PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tingkatkan kawalan sekolah

2 posters

Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Tingkatkan kawalan sekolah

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jul 31, 2010 9:45 am

KUALA LUMPUR 30 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai trend peningkatan pelajar yang menjadi mangsa keganasan kumpulan gengster.

Beliau berkata, perkembangan itu bukan sahaja menganggu proses pembelajaran apabila kumpulan gengster tersebut cuba merekrut ahli baru, tetapi turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan pelajar.

“Saya bimbang dengan trend ini kerana daripada laporan yang diterima ada sebahagian mempunyai asas yang kukuh dan kini berada di bawah kuasa polis,” katanya selepas meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2010, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian pelajar dipukul kumpulan gengster yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu, termasuk kes terbaru melibatkan tiga orang pelajar tingkatan tiga di Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 22 Julai lalu, mangsa, C. J. Han, T. C. Fook dan N. W. Hao masing-masing berusia 15 tahun cedera di kepala, badan dan tangan apabila dipukul sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan rotan selama 30 minit sehingga pengsan kerana enggan menjadi ahli kumpulan mereka.

Sebelum itu, pada 11 Julai, seorang pelajar tingkatan lima di Johor Bahru, Lim Bing Li, 17, terpaksa menerima 12 jahitan di kepala dan lebam di muka serta badan akibat dipukul sekumpulan samseng gara-gara ingin menarik diri daripada kumpulan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan kawalan serta pemantauan di sekolah-sekolah yang berisiko dan jika terdapat ancaman, tindakan segera perlu diambil.

Masalah ini adalah masalah persekitaran. Justeru itu kementerian mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dan bukan hanya mengharapkan kepada pihak polis semata-mata.

“Kita mahu ibu bapa memastikan setiap gerak-geri anak mereka diperhatikan. Pada guru pula berperanan mendidik di sekolah dan masyarakat juga harus membantu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk menyertai kumpulan gengster.

Menurutnya, undang-undang tidak membezakan seseorang itu pelajar atau tidak jika terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Sama ada kumpulan yang melakukan jenayah itu pelajar atau tidak, bagi kementerian, kita tidak membezakannya. Jenayah adalah jenayah dan siapa yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” tegasnya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Beri perhatian terhadap keselamatan pelajar

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jul 31, 2010 9:48 am

KUALA LUMPUR 30 Julai - Para guru diminta memberi perhatian terhadap aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah termasuk selepas sesi persekolahan bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan risiko jenayah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom ketika membuat gesaan itu berkata, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan keselamatan pelajar yang berada di kawasan sekolah.

"Guru haruslah memantau pelajar di kawasan sekolah termasuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran menghubungi ibu bapa untuk pulang dan memberi bantuan seperti menelefon penjaga atau ibu bapa pelajar tersebut.

"Pelajar yang berseorangan di kawasan sekolah selepas waktu sekolah, terdedah pada bahaya tertentu seperti jenayah penculikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang pelajar di Besut, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang diculik ketika baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang kelmarin.

Nur Muni Ainun Izzati diculik oleh seorang pemuda, 23, dan remaja berusia 15 tahun tetapi cubaan mereka gagal setelah kereta yang dinaiki terbabas ke dalam parit.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Dua suspek dalam kes itu kemudiannya ditahan polis dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Alimuddin juga meminta para pengetua dan guru besar sentiasa mengingatkan pelajar mereka agar lebih berhati-hati terutamanya jika didekati oleh orang yang tidak dikenali.

Katanya, pelajar juga dinasihatkan supaya tidak berada bersendirian tetapi haruslah bergerak secara berkumpulan bagi mengurangkan risiko jenayah.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Isu gengsterisme perlu dilihat secara holistik

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jul 31, 2010 10:00 am

2010/07/31
KUALA LUMPUR: Isu gengsterisme membabitkan pelajar perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari sekolah atau elemen luar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini kerana wujud kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar.

“Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu melihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme)... mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah,” katanya selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini, semalam. Pada 26 Julai lalu, tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai di Ampang, cedera apabila dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap di depan sekolah mereka kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mahu pulang, apabila enggan menyerahkan sejumlah wang yang diminta kumpulan itu.

Akhbar semalam pula melaporkan polis mengenal pasti tujuh lelaki anggota kumpulan kongsi gelap berusia 25 hingga 30 tahun yang bergiat aktif merekrut pelajar sekolah untuk menjadi ahli kumpulan mereka di sekitar Ampang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Berita Harian meminta semua pengetua mengambil tindakan proaktif bagi mengekang sebarang anasir yang membahayakan keselamatan pelajar atau mengganggu ketenteraman sekolah.

Sekiranya dikesan wujud gejala sedemikian, beliau menegaskan, laporan polis perlu dibuat segera melalui pegawai perhubungan polis yang sudah dilantik untuk setiap sekolah.
“Pada masa sama, pihak sekolah juga perlu memantau persekitaran di luar pagar sekolah demi memastikan keselamatan pelajar. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran memberi amaran bahawa tindakan tegas, termasuk boleh dibuang sekolah, akan diambil terhadap pelajar yang terbabit anasir jahat seperti kegiatan kongsi gelap,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, pula menggesa polis segera bertindak menggempur kawasan panas kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti menjadikan pelajar sebagai sasaran rekrut baru kerana gejala itu dikhuatiri akan menjadi `duri dalam daging’ kepada sistem pendidikan negara.

“Ibu bapa semakin cemas dengan gejala yang amat membimbangkan ini kerana seolah-olah keselamatan pelajar sekolah tidak terjamin. Langkah `pemutihan’ kawasan panas itu perlu dilakukan dan pelajar terbabit harus dibantu dengan program pemulihan.

“Kerjasama bersepadu untuk membanterasnya amat penting, malah polis yang berkepakaran menangani jenayah wajar memberi pendedahan kemahiran asas kepada guru bagi mengenal pasti kewujudan gejala samseng di kalangan pelajar sekolah mereka,” katanya.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Kamarudin Md Ali, berpendapat beberapa kakitangan, terutama guru disiplin di sekolah yang dikenal pasti dalam kawasan panas kumpulan kongsi gelap, wajar dilatih sebagai polis sukarelawan untuk membantu menangani gejala gengsterisme yang membabitkan pelajar.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Pelajar terbabit kumpulan gengster

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Aug 01, 2010 10:18 am

KUALA LUMPUR 31 Julai - Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan pelaksanaan program pemutihan ke atas para pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan kumpulan gengster supaya masalah itu dapat dibanteras sepenuhnya.

Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, program itu boleh dilaksanakan kerana ketika ini pihak polis sudah mempunyai maklumat dan mengenal pasti sekolah-sekolah yang pelajarnya terlibat dalam kegiatan tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat tersebut, program pemutihan yang meliputi kaunseling, kelas bimbingan, kursus bina diri dan pelbagai aktiviti positif boleh diadakan bagi memulihkan para pelajar berkenaan.

"Program pemutihan ini bertujuan mengembalikan jati diri pelajar terbabit agar menjadi manusia berguna kepada keluarga dan negara di masa hadapan.

"Malah pihak masjid dan surau juga boleh membantu menyediakan program agama kepada pelajar terutamanya pada waktu lepas sekolah supaya mereka tidak membuang masa sehingga terjebak dalam gejala sosial," katanya kepada ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai trend peningkatan pelajar yang menjadi mangsa keganasan kumpulan gengster.

Muhyiddin berkata, peningkatan itu mengganggu proses pembelajaran serta mendatangkan ancaman kepada keselamatan pelajar apabila kumpulan gengster berkenaan cuba merekrut ahli baru di kalangan pelajar.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan polis perlu bekerjasama secara berterusan dalam memantau kegiatan kumpulan gengster di sekolah.

Katanya, pihak sekolah wajar bekerjasama secara aktif dengan pihak polis seperti mengadakan ceramah berkaitan salah laku jenayah sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster merasakan sentiasa dipantau dan diperhatikan oleh pihak polis.

"Ibu bapa juga perlu memantau kegiatan anak mereka terutamanya selepas waktu sekolah sama ada mereka terlibat dengan aktiviti sekolah atau kegiatan jenayah.

"Sekiranya mereka pergi ke kelas tuisyen, hubungi pengajar mereka sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk memastikan kehadiran anak mereka,'' katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli masyarakat perlu melaksanakan program pendidikan dan penerapan budaya antijenayah secara berterusan.

Beliau berkata, program tersebut merupakan keperluan penting kepada pelajar untuk mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial dan moral negara ketika ini dan pada masa depan.

"Pelajar perlu dididik supaya saling menghormati, patuh kepada undang-undang, yakin pada diri sendiri dan terbuka terhadap perbezaan agama, adat, budaya dan kepercayaan orang lain.

"Semua pihak harus mengambil berat masalah gengster ini walaupun hanya bilangan kecil pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Re: Tingkatkan kawalan sekolah

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Aug 01, 2010 10:25 am

Punca-punca Gengsterisme :

1. Kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif
• Kawasan kediaman yang sesak, tidak teratur dan tidak selesa
• Kawasan persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif untuk pembesaran dan perkembangan diri pelajar
• Sesetengah daripada kawasan tempat tinggal ini menimbulkan perasaan tidak selamat
• Hal ini menyebabkan pelajar lebih suka menghabiskan sebahagian besar masanya di luar rumah
• tempat pelajar tinggal mudah terdedah kepada gangsterisme

2. Ibu bapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian
• Kegagalan ibu dan bapa telah menyebabkan berlakunya kerosakan akhlak anak-anaknya
• Kesibukan ibu bapa mancari rezeki untuk menampung kehidupan yang semakin mendesak
• Keadaan ini mengakibatkan sesetengah pelajar hidup dalam keadaan terbiar
• Terdapat ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah
• Sesetengah ibu bapa langsung tidak mangambil tahu tentang kegiatan dan kawan-kawan anaknya
• Namun demikian, sebilangan pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka
kepada kumpulan rakan sebaya yang tertentu sahaja untuk berkongsi masalah seperti kumpulan gangsternya

3. Pengaruh media massa
• Maklumat dan informasi sama ada positif atau negative
• Media massa sama berbentuk bercetak, ataupun elektronik yang kini semakin sukar untuk dikawal
pengedarannya.
• Pengaruh negatif yang dibawa oleh media massa dalam kalangan pelajar memang susah dikawal
• Remaja atau pelajar terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-
negara barat
• Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika, iaitu sedikit sebanyak telah berubah cara hidup remaja kita.
• majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika.

4. Pengaruh rakan sebaya
• Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilang kecil mengurus kepada pembentukan kumpulan geng
dan samseng
• Pembentukan kumpulan-kumpulan ini secara umumnya telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri
dalam kalangan remaja
• Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing


Last edited by S.Teng(U6A/2010) on Sun Aug 01, 2010 10:31 am; edited 1 time in total

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Re: Tingkatkan kawalan sekolah

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Aug 01, 2010 10:31 am

Kesan-kesan:

1. Membawa kesan negatif kepada sekolah
• Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar
• Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah
• mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah
• memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamnatan sekolah

2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
• Salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan di sekolah
• Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P
• Berasaakan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah --- jika tidak dikawal akan
menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah
• Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan
bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran
• Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan
negara

3. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng
•Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah malas masuk ke kawasan sekolah
•Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahli-ahlibaru dan untuk, tujuan sosial yang lain
•Majoriti geng ini ada di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat di amna mereka dapat berkumpul dan
membincangkan aktiviti-aktiviti mereka
•Mereka juga memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain mengambil ahli-ahli
baru dan melibatkan diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah

4. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah
• Jenis vandalisme meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru dan pelajar lain
dengan sengaja dirosakkan
• Ahli-ahli geng juga melakukan contengan grafik pada harta sekolah
• Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak sekolah

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Re: Tingkatkan kawalan sekolah

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Aug 01, 2010 10:40 am

Langkah-langkah:

1. Kuasa pihak sekolah
• Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal
terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar

2. Kerjasama semua pihak
• Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan para pelajar sekolah serta tidak terkecuali media massa dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan
• Kerjasama tersebut untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang bebas daripada
unsure-unsur keganasan dan gengsterisme

3. Pemantauan ibu bapa
•Peningkatan kes tersebut memerlukan ibu bapa melakukan pengawalan, pengawasan dan pemantaunan
terhadap gerak-geri ank-anaknya
•Ibu bapa perlu mengambil berat tentang segala aktiviti yang dilakukan di sekolah dan di luar sekolah
•Ibu bapa hendaklah mengambil inisiatif untuk mengetahui tingkah laku anak-anak di sekolah melalui perjumpaan dengan guru-guru dan pengetua sekolah
•Anak-anak mereka semasa berada di luar rumah, ibu bapa patut menyiasat latar belakang kawan-kawan anaknya dan apa-apa yang mereka lakukan

4. Iklim persekolahan yang tenang dan kondusif
• Sekolah hendaklah mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran
• Pentingkan pengukuhan disiplin dalam kalangan pelajar di semua peringkat persekolahan
• Cara dan kaedah tersebut sentiasa diperbentukan dan semasa ke semasa
• Pelajar-pelajar juga dikawal secara tertutup pada waktu sekolah dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Re: Tingkatkan kawalan sekolah

Post  leeyoong_U6B Tue Aug 03, 2010 12:44 pm

Saya setuju bahawa kawalan sekolah haruslah ditingkatkan. Sejak kebelangan, terdapat banyak berita yang berkaitan dengan gengsterism di dada surat khabar.. Kumpulan gengster cuba mengutip duit perlindungan daripada pellajar sekolah. Sekiranya pelajar ingkar arahannya, mereka akan menentang pelajar secara kekerasan. Ini amat menakut-nakutkan pelajar lain.....

Dengan meningkatkan kawalan sekolah, ini dapat mengurangkan masalah gengsterism dapat dikurangkan. Pelajar-pelajar juga dikawal secara tertutup pada waktu sekolah dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Sehubungan itu, iklim persekolahan yang tenang dan kondusif dapat diwujubkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Tingkatkan kawalan sekolah Empty Re: Tingkatkan kawalan sekolah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum