Malaysia, China bangun kilang proses aluminium

View previous topic View next topic Go down

Malaysia, China bangun kilang proses aluminium

Post  lisee(U6A) on Wed Feb 10, 2010 12:52 pm

Pelaburan RM3.4 bilion bukti keyakinan pelabur asing

USAHA sama antara Malaysia dan China untuk membangunkan kilang memproses aluminium bernilai AS$1 bilion (RM3.4 bilion) di Sarawak adalah bukti keyakinan China untuk membuat pelaburan besar di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pelaburan itu memberi isyarat amat positif terhadap suasana dan iklim pelaburan di Malaysia, serta berharap ia menandakan 2010 sebagai tahun pemulihan ekonomi.


"Banyak lagi pelaburan dari luar negara akan mengalir masuk ke negara kita. Akan ada lebih banyak pelaburan dan sedang dalam pertimbangan mereka (pelabur asing).

"Sebaik mereka mengesahkannya, mereka akan mengumumkannya kerana kita perlu selaraskan dengan keperluan tenaga," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian untuk bersama-sama membangun, memiliki dan mengendali kilang aluminium di Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak.

Perjanjian itu dimeterai di antara GIIG Holdings Sdn Bhd, syarikat dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dan Aluminium Corporation of China Ltd (Chalco) di Putrajaya, semalam.

GIIG diwakili pengarahnya, Shahrir Shariff, manakala Chalco oleh Naib Presidennya, He Zhihui.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Syed Mokhtar

dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Najib berkata, beliau percaya industri menggunakan tenaga yang besar dan berteknologi tinggi boleh di tempatkan di Sarawak.

Ditanya sama ada masih terdapat ruang untuk menempatkan kilang peleburan yang besar di Sarawak, Perdana Menteri: "Dua lesen sudah dikeluarkan. Inilah komitmen kerajaan. Yang perlu hanyalah menyelesaikan (masalah) bekalan elektrik."

Sementara itu, Shahrir berkata, kilang terbabit akan dikendalikan Smelter Asia Sdn Bhd, iaitu usaha sama antara GIIG, Chalco dan sebuah syarikat dari Sarawak.

Katanya, kilang itu mempunyai keupayaan pengeluaran awal 330,000 tan setahun yang kemudian akan dipertingkatkan kepada 1.25 juta tan setahun.

Beliau berkata, projek itu yang akan memanfaatkan bekalan tenaga elektrik daripada empangan hidroelektrik Bakun, bakal menjadi pemangkin dalam mempromosi industri lain untuk melabur di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

"Kilang yang akan dibangunkan sejurus Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Sarawak Energy Bhd dimuktamadkan tahun ini, dijangka mampu mewujudkan 2,100 pekerjaan di Sarawak," katanya sambil menambah pengeluaran pertama dijangka dalam tempoh tiga tahun.

Shahrir menambah, ketiga-tiga pihak terbabit iaitu GIIG, Chalco dan syarikat dari Sarawak itu, sedang dalam proses untuk memuktamadkan struktur perkongsian ekuiti dalam Smelter Asia.

Katanya, jumlah pelaburan yang akan dibawa masuk oleh Chalco, salah satu pengeluar produk aluminium terbesar dunia, akan bergantung kepada saiz ekuiti dalam Smelter Asia.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Luar Negara syarikat induk Chalco, - Aluminium Corporation of China (Chinalco), Zhao Zhengang berkata, selain membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, Chalco akan bertanggungjawab dalam membekal aspek teknikal dalam operasi kilang aluminium berkenaan, selain bakal menjadi pengimport utama produk berkenaan.

Idea menubuhkan kilang aluminium di Sarawak dicetuskan Dr Mahathir pada 2002 bagi memanfaatkan lebihan tenaga elektrik yang dijana di loji hidroelektrik Bakun, sekali gus memanfaatkan peningkatan permintaan ke atas aluminium di Asia.

Pelaksanaannya terbantut disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek Bakun.

GIIG ditubuhkan pada 4 Jun 2002 sebagai syarikat pegangan pelaburan bagi tujuan membangun dan mengendalikan projek pengeluaran aluminium di Malaysia.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Pelaburan China di Bintulu bukti keyakinan terhadap Malaysia

Post  S.Teng(U6A/2010) on Wed Feb 10, 2010 4:40 pm

PUTRAJAYA 9 Feb. - Pelaburan China dalam projek peleburan aluminium di Bintulu, Sarawak merupakan manifestasi keyakinan republik itu untuk membuat satu pelaburan besar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia memberi isyarat amat positif kepada suasana dan iklim pelaburan di Malaysia sekali gus menandakan ekonomi negara telah pulih.

''Saya berharap tahun ini merupakan tahun pemulihan ekonomi dan banyak lagi pelaburan dari luar negara akan mengalir ke negara kita.

''Projek peleburan itu memberi satu rangsangan kuat kepada projek pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

''Saya percaya industri yang menggunakan tenaga yang mendatangkan pendapatan serta berteknologi tinggi boleh ditempatkan di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama antara GIIG Holdings Sdn. Bhd. dengan Aluminium Corporation of China Limited (Chalco) bagi membangunkan projek peleburan aluminium di Taman Industri Samalaju, Bintulu Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; wakil Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Menurut Najib, projek yang bernilai AS$1 bilion (RM3.4 bilion) itu dijangka dimulakan tahun ini dan bakal siap antara dua hingga dua tahun setengah.

Dalam pada itu, Pengarah GIIG, Shahrir Shariff berkata, komitmen dan sokongan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memberi keyakinan kepada syarikat terbabit bagi membangunkan projek tersebut.

Naib Presiden Chinalco iaitu pemegang syarikat Chalco, Zhang Chengzhong pula berkata, pembangunan projek kerjasama itu akan memberi kebaikan teknikal dan pasaran untuk mengguna pakai sumber tenaga tempatan.

''Pembangunan projek ini memberi peluang kepada Chalco untuk menyertai pembangunan sumber mineral serta industri berkaitan di Malaysia.

''Ia sekali gus meningkatkan tahap ekonomi di Sarawak," katanya.

Pembangunan projek peleburan aluminium di Sarawak itu merupakan idea Dr. Mahathir pada 2002 bertujuan menggunakan lebihan tenaga dari projek Bakun sekali gus memenuhi peningkatan permintaan industri aluminium di Asia.

Projek tersebut bakal membuka 2,100 peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk Sarawak.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum