Abd. Shukor memberitahu, pihaknya sedang menjalankan penyelidikan penanaman padi aerobik yang penanamannya hanya memerlukan bekalan air yang sedikit dan hanya perlu dibekalkan mengikut masa tertentu sahaja.

"Selain pengenalan kepada teknologi-teknologi baru ini, MARDI juga telah memberikan nilai tambah kepada kaedah lama kerana selain efektif, peningkatan tersebut juga dapat menjimatkan kos,'' ujarnya.
Daripada Teknologi pakej' tingkat pengeluaran padi

Sasaran 10 tan padi sehektar belum capai

ALOR STAR 12 Mei - Meskipun usaha ke arah pengeluaran padi 10 tan sehektar sudah lama digerakkan kerajaan, namun ia dilihat masih belum mencapai objektifnya di negeri ini.

Sebagai contoh, sehektar sawah di negeri ini secara puratanya hanya mampu mengeluarkan kira-kira lima hingga tujuh tan padi.

Keadaan ini menimbulkan persoalan mengapa matlamat itu sukar dicapai sedangkan pelbagai usaha dan peruntukan telah dikeluarkan kerajaan.

Menurut Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Radin, secara amnya kesemua 27 PPK MADA telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil padi kepada 10 tan sehektar.

Malah, katanya, ada PPK telah mencapai pengeluaran 10 tan padi sehektar di 500 hektar sawah yang diusahakan.

Bagaimanapun, ujar beliau, terdapat kekangan yang perlu diatasi sebelum pengeluaran padi 10 tan sehektar dapat dilaksanakan di semua kawasan sawah padi.

Antara masalah utama ialah kemampuan infrastruktur dan sistem perparitan yang agak terhad untuk menyalirkan air ke dalam bendang.

"Sistem perparitan dalam kawasan MADA sudah berusia 35 tahun dan kemampuannya untuk menyalirkan air terbatas kerana ada saliran yang sudah cetek dan tersumbat.

"Meskipun penyelenggaraan dibuat, tetapi ia tidak menyeluruh kerana kos yang agak tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad memberitahu, infrastruktur dan sistem perparitan perlu ditingkatkan supaya lebih banyak kawasan sawah mampu mencapai pengeluaran hasil padi kepada 10 tan sehektar.

Beliau berkata, faktor cuaca yang mengakibatkan bencana alam seperti banjir turut menyulitkan usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi di negeri ini.

Sebagai contoh, lebih 8,500 hektar sawah dengan padi yang sudah hampir dituai rosak ditenggelami air akibat banjir yang melanda Kedah pada pertengahan Disember tahun lalu.

"Dalam soal ini, kita berharap kerajaan dapat menyegerakan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah bencana alam yang sering berlaku itu," katanya.

Menurut Ahmad, kualiti tanah sawah juga menjadi antara faktor yang menghalang peningkatan produktiviti para pesawah.

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, pesawah perlu 'menabur' kapur di atas tanah bendang, tetapi bekalan kapur sering lewat ketika ia diperlukan pada musim kering iaitu sekitar bulan Februari dan Mac.

Serangan haiwan perosak seperti siput gondang emas dan tikus turut menghalang peningkatan pengeluaran hasil padi, ujarnya.
Daripada Sasaran 10 tan padi sehektar belum capai

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  vinclam1314 Tue May 13, 2008 6:39 pm

Subsidi beras perlu diikuti pelan jangka panjang

KUALA LUMPUR 12 Mei - Subsidi bernilai RM725 juta untuk 500,000 tan beras import yang dibelanjakan kerajaan bagi mengekalkan harga runcit beras dalam negara, perlu diikuti satu pelan jangka panjang.

Pensyarah Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman berkata, jumlah subsidi itu amat besar dan akhirnya akan membebankan negara jika terus bergantung kepada kaedah tersebut.

Katanya, secara umum langkah itu amat bagus bagi menjamin kepentingan rakyat namun dalam jangka masa panjang subsidi itu boleh membebankan negara.

"Ia perlu diikuti satu pelan jangka panjang termasuklah usaha meningkatkan pengeluaran beras di Kedah, Kelantan dan Selangor, di samping mengusahakan sawah-sawah terbiar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi hari ini mengambil lima langkah bagi menangani krisis bekalan beras.

Langkah-langkah itu menyaksikan kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya RM725 juta untuk 500,000 tan beras import sebagai subsidi.

Haim berkata, kebergantungan kepada beras import juga mendedahkan negara kepada satu ancaman bekalan pada masa depan.

Katanya, dalam krisis makanan global, negara-negara pembekal umpamanya Thailand, sudah tentu bertindak menjual beras kepada negara yang mampu membelinya dengan harga yang tinggi.

"Dulu kita mengimport beras kerana ia lebih menguntungkan berbanding menanamnya sendiri, namun dalam keadaan sekarang ia sudah tidak relevan," katanya.

"Kita perlu menanamnya sendiri kerana negara-negara Arab umpamanya, mampu menawarkan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan beras," katanya.

Mengenai pengapungan harga beras import termasuk daripada Thailand, Haim berkata, secara logiknya ia tidak akan membebankan rakyat.

Katanya, beras import itu digunakan oleh golongan pertengahan dan atasan yang mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

"Pengapungan itu menyebabkan harganya mengikut pasaran semasa dan sekiranya golongan pertengahan dan atasan merasakan ia mahal, mereka boleh bertukar kepada beras tempatan," katanya.
Daripada Subsidi beras perlu diikuti pelan jangka panjang

Apakah pandangan kalian mengenai berita ini? adakah subsidi keatas padi / makanan lain yang lebih banyak diperlukan ?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty RE: kekurangan makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 3:24 pm

Masalah kekurangan makanan bukan sahaja berlaku di negara yang miskin maka di negara yang kaya.Hal ini berlaku adalah disebabkan ramai negara mengehadkan kehendak mereka terhadap sesuatu makanan sahaja .Sehubungan dengan itu, makanan tersebut mudah mengalami kekurangan sebab pengeluarannya tidak dapat menampung penggunaannya.Di negara miskin pula, kekurangan teknologi yang tinggi telah menyebabkan negara tersebut tidak mempunyai cara pengurusan panghasilan makanan yang baik dan menyebabkan mereka mengalami kekurangan makananatas sebab serangga perosak yang menceroboh hasil pertanian mereka.Langkah yang sesuai dapat diambil bagi mengatasi masalah tersebut adalah pihak kerajaan seharusnya menasihati rakyat mereka agar mempelbagaikan kehendakan mereka terhadap makanan agar ia tidak mengalami kekurangan.Selain itu, negara yang berteknologi tinggi juga boleh menolong negara yang tidak bermampu dalam membekalkan mesin mengawal serangga perosak agar hasil pertanian mereka dapat dijamin dan seterusnya masalah kekurangan makanan mereka dapat dibendung.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:11 am

DUNIA Strategi khas atasi krisis makanan


ROM: Pemimpin dunia pada satu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju melaksanakan strategi menyelesaikan krisis makanan yang sudah mencetuskan rusuhan ganas dan mengancam kebuluran membabitkan satu bilion penduduk di seluruh dunia.

Delegasi dari 181 negara kelmarin berikrar mengurangkan halangan perdagangan dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menangani kenaikan harga makanan tetapi beberapa negara berkata beberapa langkah perlu diberikan tumpuan.

Selepas tiga hari bersidang, delegasi Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) PBB meluluskan satu deklarasi menyelesaikan masalah yang menyebabkan kenaikan harga makanan dan meningkatkan pelaburan dalam pertanian.



Persidangan turut menumpukan kepada isu biofuel yang dianggap mengurangkan bekalan makanan kerana digunakan sebagai bahan bakar.

Deklarasi itu juga menggesa bantuan kepada petani miskin yang memerlukan benih, baja dan makanan ternakan ketika musim penanaman.

Pegawai PBB dan kumpulan kemanusiaan menegaskan bahawa tindakan berkenaan sudah membantu petani di Malawi di mana keselamatan makanan semakin baik berikutan pakej sokongan terutama dalam subsidi baja.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memberitahu sidang kemuncak itu bahawa cukai import dan larangan eksport perlu diminimumkan bagi mengurangkan kebuluran dan menggesa mengurangkan sekatan perdagangan dan dasar menyekat pasaran.

"Kita mengambil pendekatan masalah kebuluran di seluruh dunia dengan betul," kata ketua FOA, Jacques Diouf.

Strategi yang dirumus di Rom tidak akan terus diterjemah kepada dasar pertanian dan perdagangan di setiap negara sebelum krisis terus meningkat.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:13 am

DUNIA Krisis makanan global ancam cetus bencana


Aktivis beri amaran ketika PBB gesa pengeluaran segera ditingkat

ROME: Kenaikan harga makanan dan pertambahan golongan miskin yang tidak mampu memberi makan kepada keluarga masing-masing berisiko tinggi mencetuskan bencana global.

"Krisis makanan ketika ini meningkatkan pencabulan hak asasi manusia dan dapat menjadi punca bencana besar di seluruh dunia," kata kumpulan kempen kemiskinan, ActionAid kepada Reuters.



Ia berkata, kenaikan harga menyebabkan banyak negara paling miskin di dunia bergelut memberi makan rakyatnya.

"Banyak keluarga di negara miskin memperuntukkan lebih tiga perempat daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan. Mereka tidak mampu menanganinya kerana harga berterusan naik," kata penganalisis, Magdalena Kropiwnicka.

Harga makanan global naik hampir dua kali ganda dalam masa tiga tahun, mencetuskan bantahan ganas di beberapa negara. Pertambahan penduduk, permintaan dari negara membangun, peningkatan penghapusan tanaman untuk biofuel selain banjir dan kemarau menjadi punca kenaikan harga makanan di seluruh dunia.

Berdasarkan rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga makanan global naik 35 peratus tahun ini dan 65 peratus sejak 2002. Pada 2007 saja, menurut indeks makanan dunia Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, harga produk tenusu naik hampir 80 peratus dan bijirin 42 peratus.

"Memang dahsyat mengetahui penduduk miskin terpaksa menanggung kesan kesilapan dasar selama berdekad-dekad seperti kekurangan pelaburan dalam pertanian dan menarik sokongan kepada petani kecil-kecilan," kata Kropiwnicka.

Aktivis hak asasi manusia menyalahkan perkembangan industri biofuel di atas krisis makanan dunia.

"Berterusan mengembangkan industri itu yang memburukkan krisis makanan secara moralnya lebih teruk," kata jurucakap kumpulan kempen Oxfam International, Rob Bailey. – Agensi

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:14 am

DUNIA Sejuta belum dibantu



KELAPARAN: Beratus-ratus kanak-kanak mangsa Taufan Nargis membawa pinggan menanti bantuan makanan di Laputta, Delta Irrawaddy.



Penangguhan izin pakar bencana masuk Myanmar rumit keadaan

BANGKOK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa lebih sejuta penduduk Myanmar yang terselamat daripada taufan yang melanda negara itu masih belum menerima sebarang bantuan asas selepas sebulan kejadian bencana alam berkenaan.

Kumpulan berkenaan berkata mereka masih lagi berhadapan dengan penangguhan oleh kerajaan untuk menghantar pakar bencana dan peralatan lengkap memasuki negara itu.



Halangan berkenaan menyebabkan hanya sebahagian kecil bantuan yang diperlukan diterima oleh mangsa terselamat yang dianggarkan berjumlah 2.4 juta manakala usaha menyelamat sukar digerakkan bantuan segera.

"Penduduk perlukan bantuan asas yang memang kritikal sejak empat minggu lalu," kata Sarah Ireland, pengarah serantau Oxfam, agensi kemanusiaan England yang cuba mendapatkan kebenaran memasuki Myanmar.

"Jika kita menerima tindak balas normal dalam masa empat minggu, mereka yang terjejas akan terus pulih," katanya.

"Mereka mungkin dalam keadaan memikirkan mengenai keperluan mereka untuk memulakan kehidupan. Tetapi kita tahu mereka di sana tidak mempunyai makanan untuk makan."

Ombak setinggi tiga setengah meter melanda kawasan rendah ketika gempa bumi 2-3 Mei lalu menyebabkan seluruh kawasan kampung berkenaan dipenuhi sampah sarap, manakala 78,000 penduduk maut dengan 56,000 yang lain masih hilang, kata angka yang dikeluarkan kerajaan.

Bagaimanapun bantuan masih belum menepati skala bencana berkenaan.

"Masih ada kekurangan yang serius dan bantuan kemanusiaan yang diperlukan kepada penduduk yang terjejas," kata PBB dalam laporan penilaian terbaru mereka.

Katanya, badan dunia itu juga tidak mendapat butiran jelas mengenai bantuan yang disediakan kerajaan Myanmar kepada penduduknya.

Kumpulan bantuan masih sukar untuk menemui 1.3 juta daripada 2.4 juta penduduk yang terselamat serta tidak mempunyai makanan mencukupi dan air bersih selain berusaha untuk mengatasi kematian gelombang kedua akibat kekurangan khasiat dan penyakit.

Daripada sejumlah sejuta yang menerima bantuan kebanyakan mereka masih belum menerima bantuan pada peringkat mencukupi, kata PBB

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:16 am

NASIONAL Bekalan makanan masih mencukupi
Oleh Zainab Mohd Yatim dan Sazarina Shahrim

Masalah dihadapi rakyat Malaysia lebih kepada kenaikan harga barang keperluan, kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak berdepan dengan krisis bekalan makanan walaupun isu ini sedang hangat dibincangkan pada peringkat global, kata Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin.

Beliau berkata, masalah yang dihadapi negara ini lebih kepada kenaikan harga dan kos sara hidup yang secara tidak langsung akan menjejaskan taraf hidup rakyat di negara ini.



Namun katanya, kerajaan sedang mengambil pelbagai langkah yang wajar bagi memastikan krisis yang melanda sebahagian dunia ini tidak menjadi serius di negara ini.

"Malaysia tidak berdepan krisis makanan kerana negara ini mempunyai kapasiti untuk menampung permintaan makanan mengikut keperluan penduduk negara ini. Masalah ini boleh diatasi.

"Tetapi apa yang kita sedang hadapi adalah masalah kenaikan harga makanan dan ini mungkin membuatkan rakyat berasa tertekan.

"Masalah ini menjadi lebih berat kepada mereka yang tinggal di bandar," katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan sesi khas mengenai 'Keselamatan Makanan Di Asia Pasifik: Krisis dan Tindak Balas' pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22, anjuran Isis Malaysia dan Isis Asean, di sini, semalam.

Mahani bagaimanapun berkata, kerajaan sentiasa memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal dengan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah berkenaan termasuk menstruktur subsidi negara.

Dari segi pengeluaran makanan, beliau berkata, negara mempunyai kapasiti untuk menampung keperluan penduduk.

Walaupun wujud senario kekurangan bekalan seperti yang dihadapi ketika ini, beliau yakin ia tidak akan berpanjangan.

"Dalam tempoh enam bulan lagi masalah ini akan selesai walaupun isu kenaikan harga mungkin berlanjutan kerana ia bukan disebabkan bidang pengeluaran sebaliknya faktor global," katanya.

Sementara itu, Wakil dan Pengarah Timor Leste, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Joan Fleuren, berkata dua pertiga daripada kira-kira 800 juta penduduk dunia yang tidak mendapat cukup makanan berada di negara Asia Pasifik.

"Justeru, setiap negara Asia Pasifik termasuk Asean perlu mengambil langkah konkrit memastikan bekalan makanan mencukupi dan kerjasama antara negara rantau ini perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama berkaitan keselamatan makanan di sini, semalam.

Beliau berkata, kenaikan harga makanan yang disebabkan bekalan tidak mencukupi itu boleh menyebabkan penduduk dunia berhadapan masalah lain seperti kekurangan nutrisi dan menjejaskan kesihatan.

"Kita lihat sendiri harga beras dunia meningkat 87 peratus dalam tempoh Mac dan April lalu. Satu peningkatan yang mendadak. Kenaikan harga ini boleh menyebabkan lebih ramai lagi penduduk dunia tidak mampu membeli makanan," katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita Empty Re: Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum